Pages

Wednesday, 4 February 2015

Wet World Air Panas Resort - PEDAS, N9

안녕! Annyông uols, tetiba cakap Korea plak hahahah Salam Sejahtera semua maksudnya ye.
Baru-baru ni hubby Keyza cedera di bahagian kaki so hampir 2 minggu MC n terlantar di rumah aje, klinik n hospital hanya bagi ubat tahan sakit je dengan 1 sesi rawatan fisioterapi di klinik swasta. Tapi hubby Keyza tetap cakap kaki dia lom sembuh sepenuhnya. Bengkak lom juga surut.

So bersempena cuti panjang iaitu Cuti Hari Wilayah dan juga Thaipusam, Keyza pun plan bawa hubby ke Wet World Air Panas Resort yang terletak di Pedas, Negeri Sembilan. dengan harapan lepas berendam dalam air panas ni cepatlah sembuh dan boleh bekerja seperti sedia kala. Kat sini bukan sahaja boleh berendam air panas tapi sesuai juga bawa anak-anak untuk bermandi manda di sini. Pelbagai mainan menarik seperti di Funfair pun ada. Bayar je la tiket kalau nak main kan. 


Harga tiket masuk sini pun murah aje.




Nampak tak bayaran masuk ikut ketinggian uols so klu agak2 ketinggian bawah 135cm dpt la harga kanak2 kot hahahah gurau aje...



Cam biasa la Keyza n hubby kalau bercuti mesti la bawa parents tersayang dan anak-anak kan. So charge masuk untuk kitorang berenam RM50 sahaja...murah kan? Murah sebab my parents dapat harga warga emas janji bawa kad pengenalan aje sebagai bukti dan si kecik tu pula lom capai ketinggian 135cm so FREE la untuk dia.


Kat sini tak dibenarkan bawa makanan tau, si penjaga pintu masuk tu siap buka bekas kita lagi nak check. Masa Keyza pergi tak ramai sangat yang datang almaklum la sape nak mandi air panas tengahari buta uols. Keyza sampai sana kol 1130am ha time dah bersalin baju haruslah dah pukul 12.00pm kan... 

Sebelum nak mandi air panas uols kena la basahkan badan aka mandi dulu la ada shower disediakan kat ruangan kolam tu. Maybe dia xnak uols terkejut kot dengan tahap kepanasan air kolam ini.





Suhu kolam air panas ni 38'C. huhuhu cam badan orang demam plak kan. Memula hubby berendam tahap kaki dalam 10 minit pertama je betul-betul ikut peraturan katanya padahal tak tahan panas huhuhu. Keyza tak join berendam air panas pun sebab nak kena melayan bebudak 2 orang ni yang keterujaan nak mandi pool.


 

Dah puas sejam berendam kelaparan la semua disebabkan tak boleh bawa makanan so bebudak ni makan keropok je la beli kat dalam theme park tu. Bila bebudak ni dah selesai mandi mandi barulah Keyza and my parents join berendam dalam kolam air panas tu. 


Nampak tak ada Gift Shop kat sini so nak buat kenangan bley la singgah beli dalam kedai tu. Tengok en hubby Keyza bila badan dah kebas, air panas dah terasa seperti air biasa je.  Abah Keyza pun layankan je la menantu berendam huahuahua.

Lepas selesai kat sini we'all buat terapi kaki lak. Ada lagi kolam lain yang sesuai untuk berendam bersama kanak-kanak air dia tak la sepanas kolam ni. Kolam ni dinamakan Reflexology walk.



Sakit gak la kaki berjalan dalam kolam ni. Tapi yang bestnya kesan lepas jalan dan berendam dalam kolam ni. Hubby Keyza dah jalan dengan sempurna bengkak pun dah surut dan the next day dah bley g keje cam biasa. 


Selesai mandi manda kitorang tak terus balik tau mesti la kena singgah cari kedai makan dulu kan sebab dah perut bekeroncong. Otw jalan balik tu ada satu gerai Cendol tepi jalan area Sg Gadut. Signboard besar haruslah menarik perhatian untuk stop kat situ kan.

Makan cendol kat sini tambah free uols bayar untuk semangkuk yang kita beli aje. Nak tambah berapa kali pun bley. Nasi Sup dia pun boleh tahan sedap gak la.


Tak sia-sia kan jenjalan jauh dapat hiburkan hati anak-anak dan menyembuhkan kaki yang sakit. 
Mandi dah makan pun dah so baru lah bley gerak balik dengan tenangnya. 

























4 comments: