Contohnya, kita minta:
"Buat slaid bertema Harry Potter."
Gemini Notebook mungkin tidak sekadar menukar warna, font dan elemen grafik.
Ia juga mula membawa gaya tema itu masuk ke dalam tajuk, penerangan dan istilah kandungan.
2/ Gemini Notebook anggap tema sebagai arahan kreatif untuk seluruh output.
Sedangkan apa yang kita mahu sebenarnya lebih spesifik:
Tema hanya untuk visual.
Isi mesti kekal tepat, formal dan berpandukan sumber.
Dua perkara ini perlu disebut dengan jelas. Jangan harap dia faham sendiri.
3/ Saya akan tambah arahan seperti ini sebelum jana slaid atau infografik:
"Gunakan tema ini untuk gaya visual sahaja. Jangan ubah istilah teknikal, fakta, tajuk atau nada akademik. Elakkan bahasa berbentuk fantasi, metafora, penceritaan, permainan kata atau tajuk sensasi. Kekalkan kandungan secara terus, tepat dan berpandukan sumber."
Arahan ini nampak kecil, tetapi boleh mengurangkan banyak ayat pelik.
4/ Satu lagi kesilapan ialah kita terus klik generate di studio tanpa menyemak rangka kandungan.
Saya lebih suka minta Gemini Notebook sediakan dahulu:
• tajuk setiap bahagian
• isi utama
• istilah teknikal yang mesti dikekalkan
• perkara yang tidak boleh diubah
Atau terus mention supaya dia buatkan struktur outline slide deck atau infografik yang kita nak hasilkan.
Semak rangka itu dalam ruang chat.
Selepas isi/outline sudah betul, barulah tukarkan kepada slaid atau infografik.
5/ Visual yang cantik belum tentu kandungannya sesuai untuk kelas.
Kita tetap perlu semak:
Adakah istilah asal berubah?
Adakah AI menambah idea yang tiada dalam sumber?
Adakah tajuk terlalu dramatik?
Adakah gaya kreatif mengganggu ketepatan isi?
Kalau ya, masalahnya bukan pada warna atau reka bentuk. Arahan kandungan kita masih tak cukup tepat.
6/ Saya guna AI untuk bantu hasilkan bahan PdP. Tapi saya tak mahu AI "menghias" fakta sampai pelajar keliru.
Bagi saya, tema sepatutnya mencantikkan cara kandungan dipersembahkan.
Bukan mengubah cara kandungan itu difahami.
Pernah tak Gemini Notebook hasilkan ayat yang cantik, tetapi pelik dan tidak sesuai dengan topik anda?
No comments:
Post a Comment