Nuffnang

Wednesday 12 December 2018

Jom Masuk Kelas Korea

안녕하세요 [annyeong-haseyo]

Ha nak tau tak musim cuti sekolah tahun ni di opis Keyza ada kelas bahasa Korea tau...
Ni semua untuk program InVoTECH Polytechnic di mana pelajar Korea datang ke sini untuk belajar budaya dan cara kerja kita di Malaysia.

Disamping itu kita pun sama-sama la belajar bahasa Korea dengan dorang ye tak????

Kalau entry tahun 2014 Keyza ada la share basic language yang selalu dorang gunakan. 

Korean Language

So kali ni Keyza nak share belajar numbering sebabnya kelas ni bersama-sama anak-anak staff opis Keyza makanya kita belajar macam kelas tadika la yerrr....

ni untuk counting tau tapi untuk sebutan nombor seperti matematik atau penambahan sebutannya seperti gambar di bawah....


seronok sangat anak-anak Keyza walaupun belajar di Malaysia je tapi sebab ada pelajar Korea terasa ada disana pulok....





Ni antara yang diajar sepanjang kelas berlangsung....Keyza pun sama naik dengan anak-anak excited sangat belajar bahasa lain ni...






Saturday 1 December 2018

Top 5 Drama Korea Wajib tonton 2018

안녕하세요, annyeong haseyo

Di penghujung tahun 2018 dah kita ye uols....
Pantas masa berlalu tua pun sedang mengejar kita hehehe...

So Keyza nak share la citer yang best nak layan 2018 ni tapi top 5 pilihan Keyza tau jangan compare dengan rating Korea pulopss....

No 1: 

SINOPSIS Memories of the Alhambra (2018) :

Drama ini menceritakan kisah cinta yang unik dan menggembirakan Yoo Jin Woo( Hyun Bin) dan Jung Hee Joo. Yoo Jin Woo adalah CEO syarikat pelaburan  dan berbakat untuk membangunkan permainan video. Dia mempunyai semangat yang mencabar dan kompetitif. Penderitaan selepas sahabatnya yang terbaik mengkhianati dia, dia mengambil perjalanan perniagaan ke Granada, Sepanyol untuk mencari pencipta misteri dalam video video yang diperkaya-realiti yang inovatif. Dia berakhir di asrama yang dimiliki oleh Jung Hee Joo(Park Shin Hye). Status drama: Ongoing.


No 2:

SINOPSIS Where Stars Land:

Ini adalah kisah tentang seorang lelaki (watak utama lakonan Lee Je Hoon and Chae Soo Bin) yang bekerja di Incheon Airport. Si hero ni berstatus OKU tau tetapi ada seorang doktor yang merawat dia dan pasangkan alat bantuan yang super power la makanya alat tu dapat buatkan hero menjalani kehidupan normal seperti manusia lain dan jatuh cinta pada heroin Chae Soo Bin tetapi sebabkan status OKU dia rahsiakan perasaan nya itu lepas tu apa jadi uols tengok la sendiri 16 episod tak rajin nak taip story panjang2. Status drama: Completed.


No 3:

SINOPSIS 100 Days My Prince:


Ini adalah kisah tentang seorang putera raja  (watak utama lakonan D.O EXO dan Nam Ji Hyun) dan seorang anak menteri bagi pemerintahan terdahulu. Si putera raja semasa kecilnya suka pada seoarang anak menteri tetapi disebabkan ketamakan bapa si putera telah membunuh seluruh keluarga menteri disaksikan oleh putera raja tersebut tetapi anak menteri tersebut berjaya melarikan diri dan membesar di perkampungan yang jauh dari istana. Dalam konflik perebutan kuasa dan mencari rahsia si putera raja telah dikepung dan dibunuh tetapi nasibnya baik diselamatkan oleh bapa angkat si anak menteri dan hiduplah mereka di perkampungan yang sama tetapi dalam keadaan tidak mengenali satu sama lain sebab putera raja tadi hilang ingatan. Sedih dan romantis jalan ceritanya kelakar pun ya juga la. Status drama: Completed.



No 4:

SINOPSIS Love Alert (Fluttering Warning):


Ini adalah kisah tentang seorang doktor dermatologi (watak utama lakonan Chun Jung Myung dan Yoon Eun Hye) dan seorang aktress yang terlibat dengan skandal percintaan. Pasangan ini pada mulanya telah menandatangi kontrak untuk berpura-pura sebagai pasangan. Kisah ini menjadi complicated kerana doktor tersebut rupanya anak hartawan yang bakal dijodohkan dengan anak hartawan yang lain untuk urusan perniagaan.   Status drama: Ongoing.


No 5:

SINOPSIS The Last Empress (An Empress’ Dignity):

Ini adalah kisah bergenre romantis monarki dengan memadukan kisah konspirasi, kerahsiaan, cinta, keserakahan, dan balas dendam yang mengelilingi keluarga kerajaan. Drama ini akan menceritakan kisah Oh Sunny (Jang Nara), seorang aktress musik yang tiba-tiba menjadi modern-day Cinderella ketika dia menikahi seorang maharaja.Choi Jin Hyuk akan menjadi watak utama, Na Wang Sik, iaitu pengawal istana dan akhirnya bergabung dengan Oh Sunny untuk membalas dendam pada keluarga kerajaan. Sakit hati tengok Jang Nara comel kena buli kena tipu tetapi sebab Jang Nara kan Keyza layan juga la. Status drama: Ongoing.



So korang rasa nak tengok x drama yang Keyza listkan ni?  Ada banyak lagi la yang best untuk ditonton antaranya Boyfriend lakonan Park Bo Gum dan Song Hye Kyo, When Time Stopped lakonan Kim Hyun Joong citer Playful kiss tu ehem ehem....The Smile Has Left Your Eyes lakonan Seo In Guk dan Jung So Min heroin Playful kiss juga heheheheh...


Monday 12 November 2018

Kalendar 2019

Assalamualaikum uols.....

Sedar tak sedar sekarang dah nak masuk penghujung 2018 kejap je masa berlalu...


سورة العصر – سورة ١٠٣ – عدد آياتها ٣

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
وَالْعَصْرِ (١)إِنَّ الإنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ (٢)إِلا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ (٣)

1. Demi masa. (QS. 103:1)
2. Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian, (QS. 103:2)

3. kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran. (QS. 103:3)

Makanya masa yang diberikan apa juala yang kita dah lakukan... Renung-renungkan lah...

#donedakwah

Ok back to duniawi pulak Keyza nak share kalendar bagi tahun 2019..



So uols yang nak plan ke umrah ke bercuti ke apa boleh refer kalendar sini ye ...


Info ni Keyza dapat dari Facebook dan Group Whatsapp so Keyza share skali la kat blog supaya lebih ramai yang melihat ye x....

#sharingiscaring




Tuesday 6 November 2018

KL - KK - Labuan - KK - KL Trip

Assalamualaikum uols...

Kalau uols ada terbaca entry Keyza sebelum ni tajuknya Keyza Nak P Sabah
uols mesti nak tahu apa kisahnya sepanjang perjalanan ke sana.

Hari pertama Khamis (1 Nov 2018)
9.00 am - Bertolak dari Slim River, Perak as usual singgah Klinik Kesihatan dulu untuk "daily dressing" luka en suami.
10.00am - Bergerak terus ke Putrajaya untuk ambil kawan en suami "driver tumpangan" untuk bawa balik kereta kitorang kes nak jimat bayar parking KLIA herherher....
1.00 pm - Makan tengahari di Medan Selera Presint 9 Putrajaya (mak dah bekalkan nasi lemak tinggal order air je so tempat macam ni xde masalah bawa makanan dari luar)


2.00 pm - Bergerak ke KLIA airport untuk check in
4.40pm - Sepatutnya dah fly ke KK tapi sebab cuaca tak mengizinkan "flight delayed" 1 jam
5.40pm - Flying to KK
9.00pm - Safely bound to KK airport (dapatkan kenderaan sewa dorang dah tunggu) kalau nak booking whatsapp je Rental Car
9.30pm - Makan malam di Restoran Haji 2 (nasinya menimbun terkezut 1 pinggan boleh makan 2 orang uols)
- Isi minyak RM50 (full tank bagi Perodua Bezza)
10.30pm - Check In Tune Hotel (niat nak jenjalan Pasar Filipino dan Pasar Malam Todak tak kesampaian penat giler uols)
Hari kedua Jumaat (2 Nov 2018)
6.30am - Sarapan pagi di Tune Hotel

7.00am - Bergerak ke Terminal Ferry Menumbok (seperti yang dirancang nak ke Labuan)

10.00am - Beli tiket di kaunter (Ferry Galaxy)
Harga tiket RM40 untuk kenderaan manakala RM2.50 (x 5orang) untuk passenger dan warga emas free then bayar cukai pendaratan RM21.50(utk 6 orang)


11.30am - Bergerak ke Labuan (perjalanan 1 jam 30 minit)

1.00pm
- Makan Tengahari di Restoran Warisan Labuan (ditaja oleh my friend Lisa tq so much dear) makan disini utk dapatkan selera semenanjung


2.00pm - Jalan-jalan di Muzium Negeri Labuan (percuma je) dan Dataran Labuan melalui War Memorial Park


2.45pm - Check in Rumah Transit Labuan (solat dan istirehat)

3.45pm - Mandi manda di Pantai Tanjung Batu ( disini disediakan toilet untuk persalinan)


4.45pm - Shopping coklat di Ujana Kewangan Labuan (murah giler coklatnya)

6.00pm - Santai di Taman Awam Tanjung Purun (ada funfair untuk anak2 bermain)

6.45pm - Makan Malam di Nagalang Restaurant (ditaja oleh sahabat umrah aka warga Labuan alhamdulillah semoga dimurahkan rezeki selalu)



9.00pm - Balik Rumah transit dan tidurrrrrrrrrrrrrr
Hari ketiga Sabtu(3 Nov 2018)
6.00am - Beli tiket ferry ke Menumbok
(ni paling sadis weekend memang susah nak dapat tiket semua warga Labuan akan keluar ke KK makanya beratur la di belakang Public Bank sebagai "waiting list passenger" kalau uols jalan kaki no problem ni sebab kes Keyza bawa kenderaan ke Labuan camni la masalahnya tetapi alhamdulillah Allah permudahkan perjalanan kami ada 'mamat' ni jual tiket dia sebab tak jadi ke KK makanya dapat la tiket ferry Kimanis jam 10.30am)

Harga tiket RM40 untuk kenderaan manakala RM2.50 (x 6orang) untuk passenger denda tukar nama tiket (RM10)
10.30am - Bergerak ke Menumbok (perjalanan 1 jam 30 minit)
12.00pm - Menyelusuri pemandangan ke KK dari Menumbok
1.00 pm - Makan tengahari di Restoran sekitar (xtau la nama apa sebab lapar sangat wakakaka)
- Isi minyak RM50 (full tank bagi Perodua Bezza)
2.00pm - Shopping ikan bilis, ikan kering di Kimanis (banyak je gerai2 jualan singgah la mana satu pun Keyza xpasti nak syorkan pun sebab Keyza pun main stop by je)

4.00pm - Check in Borneo Tree House
Anak2 mandi manda di 'pool' yang disediakan nyaris lemas si Syiffa sebab suka2 g mandi tempat dalam nasib ada orang di sekitar kolam yang sudi selamatkan abahnya xdapat nk tolong sebab kakinya sakit (huhuhuhu)


6.00pm - Solat dan bergerak ke Filipino Market
7.00 pm - Shopping di Filipino Market sempat la mendobi di situ sementara nak makan malam




8.00 pm - Makan malam di Pasar Malam Ikan Todak (ditaja oleh sahabat umrah juga alhamdulillah semoga dimurahkan rezeki selalu)
10.00pm - Bergerak balik ke Borneo Tree House untuk tidurrrrrrrrrrrr

Hari terakhir Ahad(4 Nov 2018)
6.00am - Early check out dan teruskan perjalanan ke Kundasang (gerak awal kalau nak tengok view Gunung Kinabalu)
7.30am - Tiba di Desa Cattle Dairy Farm (alhamdulillah sempat tengok view Gunung Kinabalu)



Sarapan ala kadar je (nasi, butter prawn dan sotong celup tepung tak abis dinner semalam) banyak sangat ordernya semalam dah orang belanja makan je la nanti membazir
8.00am - Beli tiket untuk masuk melawat lembu2 ala2 New Zealand, makan aiskrim itu wajib la kalau sampai sini harga aiskrim RM5.30 (yougurt/chocolate gelato) dan beli susu fresh Desa harga rm4 sahaja.
Harga tiket RM5/person


10.00am - Bergerak ke Kinabalu Park untuk melihat view hutan lipur Kinabalu nak mendaki memang tak dapek la sebabnya flight nalik KL petang tu juga herherher boleh jer masuk dengan kenderaan kalau malas nak jenjalan tapi kalau nak rasa peluh jalan la yerrrr
Harga tiket RM3/person



11.00am - Last destinasi adalah Rumah Terbalik (terserempak dengan kawan zaman kolej yang dh 10tahun xjumpa sedang honeymoon katanya) di Semenanjung tak pernah jumpa ke Sabah jua jumpanya heheheh
Harga tiket RM12/person (tunjuk MyKad)


12.00pm - Makan tengahari di Restoran Mamak sebelah Masjid Negeri Sabah yang cantik tu
1.00pm - Solat di Masjid Negeri Sabah (seronok anak-anak main dengan merpati sabah yang jinak benor)

2.00pm - Check in di Airport Kota Kinabalu (penyewa kereta dah tunggu)
4.00pm - Terbang pulang ke KLIA ( cam biasa ada delayed juga la sebab hujan)
7.30pm - Alhamdulillah safely arrived di KLIA ( sahabat en suami dan menanti)
8.00pm - Dinner di Ramai Seafood Dengkil (lapar giler doooooo)

Uols dapat bayangkan tak berapa jam je weols tidur demi nak merealisasikan semua ini????
Banyak lagi tempat menarik yang nak dikunjungi tapi apa daya masa terhad dan cuaca hujan yang tak mengizinkan... Agaknya akan repeat tak hurmmmm ntah la....

Doakan Keyza sekeluarga murah rezeki dan panjang umur boleh la repeat lagi....
In Sya Allah...jumpa lagi di entry yang lain...adiosss amigos

Tuesday 30 October 2018

Perlis Floating Market


Hasil carian imej untuk raja perlis rasmi floating market

Assalamualaikum semua...

Baru-baru ni Keyza ada la balik kampung as usual sebulan sekali wajib la balik betul tak?
Hajat Keyza memang la nak ke Hatyai tengok kawan2 dok post p Hatyai makan bagai nak rak geram plak la aiiii nak p juga...

Tapi cam biasa la modai xda orang utaqa kata kannn huahuahua...

Makanya kita search la kat Muka Buku (Facebook) la weiii katanya kat Perlis ada Floating Market jugeekkkkk...

Ha apalagi guna la khidmat Mr Waze cari di mana lokasinya Floating Market ituuuuurrrrrr.

Ok lokasinya adalah di alamat Pasar Terapung Pengkalan Tok Kuning, Perlis.
Pasar ini adalah hasil anjuran Kelab Memancing& Rekreasi Negeri Perlis.

‘Floating Market’ atau pasar terapung ini telah dirasmikan oleh DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada Hari Ahad, 23 September 2018.

Floating Market ini  diadakan setiap hujung minggu, dua kali sebulan pada sebelah petang. Dari jam 9.00 Pagi hingga ke 6 Petang.
Image may contain: text

PENGUNJUNG JUGA BOLEH MERASAI PENGALAMAN MENAIKI BOT MENYUSURI SUNGAI PERLIS HINGGA KE MASJID TERAPUNG KUALA PERLIS...

Tapi Keyza tak la naik bot pun sebab masa pergi tu air belum pasang dan semua peniaga sedang menurunkan barang ke bot masing-masing.

Pelbagai menu makanan disediakan di bot sini uols pilih la nak makan apa jer ye Keyza suggest aiskrim mango sedap rasa mangganya tapi gambar nya udah xde sebab laju aje anak2 makan xsempat nk snap gambar.


Klu uols kaki pancing Kelab ini juga menyediakan perkhidmatan tersebut hoookay...
Bagaimana caranya rujuk gambar di bawah ya...

So apalagi mai la serbu beramai-ramai untuk meriahkan lagi pelancongan Malaysia ye uols....