Nuffnang

Thursday 10 August 2017

Kellie's Castle, Batu Gajah, Perak

Yuhuuuu uols....kali ni Keyza nak story tentang Istana Kellie atau Kellie's Castle...kat mana Istana Kellie?
Ha jika uols dari Kuala Lumpur melalui Lebuh raya Utara Selatan, uols perlu keluar ke Plaza Tol Simpang Pulai dan menuju ke Batu Gajah atau Universiti Teknologi Petronas di Tronoh, Perak. Sama juga kalau uols dari Utara masuk ikut Plaza Tol Simpang Pulai juga la tak susah pun ke sini. Waze kan ada..heheheh

Memula sampai haruslah bayar parking dulu tau RM2.00 jer tak mahal pun pastu kalau nak melawat masuk di perkarangan istana tu kena la bayar harga tiket RM5.00 untuk dewasa dan RM3.00 untuk kanak-kanak. Warga emas RM3.00 juga rasanya dan pastikan uols tunjuk MyKad tau baru dapat harga cenggitu. Dah bayar tiket nanti akan ada staff situ yang akan ambil gambar uols untuk dijadikan souvenir masa keluar nanti.
Berapa bayarannya tak pasti sebab Keyza tak ambil pun souvenir. Nape Keyza tak ambil souvenir tu....ha tu nanti kita story.
Jom kita masuk dalam istana dulu bukan senang nak masuk istana kan uols hahahaha.




Bangunan yang kekal dalam keadaan 'sedang dibina' telah menjadi tarikan pengunjung ke Batu Gajah kerana keunikannya.



Moh kita baca sejarah istana ini. Rumah Istana Kellie atau Rumah Kellas telah dibina pada tahun 1910 oleh seorang peladang getah terkemuka British bernama William Kellie Smith. Bangunan tiga tingkat dibina mengikut reka bentuk sebuah istana Moghul di bandar Agra, India. Tukang-tukang binaan bangunan tersebut dibawa khas dari Madras. William Kellie Smith adalah dari sebuah kampung di Scotland yang dikenali sebagai Kellas. Pada tahun 1890, ketika berusia 20 tahun, Smith tiba sebelum Tanah Melayu membangun. Di Tanah Melayu, beliau bertemu dengan seorang pemilik tanah bernama Alma Baker, yang telah memenangi konsesi dari pemerintah negara untuk meneroka 360 hektar hutan di Perak. Dengan keuntungan besar yang dibuat daripada perniagaan bersama ("bisnes venture") dengan Alma Baker, Smith mula menanam pohon getah dan menceburi industri perlombongan timah. Sewaktu dengan itu, dia menjadi pemilik Perumahan Kinta Kellas dan Kinta Kellas Tin Dredging Company.




Kemudiannya beliau kembali ke rumah beliau untuk berkahwin dengan orang Scotland tercinta, Agnes, dan isterinya dibawa ke Tanah Melayu pada tahun 1903. Tahun berikutnya, pasangan ini diberkati dengan anak perempuan mereka yang bernama Helen. Selama bertahun-tahun selepas itu, Agnes berusaha untuk hamil, tapi gagal. William Smith terlalu mengharapkan seorang anak lelaki sebagai waris untuk mengambil alih kerajaan itu di Kepulauan Melayu. Setelah bertahun-tahun selepas itu, akhirnya Agnes telah melahirkan seorang anak lelaki bernama Anthony, pada tahun 1915. Kelahiran anaknya ialah peringkat awal bagi keuntungan yang lebih besar untuk William Smith.

Bagi merayakan kelahiran Anthony, William Smith telah memutuskan untuk memperluas rumahnya. Smith memulai perancangan untuk cadangan istana besar yang dirancangkan untuk digelar sebagai Rumah Kellas (Kellas House), sempena rumahnya di Scotland. Bangunan ini mempunyai 14 buah bilik, sebuah bilik bawah tanah dan terowong rahsia itu juga dilengkapi dengan lif yang pertama dibina Tanah Melayu. Di tingkat kedua pula akan dibina sebuah padang tenis berlantaikan simen. Berita mengenai bangunan ini pernah disiarkan dalam akhbar London Financer pada 15 September 1911. Akhbar itu mengatakan Kellas House itu merupakan bangunan yang paling tersendiri di seluruh Timur Jauh, sama ada dari segi bentuk ataupun besarnya. Bangunan ini tidak sempat disiapkan setelah Kellie Smith meninggal dunia di Pelabuhan Lisbon, Portugal untuk mengambil lif yang ditempah pada 11 Disember 1926.





Oleh kerana terlalu taksub dengan agama Hindu dan budaya India, Smith merancang rumah ini bagi berbentuk mirip senibina orang-orang Madras, dengan semua batu bata dan seramik diimport dari India. Dia turut membawa sejumlah besar pekerja buruh India dalam impiannya untuk membina Rumah Kellas menurut seni bina India asli. Bangunan ini dapat dilalui dari jalan utama dengan berjalan menyeberangi jambatan yang melintasi sungai. Antara hal yang luar biasa mengenai Istana Kellie ialah lif yang pertama di Malaya yang menghubungkan sayap kanan sampai ke lantai atas, dan adanya dua terowong yang menganjur ke bawah sungai berdekatannya. Salah satunya ialah terowongan yang menghubungkan beberapa candi Hindu yang tidak jauh dari rumah utama. Di tingkat dua, Smith merancang untuk membangun sebuah lapangan tenis dalaman - sebuah projek yang bercita-cita tinggi walaupun dibandingkan dengan piwaian hari ini. Pada tingkat tertinggi, ada halaman untuk bersantai. Puri ini adalah untuk menjadi pusat berhibur pemilik ladang koloni kaya yang telah menetap di Malaya. Keunikan rumah ini turut dilaporkan di akhbar London pada tanggal 15 September 1911.


Dikhabarkan roh Kellie ni selalu berlegar-legar di kawasan serambi istana ini suatu ketika dahulu.

Seram sejuk plak bila terbaca kisah ni... huhuhuh tapi alhamdulillah takde apa pun yang terjadi pada pengunjung disini.

So selesai pusing-pusing istana ni kalau uols lapar ke dahaga ke jangan risau sebab ada sebuah kedai makan dan kedai cenderamata telah dibina oleh Majlis Daerah Kinta Barat pada tahun 1990. Istana Kellie sering menjadi lokasi penggambaran drama dan filem. Antaranya ialah filem Anna And The King yang dilakonkan oleh Chow Yuen Fatt. Ha masa nak balik tu tetiba ada orang panggil husband Keyza untuk snap gambar dorang, pusing-pusing  Awal Ashari dan isterinya Scha AlYahya rupanya...heheheh makanya Keyza dan family pun tak lepas peluang la bergambar dengan dorang tu pasal terlupa nak ambil souvenir tadi kuikuikui.


End of story... sejarah ni boleh cari kat Wikipedia juga tau dan tertulis pada dinding istana juga kalau uols rajin baca la sambil berselfie di sini.


Monday 7 August 2017

Aeroplan Band - Bukan Siapa Siapa

OST Drama "Encik Suami Mat Salih Celup"

Terkesima Keyza layan lagu ni sesuai banget la orang indon cakap kan dengan drama tu.


Jom karoks..



Untuk Apa kau kembali
Setelah Ku kau sakiti
Biarkan Aku sendiri
Tak Inginku dilukai semula
Kau Beri cinta kau berpura
Kau Singkirkan janji kita

Selama ini aku tak berdaya
Aku bukan siapa siapa
Kerna cinta ku turutkan semua
Meski Pun tak bahagia

Pergi Saja dengan dia
Jika Itu terbaik untukmu
Tinggalkan Aku sendiri
Tak Inginku mengulangi semula
Kau Beri cinta kau berdusta
Kau Hancurkan cinta kita
Selama Ini aku tak berdaya
Aku Bukan siapa siapa
Kerna Cinta ku turutkan semua
Meskipun Pun tak bahagia
Selama Ini aku tak berdaya
Aku Bukan siapa siapa

Kerna Cinta ku turutkan semua
Meski Pun tak bahagia
Selama Ini aku tak berdaya
Aku Bukan siapa siapa
Kerna Cinta ku turutkan semua
Meski Pun tak bahagia
Selama Ini aku tak berdaya
Aku Bukan siapa siapa
Kerna Cinta ku turutkan semua
Meski pun tak bahagia

Thursday 3 August 2017

SENARAI Doa MUSTAJAB untuk ANAK ANAK

Apa pentingnya ibu bapa bacakan doa untuk anak?
Seharian kita sibuk dengan tugasan dan menguruskan anak-anak, dengan harapan anak-anak dapat membesar dengan segala kecukupan. Perlu diingat bahawa selain usaha kita, satu lagi faktor penentu kejayaan anak-anak adalah keberkatan.
Antara cara untuk mendapatkan keberkatan adalah melalui doa ibu bapa.
Oleh itu, mari kita amalkan doa untuk anak ini agar mereka menjadi anak yang berjaya di dunia dan di akhirat. Doa untuk anak ini semuanya diekstrak daripada ayat-ayat Al-Quran agar menjadi rujukan kita sepanjang hayat.
doa selepas solat fardhu

SENARAI 7 DOA MUSTAJAB IBU BAPA MESTI BACAKAN UNTUK ANAK
1. DOA NABI ZAKARIA UNTUK ZURIAT YANG BAIK
Doa ini asalnya adalah doa Nabi Zakaria yang membacanya untuk memohon keturunan yang baik.
Seperti yang kita tahu, Nabi Zakaria diuji dengan ketiadaan anak sehingga lewat usianya. Namun, baginda tidak pernah berputus harap dan sentiasa berdoa agar dikurniakan zuriat yang soleh sebagai penyambung dakwahnya.
Akhirnya, Allah mengurniakan seorang putera yang mulia, iaitu Nabi Yahya kepada baginda. Bersesuaian dengan maksudnya, doa ini amat sesuai diamalkan untuk memohon dikurniakan zuriat, mahupun untuk memperelokkan akhlak anak kita.

al-imraan-138
(Surah Al Imran Ayat 138)
Rabbi habli milla dunka dhurryatan tayyiba innaka samiud du`a’
Maksud: ” Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan”.
muslim islam family
2. DOA UNTUK ANAK AGAR DIBERI RAHMAT

Kita dianjurkan untuk berdoa walaupun telah berjaya dan senang dengan kehidupan kita bersama keluarga di samping meningkatkan kecenderungan untuk bertaubat dan kembali kepada Allah.
Begitulah maksud yang dinyatakan dalam doa ini. Ringkas tetapi amat mendalam jika direnungkan.
doa untuk anak

(Al-Ahqaaf Ayat 15)
“Rabbi Auzi’ni An Asy-kura Ni’matakal-lati An ‘Amta `Alayya Wa `Ala Waalidayya Wa An A’mala Solihan Tardoohu Wa Adkhil-Nii Bi Rohmatika Fii `Ibaadikas-Soolihiin”
Maksudnya: …Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu).

3. DOA UNTUK ANAK AGAR DILEMBUTKAN HATINYA
Maksud Latiif, iaitu salah satu daripada nama Allah yang terkandung dalam asmaul Husna ini bermaksud Maha Lembut.
Dengan berkat kelembutanNya, eloklah kita memohon agar Allah melembutkan hati anak kita. Doa yang amat sesuai dibacakan jika mempunyai anak yang agak degil dan keras kepala.

doa untuk anak
Surah As-Syuura Ayat 19
“Allahu Latifun bi ‘ibadihi, yarzuqu man yasha’u, wa huwa l’-Qawiyyu l-‘Aziz”
Maksudnya: Allah Maha Lembut tadbirNya (serta melimpah-limpah kebaikan dan belas kasihanNya) kepada hamba-hambaNya; Ia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan yang telah ditetapkan), dan Dia lah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.

4. DOA UNTUK ANAK SUPAYA KUAT & SABAR
Doa ini dianjurkan agar ditiupkan pada ubun-ubun anak pada setiap pagi sebelum ke sekolah, atau setiap kali selepas solat bersama.
Mudah-mudahan mereka akan diberikan kekuatan dan kesabaran dalam menghadapi semua bentuk cabaran hingga mencapai kemenangan di dunia dan akhirat.

al-imraan-200
Surah Al Imraan Ayat 200
“Yaa ayyuhalladzina amanush biru wa shobiru wa robitu wat taqullaha la’allakum tuflihuun”
Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).
tips rumah tangga bahagia

5. DOA UNTUK ANAK AGAR RAJIN SOLAT
Bukan mudah mahu menggerakkan anak untuk menunaikan solat 5 waktu jika tidak didisplinkan.
Amalkan doa ini agar kita sentiasa istiqamah dalam mendirikan solat di samping mendidik anak-anak menjaga solat.
Doa ini adalah doa Nabi Ibrahim untuk anak-anaknya.
ayat-40-surah-ibrahim

Surah Ibrahim Ayat 40
Rabbij alni muqiimassolati wamin dzurriyatii. Rabbana wataqobbal duaa’.
Maksudnya: Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.
persiapan ramadhan

6. DOA UNTUK ANAK AGAR MENJADI PENYEJUK MATA
Ini adalah salah satu doa yang disyariatkan kepada kita juga, agar memohon keluarga dan anak keturunan yang dapat menjadi penyejuk pandangan, dan penawar di hati.
Selain itu, ia turut menekankan permohonan kita agar dapat menjadi pemimpin yang baik atau ‘role model’ yang dapat menjadi ikutan orang-orang bertaqwa.
Selitkan doa ini setiap kali selepas solat.

furqan-ayat-74
(Surah Al-Furqan Ayat 74)
“…Rabbana hab lana min azwaa jina wa dzurriyyaatinaa qurrata a’yuun. Waj alna lil muttaqiina imaamaa.”
Maksudnya: …Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menjadi penyejuk mata kami melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.
cara ajar anak kenal nabi

7. DOA SUPAYA DIKURNIAKAN ANAK YANG MENTAATI PERINTAH ALLAH
Ini adalah salah satu petikan doa daripada Nabi Ibrahim yang dibacakan ketika membina Kaabah bersama anaknya, Nabi Ismail.

al-baqarah-128
Surah Al-Baqarah Ayat 128
“Rabbana waj alna muslimaini laka wamin dzurriyatinaa ummatan muslimatan laka wa arinaa manaa sinakaa watub alaina. Innaka anta tawwabur rahiim.”
Maksudnya: Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua: orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu, dan jadikanlah daripada keturunan kami: umat Islam (yang berserah diri) kepadamu, dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami, dan terimalah taubat kami; sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani
doa untuk anak

BERKAT DOA IBU BAPA
Selain memastikan didikan agama yang sempurna, menyediakan kecukupan, jangan lupa mendoakan anak-anak kita, sekurang-kurangnya setiap kali selepas solat.
Sebagai ibu bapa, marilah kita amalkan semua doa ini kerana doa ibu bapa untuk anak adalah antara doa yang tidak tertolak oleh Allah SWT. Semoga anak-anak kita mendapat keberkatan di dunia dan di akhirat.
Sumber: Nazurah Hassan

Wednesday 2 August 2017

Keep Fit - Keep Running

Assalamualaikum uols...

Tahun ni Keyza nak share kejatuhan cintaan Keyza pada aktiviti larian plak.
End of 2016 Keyza dan en suami ada la join Penang Bridge International Marathon 2016 tapi 10KM je tu pun semput abis almaklum la bukan ada latihan pun dijalankan masuk suka suki ajew....

So bila masuk 2017 Keyza dan en suami bercadang untuk aktifkan diri dalam dunia larian ni. Makanya jadual disusun of course la lepas bulan Syawal kan... sebab apa lepas Syawal sebabnya raya makan macam-macam kena la hapuskan kalori yang tak helok ituew....

Okay berbalik kepada jadual larian Keyza dan en suami... first larian yang kitorang join adalah Penang Run 2017 bertempat di Espelande, Padang Kota, Penang. Larian bermula seawal jam 5.30am tau uols... tu untuk yang lari half marathon 20km la but en suami amik 10km makanya larian start jam 6.00am dan Keyza pulak join Fun Run 4km jew start jam 6.30am.


Ni antara bukti la yang Keza dan en suami berjaya tamatkan larian dan get a medal tau rasa teruja tak tau nak habaq lagu mana sebab tahun lepas join PBIM 2016 tak dapat pun medal semput en suami je dapat makanya jeles la kiter kan...





So aktiviti lepas ni kita memanjat bukit plak pada 20 Ogos 2017 nak tau bukit apa haruslah Penang Hill kan....


14KM tu memang takde pilihan lain la redah kasi pecah la jawabnya...heheheh doakan Keyza dan en suami ye semoga selamat sampai ke puncak nun.

Then bulan seterusnya kita akan lari balik pada September sebab kena hapuskan kalori makan daging korban kan tapi kali ni cam biasa Keyza join fun run juga 5KM dan en suami amik 21KM Men Open...ha berapa jam dia nak abiskan larian tu wakakaka nasib la ye..


Dan acara larian terakhir sebagai persediaan half marathon PBIM 2017 adalah Road to  Bridge Run fun run 6KM jew tau... jom la join sape yang rasa nak Keep Fit - Keep Running cam Keyza dan en suami. En suami Keyza amik 17KM tu huhuhuu.


Okay then our last run activity for 2017 haruslah Penang Bridge International Marathon 2017 (PBIM2017) pada November 2017 ni. Sape-sape nak join cepat-cepatla pi daftar. 


Untuk yang berminat nak join aktiviti cenggini pi la ushar website

http://www.actifestyle.com/event.php

Makanya itu sahaja laporan Keyza untuk aktiviti Keep Fit- Keep Running bagi tahun 2017. Kalau ada update lagi nanti Keyza sambung entry ni yer...