Nuffnang

Wednesday 17 November 2021

November Vacation

 

السلام عليكم


Petang ni berkesempatan nak mencoret tentang percutian family Keyza, almaklumla dh boleh rentas negeri kan.

So kemana Keyza sepanjang cuti panjang November 2021? 

Memandangkan cuti Deepavali jatuh pada 4 November (Khamis) dan Keyza pulak bekerja di Perak dan tarikh Hari Keputeraan Sultan Perak pada 5 November (Jumaat) makanya bermula 1 hingga 3 November 2021 Keyza pun ambil la cuti rehat. Dapatlah berlibur dengan bahagianya.

Bermula Sabtu 30 Oktober, Keyza pun bergerak pulang dari Perak ke Kedah, sampai je rumah umangai ramai dah saudara mara datang ke rumah nak jumpa mak Keyza tersayang ye la dah boleh merentas negeri kan. Seharusnya dorang pun nak la jenjalan tapi Keyza tak dapat nak masak banyak sebab masa terhad makanya order je la di kedai hehehe...

Meriahkan family kakak kepada mak Keyza

Kemudian pagi Ahad 31 Oktober, Keyza dapat tempahan tomyam dari para pelanggan setia hahaha belikan pes dari Padang Besar, Perlis. Apalagi memandangkan Mr Hubby off duty kita pun ajak la terus ke Perlis mencari stok tomyam. Ramai giler manusia jadi kita pun segera pulang la xde la berlama-lamaan di sini sebabnya kang mengundang penyakit huhu seram ooo...

Moh ler shopping guys...


Di pagi Isnin 1 November 2021 nan indah, Mr Hubby kata jom la shopping di Design Village mencari baju nak pergi bercuti kan. Harus la dengan sukacitanya Keyza pun menonong masuk kereta bersama anak-anak tersayang. Tapi sempat la menyantap di Rumah Sarapan dulu.
My mom n my encem boy




Sampai dah, jom cari baju

Tibalah hari yang dinanti kan sesi merentas negeri yang sebenar.

2 November 2021, seawal jam 7.30 pagi berangkatlah kami menuju ke destinasi percutian yang sebenar iaitu Kuala Terengganu menyelesaikan misi Keyza untuk tengok Drawbridge Terengganu. 
Laluan yang digunakan dari Kedah tentulah dari Baling terus ke Gerik then berhenti rehat sebentar di Banjaran Titiwangsa menikmati nasi kerabu as our Brunch (Breakfast + Lunch) wakakaka sebab sampai sini pun dah jam 11.00pagi.

Bergambar itu wajib bagi setiap perhentian

Perut dah kenyang perjalanan diteruskan lagi menuju ke negeri Terengganu, tepat jam 2.00 petang singgah berehat lagi di Pantai Penarik tapi hanya sekadar berfoto sahaja mengambil mood sebelum perjalanan diteruskan ke destinasi sebenar.

Excited nya bebudak berdua ni macam tak pernah jumpa pantai

Tepat jam 4.00 petang maka sampai la kami ke Drawbridge huahuahua seronok tak terkata lama kot tak sampai Terengganu sejak Covid melanda negara kita. Hari ni kita merentas jela dulul jambatan ni sebab nak check in ke Homestay dulu penat uuuiiii seharian duduk je dalam kereta.

Syukur selamat sampai DrawBridge


Selesai solat semua waktu baru la gerak cari makan malam, so gerai yang dituju di sekitar Pantai Batu Buruk, Gerai G-13 namanya so santap la dulu kami berempat je mak n family kakak stay di Homestay tunggu makanan ditapau oleh Keyza.

Alhamdulillah, menu wajib ikan bakar dan sotong celup tepung

Hari kedua, 3 November 2021, Keyza cadangnya nak ke Pulau Redang tapi malangnya bermula 1 November tiada la bot dibenarkan untuk bawa pelancong ke pulau sebab musim tengkujuh dah tiba kan. Jadi Keyza pun tukar plan kita naik bot pusing sekitar Kuala Terengganu je la. Musim Covid ni Keyza naik boat yang pakej persendirian dari Sekati Emas Boat. (https://www.facebook.com/sekatiemas/) 

Berlatar belakangkan Masjid Kristal

Drawbridge with love nama diberi hahah

Dah selesai naik boat maka misi mencari makanan wajib di Terengganu Ikan Celup Tepung (ICT) la kan. Alhamdulillah ditaja oleh kawan anak saudara Mr Hubby aka polis juga yang bertugas di sini. Semoga murah rezeki beliau hendakNya. Destinasi pilihan untuk ICT haruslah yang paling pamos amos Warong Celop Tepong Pok Nong.

Bismillah, jom makang


Hari terakhir di Terengganu, 4 November 2021 Cuti Deepavali bermula seharusnya Kuala Terengganu semakin ramai la pengunjungnya. Homestay, hotel semua fully booked sampai owner homestay tanya bila nak check out, laku keras la homestay nya kan. Sebelum Check Out, Mr Hubby ajak temani beliau untuk buat larian di sekitar Pantai Batu Buruk. So ada can la Keyza dan anak2 bersantai di tepian pantai bermain buaian kan kan..,... nak mandi manda di pantai memang tak dapek la musim-musim tengkujuh ni so kita main ditepian je la.
Berseronok la budak berdua ini

Mommy dan abahnya pun sama naik hahah layan

Seronok bermain tapi port wajib untuk selfie untuk membuktikan tujuan utama ke Terengganu adalah demi Drawbridge skali lagi Keyza dan anak-anak teruskan destinasi ke DrawBridge sebab Mr Hubby dah lari sampai ke sana dah hahaha laju benor ler haish...
Kacak ke idok dengan kasut pinknya itu 

Dengan ini tamatlah percutian di Terengganu, tapi cuti masih berbaki kan so kita teruskan perjalanan ke Negeri Melaka pula, sebabnya anak kakak Keyza bertugas di Jasin disebabkan tak boleh bercuti makanya meh la orang boleh cuti ni datang melawat. 

5 November 2021, bersantai la kami di Pantai Klebang menikmati makanan di negeri Melaka dengan tajaan anak saudara tersayang. Semoga murah rezeki mu nak uuuiiii.

Sekian sahaja percutian kali ni jom la pulang ke pangkal jalan hahah