Nuffnang

Sunday 30 March 2014

TEMUDUGA TERBUKA BAGI JAWATAN KERANI POS & POSMEN SERAHAN

Salam Sejahtera Semua,

Dimaklumkan bahawa Unit Sumber Manusia Negeri Selangor akan mengadakan Temuduga Terbuka bagi jawatan Kerani Pos dan Posmen Serahan seperti tarikh , masa dan tempat seperti berikut :_

Tarikh : 08 April 2014 ( Selasa)

Masa : 8.30 pagi hingga selesai

Tempat : Pejabat Tenaga Kerja Bangi.
No 709, Tingkat Bawah 1&2,
Blok C, Diamond Kompleks
43650 Bandar Baru Bangi
Tel : 03-8925100


Sekian.

NAZHRI BIN ISMAIL
PENGURUS SUMBER MANUSIA
POS MALAYSIA SELANGOR.



Tuesday 18 March 2014

Subhanallah[ bacaan surah adh dhuha]

Pagi ni Keyza just nak share video ni sangat terharu menusuk qalbu bile mendengarkan bacaan budak ni












Sabda Rasulullah S.A.W:
“Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang mana kamu tidak akan sesat buat selama-lamanya selagi berpegang dengan keduanya, iaitu Kitab Allah (Al-Quran) dan sunnah RasulNya” - (Hadis Riwayat Muslim)

Friday 14 March 2014

8 Langkah Supaya Diri DiCintai ALLAH SWT

8 LANGKAH SUPAYA ALLAH SWT MENCINTAI KITA

Alangkah bahagianya hidup ini,,Jika kita disayangi dan dicintai..

Apatah lagi jika yang menyayangi dan mencintai kita itu adalah,,Tuhan yang menciptakan kita iaitu Raja segala Raja..

Pastinya Allah,,Akan sentiasa dekat dengan hamba yang menjadi kekasihNya dan,,Sentiasa menolong dan membimbingnya,,Ke arah keselamatan dan kebahagiaan,,Di dunia dan di akhirat..

Sebenarnya petua-petua untuk disayangi dan dicintai Allah ada di dalam al Quran..

“Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang bertaubat dan orang-orang yang mensucikan diri.”[al Baqarah:222]

” Katakanlah: “Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”[ali Imran:31]

“Dan Allah mencintai orang-orang yang sabar.”[ali Imran :146]

“Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang bertawakkal kepadaNya.”[ali Imran: 159]

“Dan Allah mencintai orang-orang yang berbuat kebajikan.”[al Maidah: 93]

“Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang bertakwa.”[at Taubah:7]

“Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berlaku adil.”[al Mumtahanah:8]

“Sesungguhnya Allah mencintai orang yang berperang dijalanNya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh.” [as Saff :4]

-----------------------------

Daripada ayat-ayat al Quran di atas, dapatlah kita simpulkan bahawa untuk menjadi hamba Allah yang dicintaiNya, kita haruslah:

1. Sentiasa berTAUBAT dan menSUCIkan diri (zahir dan batin).

2. Sentiasa melakukan segala apa yang diPERINTAH-Nya (melalui RasulNya) dan meninggalkan segala laranganNya.

3. Sentiasa berSABAR.

4. Sentiasa berTAWAKKAL.

5. Sentiasa berbuat KEBAJIKAN.

6. Sentiasa BerTAQWA.

7. Sentiasa berlaku ADIL.

8. BERJUANG di jalan ALLAH dalam satu BARISAN.

Sesungguhnya CINTA ALLAH itu tiada tandingan.Ya Allah kami menCINTAIMu

Keyza selit sikit ye citer MH370...

Ya Allah Ya Tuhan Kami.. samada hidup ataupun mati, temukanlah kami dengan MH370 


Kata Kapten Nurudin, di mana sains berakhir, disitulah bermulanya kudrat Allah. Dan kudrat Allah bermula dengan orang2 yang beriman.. (mempercayai kewujudan Allah). 

Maka, kembalilah semula kepada Allah, sebaik2nya jalan

Monday 3 March 2014

Papinka - Masih Mencintainya (With Lirik)

Minggu ni Keyza ala-ala jiwang karat gitu
Terkesan di hati saat menghayati bait-bait lagu ni.

Jom layan sama-sama yer..