Pages

Sunday, 12 May 2019

KDRAMA 2019

안녕하세요? • (Annyeonghaseyo) 
 Salam Ramadhan uols..... 
 Ada yang tinggal puasa ke uols? hehehe 
 Tahun ni lambat sikit nak menulis busy benor sampai tak sempat nak menaip di blog ni pun curi-curi la time. 

 Okay so nak story pasal KDRAMA bagi tahun 2019. Walaupun busy citer korean mana bley tinggal ye tak? Apa jer citer yang kena di hati Keyza bagi tahun 2019 ni adalah.....jeng ...jeng... 

 Keyza bahagikan kepada 2 part la senang satu yang dah selesai tonton dan lagi satu tengah on going so korang decide la nak tonton yang mana dulu... ada jer yang suka citer dah selesai baru nak tengok sebab boleh terus marathon kan tapi klu spesies Keyza memang suka part suspen so Keyza suka citer yang on going sabooooo je menanti minggu2 akan datang sebab excited tu lain macam. 

 Drama yang Keyza dah selesai tonton adalah

Touch Your Heart 

 Pelakonnya Yoo In-na as Oh Jin-shim / Oh Yoon-seo kenapa dia ada dua nama? Ha sebab dia adalah pelakon yang terpalit kisah kontroversi dan terpaksa menyamar sebagai PA yang bekerja di law firm untuk kembali beraksi di dunia lakonan so satu nama sebagai artis dan satu lagi nama untuk pekerjaan tu la... Masa penyamaran sempat lagi tau jatuh cinta pada lawyer tersebut... Sape jer jadi lawyer tu sampai artis pun jatuh cinta hurmmmmm dan tentu la pelakon kegemaran Keyza my Lee Dong-wook as Kwon Jung-Rok kisah ni bukan macam drama melayu yang penuh dengan kisah cinta sampai Keyza tak tahu apa jer keje dorang buat asyik bercinta ja tapi citer ni memaparkan kisah-kisah undang-undang dan bagaimana seorang lawyer bekerja. Terselit kisah romantis di setiap adegan yang dipaparkan tu baru best....So kalau korang rasa apa yang Keyza rasa tonton la citer ni ye ratingnya pun tinggi tau.




Drama yang Keyza sedang tonton adalah 

 1. Her Private Life 

 Kisah seorang fangirl yang taksub sangat pada artis kegemarannya tapi terpaksa merahsiakan identitinya sebagai fangirl kerana kerjaya beliau dan bibit2 cinta tercetus kerana fangirl ni juga tau uols... sama juga macam touch your heart ni kisah bergenre romantic comedy. Pelakonnya adalah Park Min-Young as Sung Deok-Mi dan Kim Jae-wook as Ryan Gold ... suka giler citer ni walaupun starting story agak lambat untuk menambat hati bila dah masuk episod 3 dan 4 baru dapat tempo and now dah episod 8 rasa more excited untuk tengok citer ni ... so uols pun meh la join rasa keterujaan Keyza untuk tengok drama ni... Hero nya Keyza tak pernah tengok dramanya sebelum ni ke tak perasan kot sebab bukan kegemaran sangat la tapi bila citer ni chemistry bersama Park Min Young tu sesuai sangat so kita layan juga la....




2. Abyss

 Lakonan Park Bo-young as Go Se-yeon si comel yang tak pernah tua spesies Jang Nara heheheh Keyza memang suka tengok pelakon comel yang tak tua-tua wajahnya walaupun Keyza rasa dorang ni dah start berlakon masa Keyza masih belajar dan now terasa Keyza plak tua wakakaka... Okay back to the story, drama ini mengisahkan tentang seorang lawyer juga la yang mati dibunuh masa hidup wataknya dimainkan oleh pelakon Kim Sa Rang yang cantik tinggi lampai bak model gitu tapi selepas kematian dia hidup semula kerana bebola yang dipanggil Abyss sebagai si comel Park Bo Young. Manakala hero citer ni pun kes yang sama masa hidupnya seorang kaya tetapi hodoh rupanya lakonan Ah Se Ha yang ditinggalkan kekasih lalu membunuh diri tetapi dihidupkan semula oleh Grim Reaper lakonan Seo in Guk dan Jung So Min. Watak baru selepas dihidupkan semula menjadi seorang yang sangat kacak dan muda remaja uols.... dalam drama Korea je jangan percaya sangat benda2 wujud tau uols terpesong akidah satgi naya la .... So hero dalam citer ni adalah Ahn Yeon Seop la dia ni la yang pegang bebola Abyss tu dan tersilap pulak terhidupkan orang jahat pembunuh bersiri pulak tu,....huhuhu ... kisah selanjutnya kena tonton la drama ni... Baru lagi main so kesabaran kena tahap tinggi la ye uols...




3. My Fellow Citizen 

 Ha ni citer kelakar korang tengok la juga yer bukan sebab pelakon utama Choi Si Won si hensem berlesung pipit ajew tapi storynya yang mengisahkan dunia politik yang penuh penipuan ... Choi Si Won ni adalah seorang con- artist yang selalu scam warga tempatan dia juga mewarisi kerjaya ini dari ayahnya ... tetiba dia berkahwin pulak dengan polis wanita lakonan Lee Yoo Young hurm camne si penipu boleh kahwin dengan polis lak ni...hahaha tu la complicated nyer story ini tau ...berdebar je tengok ... penipuan nya sebelum ini menimbulkan dendam kepada seorang loan shark lakonan Kim Min Jung yang ingin membalas dendam kerana Choi si Won ni dah scam bapa dia... So disuruhnya Choi Si Won ni bertanding dalam pilihanraya... ko rasa logik ke con-artist tetiba jd wakil rakyat??? Makanya korang tonton la drama ni yer...






4. The Secret Life of My Secretary 

 Drama ni pulak mengisahkan seorang setiausaha yang hidupnya macam2 masalah kerana motto keluarganya ... Apa motto keluarga nya korang tengok la nanti ye? Abangnya yang buta dan adiknya nak melanjutkan pengajian ke luar negara tetapi dia pula hanya lah sekadar setiausaha yang berstatus 'kontrak' sahaja. Lakonan Jin Ki Joo bergandingan dengan hero Kim Young-kwang as Do Min-Ik seorang CEO syarikat multimedia yang mempunyai masalah kesihatan dan terpaksa mengambil semula bekas setiausahanya yang telah tamat kontrak demi kerjayanya. Citer ni ada juga la part suspen dimana Do Min Ik ni ada yang nak membunuhnya tetapi berjaya menyelamatkan dirinya tetapi berlaku masalah kesihatan pulak dan tak kenal siapa yang cuba membunuhnya dan sekarang pembunuh tu kerja pulak dengan dia huahuahua suspen sungguh.... 



So ada 5 drama yang korang patut tengok kalau perasan semua nya bergenre kan romantik comedy kan... Lepas ni bulan Jun 2019 bakal ada Drama Chronicle Of Asdal lakonan Song Jung Ki dan Kim Ji Won...agaknya best ke tak uols? Sabar la menanti ye...

apa apa pun selamat menonton dan jalani ibadah puasa pada tahun ni dengan penuh kesyukuran ye... 
until meet again.

Sumber foto adalah dari Google... TQ Google
dan sumber maklumat pelakon adalah dari Asianwiki dan Wikipedia...

No comments:

Post a Comment