Nuffnang

Showing posts with label cycling. Show all posts
Showing posts with label cycling. Show all posts

Tuesday, 9 December 2014

Malaysia Cycling Jamboree 2015

Holaaa uols yang berjiwa basikal sekalian, perasan tak cepat je masa berlalu sekarang sedar ataupun tak tahun 2014 sedang melabuhkan tirainya...so kalau uols ada terbaca tentang entry Keyza yang lepas mengenai hobby baru en Suami Keyza yang bertajuk Jom Kayuh Basikal 2014 uols mesti nak tau result target en suami kan.....jeng....jeng...

Alhamdulillah berkat kayuhan sepanjang 5 bulan ni walaupun ada juga yang mengejek bagai sebab tak pernah naik podium pun, en suami tetap cekal harungi semuanya demi target beliau iaitu nak kurangkan berat badan ke 84kg and the result is he made it. Good job my dear. His 2nd target is to get 10 medal and of course he got that too.

Menjelang tahun baru ni Keyza perlu pastikan yang hobi en suami kali ni tak akan berubah lagi dan seharusnya sekarang Keyza mula sibuk menguruskan jadual kayuhan untuk tahun 2015. Setakat ini Keyza dah dapatkan informasi jamboree bagi bulan Januari hingga Mei 2015.  So let's check it out....




Date

Event

Venue

Photo

17 Jan 2015 NS Nature MTB Jamboree Sri Menanti, Negeri Sembilan
25 Jan 2015 Jamboree Kulim Hi-tech Kulim, Kedah
1 Feb 2015 KAYUHAN FIT MALAYSIA RIDE 2015 - NEGERI SEMBILAN PADANG MPS, JALAN DATO BANDAR TUNGGAL, BANDAR SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN. <
15 Feb 2015 Konvoi Kayuhan 1Wilayah Persekutuan Dataran Putrajaya. <
14 Mac 2015 MTB Jamboree Balik Pulau Politeknik Balik Pulau, Penang
21 Mac 2015 Black Forest MTB Challenge Bukit Kayu Hitam, Kedah
28 Mac  2015 Fetech UNIMAP Nature Ride UNIMAP, Perlis
5 April 2015 Baitul Al Hilmi Jamboree Slim Village, Slim River, Perak
12 April 2015 Kolej Komuniti MTB Jamboree Kolej Komuniti Hulu Selangor
2 May 2015 Padang Serai MTB Challenge Taman Mahsuri, Padang Serai, Kulim Kedah 

Lirik Hani, Zue & Fynn Jamal - Kayuh Semula |Nang Antap

Sunday, 9 November 2014

Jom Kayuh Basikal 2014

Hi alls,

Entry kali ni Keyza nak share hobi baru En Suami Keyza. Hobi mengayuh basikal ada falsafah yang boleh menjadi pegangan hidup kita. Rahsia ini tidak tercungkil jika kita tidak perasan bahawa mengayuh dan hidup ada persamaan. Untuk mengayuh basikal kita perlu mampu imbangkan badan. Untuk meneruskan hidup yang sempurna kita harus mampu imbangkan fokus kita. Untuk maju dalam kerjaya dan perniagaan kita harus mampu membuat keputusan yang seimbang. Untuk menjadi pemimpin juga kita perlu imbangkan perwatakan kita.



Basikal adalah sukan individu. Kita tidak perlukan 22 orang untuk memulakannya macam bola sepak. Kita juga tidak perlukan tempat khas untuk mengayuh macam main ping-pong. Kita boleh kayuh bila-bila kita selesa. tak boleh kayuh pagi, kayuh petang. Tak boleh petang kita kayuh malam. Kalau kita tak mampu nak kayuh belah malam (mungkin kita ada benda lain nak kayuh) kita boleh kayuh waktu subuh-subuh, terus ke surau.

Tahun ni target En Suami nak dapatkan 10 medal dan turunkan berat badan ke 84kg...
Hahaha agak-agak kesampaian tak ye? Selaku PM kepada En Suami di atas pelantikan sendiri Keyza nak share jadual aktiviti kayuhan beliau untuk mencapai KPI tersebut.

Senarai Jamboree 2014


Date

Event

Venue

Photo

7 & 8 Jun 2014 Kuntau MTB Carnival 2014 Bandar Tasik Kesuma Beranang, Selangor Darul Ehsan
22 Sep 2014 Gempak Hypertrax Rampage Dengkil
26 Sep 2014 - 27 Sep 2014 Lembah Bujang Jamboree MRSM Merbok, Sungai Petani, Kedah
27 & 28 SEPTEMBER 2014 BATU KURAU INTERNATIONAL MOUNTAIN BIKE CHALLENGE 2014 (BKMBC2014) PEKAN BATU KURAU, PERAK
21 September 2014 Putrajaya Inter-Park Ride Taman Botani Putrajaya
9 November 2014 SPECTRUM TRAILBLAZER JAMBOREE 2014 Pulau Indah, Port Klang.
22hb November 2014 NS NATURE MTB JAMBOREE 2014 Tampin, Negeri Sembilan
29 November 2014 Harian Metro Mountain Bike Grand Prix Cuti-Cuti 1Malaysia (Melaka) Asahan, Melaka
21 Disember 2014 International MTB D'Paya Indah Wetlands 2014 Paya Indah Wetlands, Dengkil, Sepang
27 Disember 2014 Harian Metro Mountain Bike Grand Prix Cuti-Cuti 1Malaysia (Selangor) Hulu Selangor, Selangor


Kat sini Keyza nak share koleksi gambar En Suami ketika sedang beraksi di track Jamboree: