Assalamualaikum wbt uols...
Lama Keyza tak menaip di ruangan ini... busy apa xtau la sekarang ni...
Baru-baru ini Keyza berpeluang hadir majlis perkahwinan my cousin masa dok me"relax'kan diri nak legakan perut yang kenyang ada la saudara mak datang sembang-sembang dan tips yang dia bagi ni buat Keyza rasa nak share juga almaklum la usia makin meningkat kena la jaga ye tak.....
Nak tau tak saudara tu bagi tips apa?
Cara-cara menjaga Miss V :-
1. Mandi serum
adalah mandi herba.
Biasanya mandian ini dilakukan oleh wanita dalam pantang. Tapi bagi yang bukan dalam pantang pun digalakkan untuk buat.
Daun-daun yang terpilih akan dikutip dan direbus untuk dibuat mandian. Antara daunnya adalah:
– Daun pandan
– Daun limau purut
– Daun serai wangi
– Daun mengkudu
– Daun kunyit
Selain bertujuan untuk buang angin khasiat dari rebusan daun tersebut mampu melancarkan perjalanan darah serta memberi khasiat pada kulit. Mandi serum paling mudah yang boleh dilakukan adalah dari bahan dapur anda sendiri iaitu halia, halba, kunyit dan pandan. Nak tau best atau tak cuba dan rasakannya sendiri. Ala-ala spa tradisional gitu.
2. Bertangas
Ni tak ramai juga yang amalkan. Mungkin merasakan aktiviti tangas ni agak leceh. Sebenarnya senang, wapkan Miss V anda dengan wap dari bahan tangas selama 20-30min.
Tangas ada dua. Tangas kering dan tangas basah. Tangas basah sesuai bagi yang mengalami masalah Miss V kering dan sesuai juga bagi wanita yang pre monopos. Caranya adalah dengan merebus herba tangas dan wap rebusan di halakan pada Miss V.
Tangas kering. Perlu ada batu tungku. Herba tangas yang dihancurkan diletakkan di atas batu tungku yang telah dipanaskan lalu wap dari batu tungku itu perlu di halakan pada Miss V.
Jangan tak tahu. Ini adalah amalan orang dulu-dulu untuk mendapatkan keadaan Miss V yang bersifat ummphh. Segala mak nenek toksin akan keluar dari Miss V kita melalui peluh yang keluar ketika proses bertangas.
Bahan paling mudah untuk tangas basah adalah sirih+manjakani. Tangas kering pula manjakani+kunyit+halia+ halba+perahan limau.
3. Rendaman Miss V
Maksudnya Miss V perlu direndam dalam air rebusan herba. Antara bahannya adalah garam bukit+sirih+ manjakani. Tunggu air tu suam. Jangan direndam pula Miss V tu masa air tengah berasap. Rendaman Miss V dan tangas ini sesuai bagi wanita yang inginkan kebebasan dari masalah keputihan serta boleh merawat masalah buasir. Untuk mendapatkan aset yang bagus digalakkan untuk melakukan kedua aktiviti ini.
4. Meruang
Umpama longkang yang tak dibersihkan. Akan tersumbat. Begitu jugalah keadaan dalam Miss V kita yang tak pernah meruang. Sisa air mani dan sisa haid/keputihan akan menempel di dinding Miss V. Lama-lama timbullah lendir yang berbau dan menyebabkan kegatalan. Meruang ni adalah aktiviti membersihkan Miss V menggunakan jari telunjuk yang bersih dan berkuku tumpul.
Banyak kebaikkan dari meruang ni. Nak tahu rahim jatuh atau tak meruanglah. Nak tahu Miss V grip atau tak meruanglah. Nak tahu dah boleh mandi wajib ke belum, meruang juga lah.
Rasa- rasa semua cara di atas perlukan pelaburan wang yang banyak atau tak? Ini sebenarnya adalah antara cara untuk mendapatkan keadaan Miss Vyang sihat secara luaran. InsyaAllah.
No comments:
Post a Comment