Pages

Wednesday, 29 January 2020

Percutian Penang 2020

Assalamualaikum uols.....

Sekejap je masa berlalu kan dah naik abis dah bulan Januari 2020....
Kalau masa kecik semua terbayang yang kartun Doraemon tu ada keta terbang, robot serata2 ...
hehehe

whatever la ye.... so Keyza nak story lan Bulan Januari 2020 ada cuti Raya Cina kan....ha angpow takde ye uols.... sebab Keyza bukan Cina hahahah ....

hang pi mana ...hang pi mana

Keyza balik Penang la uols.....

P mana plak kali ni kan...
Penang ni banyak tempat boleh ronda tau tak....


So lokasi Keyza p kali ni Cat Beach dan Eco Capsule Telok Bahang.


Tempat ni tak ramai orang berkunjung so Keyza bawa la anak-anak ke sini...sejak2 NCov ni seram juga nak bawa anak kat tempat awam kan...

Cat Beach ni telah ditubuhkan pada tahun 2011 yang mana misi utamanya adalah untuk menyelamatkan dan menyediakan tempat perlindungan buat kucing-kucing terbiar. Kini, terdapat lebih daripada 250 ekor kucing telah mendiami kawasan ini dan menjadikannya habitat tetap mereka.






Ha nampak banyak giler kan kucing kat sini, semua ni kucing terbiar ja so tak de la kucing cantik-cantik tau.... Kalau sejenis yang suka kucing cantik2 jer tak yah la datang sini.... ni tempat bagi pencinta kucing sahaja seperti princess Keyza sorang ni....Suka beno dengan kucing heheheh
Sesiapa yang berminat untuk berkunjung, boleh datang  pada hari minggu di antara jam 11 pagi hingga 4 petang.

Alamat: 778, Jalan Teluk Bahang MK 2, 11050 Teluk Bahang, Pulau Pinang
Emel: catbeachsanctuary@gmail.com
No. Tel: 017-5753 419


Selain daripada dapat bermain bersama kucing-kucing yang jinak, uols juga boleh menikmati pemandangan yang indah dan suasana yang segar lagi menenangkan. Anak-anak Keyza dah nampak pantai harus lah nak main pasir makanya bergumbiralah semuanya.....




Ha next day, ke mana pula sambungannya ke Eco Capsule yang terletak di Telok Bahang...
Hasil carian imej untuk taman rimba telok bahang"
Ada banyak pilihan chalet dan alam semulajadi menjadi tarikan utama di sini. Tambahan pula, bila berada di kawasan ini, memang agak nyaman dan tenang.


Kalau uols bercadang nak menginap di sini, pakej 2 hari 1 malam sudah cukup. Tetapi untuk yang betul-betul inginkan ketenangan dari hiruk piruk kota, boleh cuba 3 hari 2 malam. Abaikan kesibukkan seketika, rehat dengan sepuasnya di Eco Capsule Resort Pulau Pinang.

eco_capsule_resort_teluk_bahang

Uols berminat dengan chalet di kawasan Eco Capsule Penang ni boleh terus ke alamat ini Lorong Rimba, 11050 George Town, Penang. Atau buat tempahan di talian telefon 012-430 9599.


Harga yang dipaparkan di laman web internet, hanya sekitar RM90 untuk satu chalet. Nak waze taip ajew Taman Rimba Penang.
Sini pun boleh mandi manda uols, tak stay kat Eco Capsule pun on jer mandi kat sini





eco_capsule_resort_teluk_bahang

Ha seronok tak dengan story Keyza cuti-cuti di Penang? Kalau seronok mai la Penang uols... tunggu apa lagi....



No comments:

Post a Comment