Pages

Wednesday, 30 November 2022

Itinerary ke Kuching Sarawak 2023

Hoola semua, 

Hari pertama bulan Disember 2022 bermakna tak lama lagi dah nak masuk tahun baru 2023. 
Bermakna dah 2 tahun tak naik flight ler Key za ni hahahah sebab Covid kan.

So, 2023, kita plan lengkapkan peta Malaysia dulu hahah kesian kan.
Negeri terakhir yang belum pernah Keyza sampai, Sarawak uols...

Kebetulan ada AirBus baru iaitu MyAirline tengah buat promosi, ada yang tahu tak? Kesian Keyza baru tahu ada syarikat penerbangan baru.


Destinasi yang dituju mestilah bandar Kuching kan. Keyza kat sini tak lama pun sebab anak dah start sekolah sebenarnya. So percutian singkat ni harapnya dapat la ke semua destinasi yang dirancang.
Meh kita ushar tempat mana yang menarik di Kuching Sarawak ni guys...

First Day (6 Jan 2023)

Boarding time:7.10am (KLIA2) || Estimate Arriving: 9.50am (KCH)

1. Borneo Cultures Museum. 
Harga Tiket RM 20/pax (Malaysian - non sarawakian) Best sebab museum dia interactive. Ada 4 tingkat yang penuh informasi. 



2. Waterfront Kuching. Katanya boleh tengok Jambatan Darul Hana, Tugu Kuching, Masjid Terapung, Bangunan ikonik Sarawak iaitu DUN Sarawak, Square Tower (tinggalan zaman Brooke). 
Makan tengahari : Beli dekat bazaar Kuching Waterfront
Dessert : Aiskrim Gula Apong. sedapp🤤


3. Jambatan gantung Satok yang merentangi Sungai Sarawak. Tapak asal jambatan ini telah wujud sejak zaman Charles Vyner Brooke lagi sebelum ianya runtuh pada Oktober 2004. Jadi sesuai untuk pengenalan sejarah pada anak2 Keyza nanti.

4. Jong Crocodile Farm yang beralamat di Siburan, 29Km Kuching-Serian Road. Katanya waktu yang disarankan adalah semasa buaya mkn iaitu sekitar jam 11 pagi dan 3 petang. 
Harga Tiket:
Adult: RM 20 per pax.
Children 3 to 11 years old:
RM 10 per pax.



Makan malam : The Topspot.



Check In Hotel dan berehat.


Second day (7 Jan 2023)


5. Pantai Tenang, Lundu. Mood pepagi kita kelah dulu sambil mandi manda di tepian pantai. Katanya menarik disini untuk camping.




Tengahari dah panas kena la beransur next destinasi adalah

6. Kampung Budaya Sarawak (mesti pegi). Muzium hidup yang memaparkan warisan rumah 
tradisional kaum peribumi di Sarawak seperti rumah panjang Iban, rumah etnik Bidayuh, Penan, Melanau dan rumah tradisional Melayu Sarawak.




7. Kampung Boyan (lokasi popular untuk cari kek lapis Sarawak atau ikan terubuk). Then plan makan kat My Village Barok Bistro, kedainya unik dan makanannya pun ok. Kedai dibuka seawal jam 4.30pm.




8. Katanya berdekatan Boyan jugak ada Kota Margherita tinggalan zaman Brooke yang kini dijadikan sebagai Galeri  Brooke.


Third Day (8 Jan 2023)

Check out from hotel at 9.00am.
Boarding time:12.55 pm (KCH)|| Estimate Arriving: 2.45 pm (KLIA2)


9. Pasar minggu Satok di Medan Niaga Satok (memandangkan hari minggu boleh try pegi. Katanya
kat sini ada jual macam2 produk Sarawak seperti kek lapis, ikan terubuk, kraftangan dan buah-buahan segar lagi murah. Standby beg untuk shopping bekalan untuk di Semenanjung kan hahahahah.


10. Terus ke airport satg kena tinggal flight abis la kan....

Semoga apa yang dirancang akan dipermudahkan. So kalau ada yang nk suggest lokasi menarik lagi di Kuching boleh comment ye sebab Keyza nak cari lokasi restoran yang menarik dan makanan yang sedap. 











No comments:

Post a Comment