Pages

Sunday, 24 July 2022

Percutian ke Kuantan Pahang

Assalamualaikum uollssss....

Excited Keyza nak story pengalaman Percutian ke Kuantan Pahang selama 3 hari 2 malam. Sebenarnya tujuan utama ke sini bukan la nak bercuti pun tapi untuk menemani en somi Keyza yang terlibat dengan larian trail 50KM T8 Pahang Eco yang diadakan di Teluk Cempedak Pahang.



So macam post Keyza sebelum ni 

Keyza: Itinerary Travel ke Kuantan Pahang (cinthatikeyza.blogspot.com)

Keyza dah list kan tempat-tempat yang bakal diterjah sepanjang mengisi waktu menunggu en somi tamatkan lariannya.

Alhamdulillah Allah berikan kelancaran sepanjang perjalanan ke Kuantan, Pahang tanpa sebarang masalah dan kami selamat check in di Star Tree Homestay di Kuantan Pahang.


Kenapa Star Tree Homestay jadi pilihan?

  1. Harga bilik untuk 2 katil queen hanya RM110/mlm ( yg keje gomen paham la kn jimat gaji blm lg ni)
  2. Lokasi yang berdekatan dengan Teluk Cempedak (hanya 4KM sahaja)
  3. Kebersihan dan 
  4. Self Check In
Destinasi pertama selepas Check In adalah ke Teluk Cempedak untuk ambil RaceKit en somi. Perjalanan dari Perak ke Kuantan mengambil masa 3jam ++ melalui Tol Gombak makanya kelaparan la semuanya.

Jadi sementara en somi pergi ambil RaceKit, Keyza pun cari port makan sekitar Teluk Cempedak tu untuk menghilangkan lapar dan dahaga kami. Port makan adalah Restoran Selera Warisan. So Keyza order set untuk keluarga dengan harga RM70 sahaja menggunakan EWallet tau uols.... so takyah risau kalau takde cash banyak. Sini memang mesra cashless heheh.


Jadi selesai semuanya perut pun dan kenyang, hati en somi pun dah senang excited nak berlari esoknya kan kita berfoto la di tepian pantai Teluk Cempedak. 



Pagi Sabtu jam 5.30am Keyza dah hantar en somi untuk start race ditemani anak dara Keyza almaklumla nak drive sensorang penakut juga la Keyza ni hahahaha. Makanya bertafakur la en somi di surau sebelum race start.
Jam 9.00am selesai semuanya bersiap makanya destinasi untuk sarapan pagi haruslah di tempat yang telah dirancang iaitu Kassturi by Caramela



Selesai bersantap, kena la berjalan-jalan kan supaya boleh release semua kalori yang telah ditambah pagi tadi kan. So sama juga destinasi yang dituju mestilah yang telah dirancang dalam itinerary sebelum ini iaitu ZOO TERUNTUM. Excited la anak-anak Keyza menjelajahi zoo ni walaupun namanya Mini Zoo tapi keluasannya tak berapa nak mini la berpeluh juga la mak Keyza berjalan hahahaha...mungkin kerana faktor usianya.






Jam 12.30 petang Keyza dah check out dari zoo so Keyza tanyakan pada anak-anak kemana destinasi seterusnya? Si abang pun cakap nak ke Petrosains di Tanjung Lumpur, tapi disebabkan waktu operasi akan bermula jam 2petang maka kami bersantai di tepian pantai berhampiran zoo Teruntum dahulu layan buaian tengah panas hahahah sambil menghirup air kelapa pergh syuuuurrr...


Tepat jam 1petang kami mencari port untuk makan yang mana juga dah dalam senarai itinerary Keyza sebelum ini iaitu Gerai Paksu Maksu.


Disebabkan masih kenyang menyantap nasi lemak di Kaasturi makanya kita meratah je la lauk pauk disini iaitu Ikan celup tepung, sotong celup tepung, udang celup tepung hehehe dan laksam dah kuih muih lain. Dah kenyang baru kami meneruskan perjalanan ke Petrosains di Tanjung Lumpur, harga tiket FREE uols sebab lokasi di dalam Perpustakaan Kuantan. Pelbagai aktiviti menarik boleh main kat sini dan sesuai untuk kita as a parents dan terutamanya anak-anak explore dunia Science and learn new things. 




Memandangkan mak Keyza dah keletihan jam 3.30petang kami balik ke Homestay untuk berehat dan solat dulu. Jam 5.30 petang selepas dapat panggilan dari en somi katanya ada lagi 15KM untuk ditamatkan lariannya, Keyza bawa anak-anak mandi manda di pantai Teluk Cempedak dan terus untuk makan santapan malam disini sambil menanti ketibaan en somi.



 Tapi en somi story keadaannya agak parah untuk menamatkan larian dalam tempoh yang singkat dan minta Keyza menanti di Homestay sehingga dia selesai sepenuhnya dan Keyza akur. 

Alhamdulillah jam 12am en somi call memaklumkan berjaya tamatkan larian walaupun dalam keadaan yang amat lemah tapi sebab semangat yang jitu berjaya juga dia tamatkan 50KM lariannya dalam tempoh yang ditetapkan.




24 July 2022, lambat sikit la kami bersarapan sebab nak rehat panjang di Homestay sampai waktu check out jam 11am. Plannya nak makan di Restoran Vanggey sebab dah kira lunch terus la kan tapi dalam perjalanan ternampak Gerai Melayu iaitu Kedai Dala Pagor. Makanya disini jela sebab dah lapar benor rasanya.

Selesai makan disini kami terus ke Pantai Teluk Cempedak sekali lagi sebab en somi nak jumpa kawannya yang juga join trail running 25KM. Ada pelbagai jualan di kawasan event ni juga so sempat la Keyza shopping sehelai dua hahahah.
Sementara en somi lepak dengan kawannya makanya Keyza dan anak bujang jenjalan la di tepian pantai mencari air sedap di Loteng yang memang dalam list itinerary kan.




Jam 1 petang en somi kata kawannya nak belanja makan di Selera Singgang di Beserah Kuantan. Menu disini sangat sesuai bagi yang meminati masakan kampung dengan ulaman dan sambal serta budu diiringan dengan ikan goreng panas, asam pedas dan ikan singgang dan air barli sejuk amat menyelerakan walaupun perut kenyang tetap boleh habiskan nasi sepinggan tau uols dengan lauk begini. Terima kasih daun keladi lain kali belanja lagi heheheh.


Selesai makan, kami terus menuju ke Muzium Sg Lembing kerana jalannya searah untuk ke highway LPT Exit Kuantan. Makanya checklist Keyza untuk kesemua tempat-tempat dalam itinerary di kategori kan BERJAYA. Ingat senang ke nak jalan jejauh gini. Penat dah makanya enjoy je la Mat hahaha.





Nak ke Terowong Sg Lembing tapi ditutup sebab ada kerja-kerja penyelenggaraan makanya teruskan perjalanan pulang ke Perak. Tapi macam biasa la selepas tol Gombak jalan sesak yang amat kami tersesat pulak ke Sg Buloh mencari makan malam sebab dah penat sangat nak balik masak.
Lokasi kedai yang dituju adalah Food Court Kepong.


Banyak kedai makan kat sini parking pun penuh jadi pilihan kedai makan adalah Izi Stesyen sebab ada siput sedut Cheese (gambarnya takde sbab tangan dan comot sebab dah start makan dulu) dan shellout.


Okay sampai sini saje story Keyza. Bertemu lagi di posting yang lain pula nanti.
 




 




No comments:

Post a Comment