Nuffnang

Wednesday 8 March 2017

Cairo, Egypt Day 2

Assalamualaikum wbt ....
Sambungan alkisah Keyza di bumi Mesir di hari ke2...

Mr Tourist bawakan para jemaah semua ke Giza untuk melihat Piramid.
Ha mau tak teruja semuanya nak tgk piramid live depan mata ni....antara 7 keajaiban kuno dunia kot...

Harga tiket masuk ke Piramid Giza ni 80LE. Kanak-kanak bawah 7tahun free ajew la tapi kami takde bayar apa pun semuanya dah termasuk dalam pakej yang ditawarkan oleh pihak Andalusia.

Kat sini Mr Tourist pesan lagi hati-hati dengan "Nyamuk" dia kata kalau nak beli biar dia yang bargain so kalau rasa okay harganya sila la beli. Jangan beli sendiri takut terpedaya dengan harga tersebut.


Ada juga jurufoto di kawasan Piramid ni untuk amikkan gambar kita berlatar belakangkan piramid harga sekeping foto 25 Riyal rasanya la tak ingat dh Keyza. Boleh la untuk dibuat kenangan.

Ada jemaah yang bergambar bersama unta harganya 40 Riyal kalau nak naik unta 200 Riyal katanya huhuhu Keyza tengok aje la kan tak berbaloi rasanya nak bayar cenggitu dengan kadar matawang kita yang makin rendah ni.



Sejarah di Giza ni katanya suatu ketika dulu rakyat Mesir ni sangatlah taksub dan sayang pada Raja Mesir ketika itu yang kita gelarkan Firaun. Dek kerana terlalu sayang pada pemerintah tersebut makanya mereka berpusu-pusa untuk berbakti pada rajanya dengan mengangkat batu-batu besar untuk dibinakan Piramid tersebut dan mereka percaya pada kuasa Matahari. wallaualam...tu cerita mr tourist la...kisahnya panjang lagi tapi Keyza dengar setakat tu je la sebabnya sibuk nak bergambar lagi dari nak dengar celoteh Mr Tourist kan....

Selesai di Giza, seterusnya ke Papyrus Musuem. Di sini diceritakan pada zaman Nabi Musa AS ketika mana baginda ingin menulis baginda menemukan daun papyrus ini untuk dijadikan kertas. Cara memprosesnya untuk dijadikan kertas juga didemonstrasikan oleh pihak pengusaha muzium ini.



Di muzium ini terdapat pelbagai lukisan dan ayat suci Al Quran juga yang dilakarkan pada daun papyrus ini. Yang menakjubkan ada di antara ayat suci Al Quran ini bercahaya walaupun dalam keadaan gelap gelita. Harga yang ditawarkan antara 100 LE ke 5000 LE.




Kemudian lokasi terakhir sebelum dihidangkan makan malam para jemaah dibawa ke Kilang Minyak Wangi...kali ni Keyza tak turun bas sebabnya anak kedua tertidur keletihan benar dia tapi en suami belikan la juga sebotol perfume untuk isterinya yang tak dapat nak turun menghidu bau-bauan yang harum itu. Kalau masuk mungkin lebih dari sebotol dibeli agaknya ahahahah....
Ini la tempatnya beli perfume tu mamat bersweater merah tu mr tourist aka Mr Aladdin.

Selesai jenjalan kat sini malam dibawanya pula ke Masjid Al Azhar untuk shopping at night market.

Keyza dan family tak beli apa pun takde apa yang menarik perhatian kami di sini tapi para jemaah lain memang berbeg2 la shopping tak pasti la apa yang dibelinya. Di sini perlu berhati-hati banyak penyeluk saku dan jangan sesekali asyik dengan handphone kerana bebila masa je handphone yang elok ditangan akan hilang disambar orang. Kes ini diceritakan oleh salah seorang penuntut di Universiti Al Azhar yang kebetulan join trip kami ke sini. Thanks sesangat la pada budak tu banyak pesanan penaja dia pada kami semua. Semoga adik ini dapat menamatkan pengajiannya dengan jayanya. Hanya insan terpilih sahaja dapat belajar di bumi anbiya ini...