Nuffnang

Monday 9 May 2016

Team Building ICT PSAS

Hoola uols,

Tajuk entry Keyza kali ni nak citer alkisah team building ICT yang Keyza aturkan untuk warga kerja ICT sekalian di opis Keyza ni. Plan sendiri tau tanpa hire mana-mana pihak almaklum la budget ciput untuk masa yang terhad.

Asyik bekerja je kan so Keyza as one of their boss (aisey konon la) buat la paperwork untuk dapatkan budget supaya program team building ni dapat dilaksanakan. Program Two Days One Night ni memang agak mencabar gak la nak plan. Alhamdulillah paperwork diluluskan oleh Big Boss sebabnya xde guna duit gomen pun kan hahahah terbaik katanya. Paperwork ni untuk dapatkan pengangkutan je untuk bawa kitorang yang ramai ni.



Based on paperwork kitorg dapat la berlepas ke Port Dickson (PD) untuk adakan aktiviti ni. Tapi sayangnya 2 orang dari warga kerja tak dapat nak join sebab masalah peribadi. So tak pe la yang mana ada kita proceed je kan. So apa yang ada kat PD ni ye yang menarik sangat untuk kitorang pergi. Meh sini Keyza story cket.

Memandangkan hari kejadian jatuh pada Hari Jumaat makanya aturcara program mestilah kena selitkan masa untuk Kaum Adam menunaikan Solat Jumaat kan so plannya lunch di Wong Solo, Bangi sebab masjid dekat ajew dan budget untuk menampung kos makan semua warga kerja memang sesuai sangat makan di sini. Kos untuk lunch semua warga ICT ni RM250++ je. Lepas makan semua kaum Adam terus menunaikan kewajiban mereka manakala kaum Hawa pergi lah mencuci mata jap di PKNS. Adil tak? kikiki


Selesai solat Jumaat kitorang teruskan perjalanan ke Hotel Seri Malaysia, PD. Tu je la hotel yang available masa tarikh kejadian tu untuk muatkan kami yang ramai ni. Hotel ni bertentang je dengan pantai so senang la nak plan aktiviti pantai kan. 


Lepas semua dah selesai check in ke bilik masing-masing makanya kita teruskan program seterusnya iatu ke Rumah Api Tanjung Tuan. Dorang ingat bos ni main-main je ada juga yang kuar pakai skirt je heheheh bos ni nampak sweet tau tapi bila dah kata ada aktiviti Jungle Tracking haruslah ada ye sekalian. 

Bila dah sampai boss ni baik hati gak la yang mana pakaian tidak bersesuaian dan yang kurang kemampuan untuk aktiviti ini kita lepaskan la untuk buat aktiviti sendiri. Makanya yang sampai ke puncak Rumah Api dalam gambar ni je la yer... Masa yang diambil untuk sampai ke puncak 15-20 minit je. Takde la payah bebenor pun yeob.

Setelah semua selamat turun dari puncak perut apalagi berkeroncong la dah tiba masa untuk makan malam ye semua. Muka happy je sebab nak makan kan. Destinasi kitorang untuk dinner adalah King's Char Keow Teow tempatnya dekat juga la dari Hotel Seri Malaysia. Sebab utama pilih tempat ini dan bukannya Seafood Restaurant adalah kerana budget juga la hahahah. Kos makan untuk dinner RM275 je tau jimat kan. Ramai tu yang makan siap tapau lagi.

Perut dah kenyang hati pun girang tiba la masa untuk aktiviti anak-anak plak so pilihan tempat sebelum balik tidur di hotel adalah PD Waterfront. Tempat ni memang sesuai untuk bersantai bersama keluarga dan anak-anak tersayang. Bila melihat kegirangan anak-anak lain bermain dah tentu sahaja membuatkan Keyza terkenangkan anak-anak sendiri yang juga tak dapat join program ni sebab abahnya keje tak de sape nak bawakan dorang kat mommy ...alahai emo plak mommy ni.




Lepas seharian bermain mak bapak dan anak-anak sekalian makanya semua balik berehat. Keesokan paginya kitorang adakan plak acara sukaneka. Lokasi pilihan pantai la kan. Apa guna datang sampai ke PD kalau tak main pasir pantai betul tak? Antara games yang diaturkan adalah lari sambil bawa sudu di mulut berisikan bola ping pong, masukkan air dalam botol menggunakan span, memancing di daratan, puzzles solving, dan baling belon air. End up memang fun la kan. Semua happy sangat lupa abis keja-keja di opis. 


Burned abis wajah putih mulus sekalian dibakar bahang mentari. Selesai acara sukaneka dah tiba masa untuk check out dari hotel. 

Sebelum balik haruslah kena makan dulukan uols pun lapooo ni dan destinasi pilihan untuk lunch last day ni adalah Nasi Kukus Ayam Panggang CowBoy Place. Lunch di sini kosnya untuk semua warga ICT RM205 jerrr.....masih ada baki peruntukan yang Keyza rancangkan ...heheheh ada gaya jadi money planner tak?


Rasa cam tak kenyang je makan kat sini kan hehehe next for our last destination untuk wrap up all the good things happen in PD kita bawa plak makan icecream ni NILAI SQUARE, N9. Dah tentunya tempat kesukaan Keyza la ICEROOM.


Awal-awal program nampak cam team building sesangat kan akhirnya dah serupa acara JJCM plak heheheh apa2pun Alhamdulilah rancangan kali ni berakhir dengan jayanya semua pun happy sebab masing-masing ada hadiah istimewa dibawa pulang untuk ahli keluarga tersayang yang tak dapat join pun dapat hadiah tau.... So tak kan ruginya la sesape pun. Okay abis citer disini yer kalian semua jumpa lagi di entry berikutnya....ADIOS AMIGOS














Wednesday 4 May 2016

Perjalanan Istimewa Isra Mi'raj

Menyaksikan 10 Azab Bagi Wanita


Isnin (21/8), merupakan hari yang bertepatan dengan peristiwa 27 Rajab, hampir 13 abad silam. Sejarah mencatat peristiwa penting dalam kerasulan Nabi Muhammad SAW, iaitu perjalanan Isra Mi'raj. Berlangsung dari Masjidil Haram di Makkah ke Masjidil Aqsa di Palestina, serta dari Masjidil Aqsa ke Sidratul Muntaha di langit ketujuh.

''Maha suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Masjidil-Haram ke Masjidil Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya (dengan diturunkannya nabi-nabi di negeri itu dan kesuburan tanahnya), agar Kami perlihatkan kepadanya sebagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.'' (Surat al-Isra, ayat 1).

Peristiwa tersebut terjadi setahun sebelum hijrahnya Nabi SAW ke Madinah, bertepatan dengan tahun 721 Masehi. Peristiwa ini terjadi di tengah-tengah tekanan dan hinaan yang berat yang dialami oleh Rasulullah dan para sahabat dari kelompok musyrikin Makkah seperti Abu Jahal dan Abu Lahab.
Istilah isra’ yang artinya berjalan malam adalah bahasa Al Quran, sedangkan istilah mi’raj yang artinya naik adalah istilah yang dipakai dalam Al Hadits. Namun demikian walaupun mi’raj bukan bahasa Al Quran akan tetapi akar kata tersebut yang dibentuk oleh huruf-huruf ‘ain, ra, dan jim menjadi ‘araja adalah bahasa Al Quran.

Isra Mi'raj adalah perjalanan cepat Nabi Muhammad pada malam hari atas takdir dan keinginan Allah dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa. Baginda kemudian naik ke langit sampai Sidratul Muntaha. Bahkan ke Mustawa dan sampai di bawah Arasy Allah (suatu tempat di mana alam ini diatur) dengan menembus tujuh lapis langit, lalu kembali ke Makkah di malam yang sama. Kisah-kisah dalam peristiwa Isra dan Mi'raj mengandung sesuatu yang sangat menakjubkan, karena perjalanan tersebut tidak sama dengan yang ditempuh manusia biasa. Tapi ini perjalanan istimewa menggunakan kendaraan Allah yang kecepatannya tidak bisa ditandingi oleh apa saja yang diciptakan manusia.

Dalam peristiwa itu Rasulullah SAW diperlihatkan tentang kekuasaan Allah serta balasan yang akan diterima oleh umatnya di akhirat nanti.
Firman Allah: ''Dan Nabi Muhammad SAW telah melihat (Jibril dalam bentuk rupanya yang asli) di waktu yang lain yaitu di Sidratul Muntaha. Di dalamnya ada surga yang merupakan tempat tinggal ketika Sidratul Muntaha diliputi oleh sesuatu yang meliputinya. Penglihatan (Nabi Muhammad SAW) tidak berkisar pada menyaksikan dengan jelas (tentang pemandangan yang indah seperti yang diizinkan untuk melihatnya), dan tidak pula melampaui batas. Dan Baginda telah melihat sebagian dari tanda-tanda kebesaran Allah.'' (Surat an-Najm, ayat 13-18).

Wanita beriman


Di antara pelajaran yang dapat diambil dari peristiwa itu adalah mengenai wanita. Rasulullah SAW melewati satu daerah yang menebar bau yang sangat harum seperti bau kasturi. Lalu Baginda bertanya kepada Jibril, daerah apakah yang sedang mereka lewati.

Jibril menjawab: ''Itulah makam Masyitah, seorang wanita penghulu syurga.'' Dia adalah pengasuh anak Firaun, pemerintah yang kejam di Mesir yang mengaku dirinya Tuhan. Masyitah memiliki fisik yang lemah, tapi memiliki semangat dan jiwa keislaman yang kuat hingga mampu menepikan keangkuhan Firaun.

Masyitah adalah pelayan raja. Dia adalah seorang rakyat yang masih sadar dan beriman kepada Allah. Tetapi karena kekejaman Firaun, dia dan yang lainnya terpaksa menyembunyikan keimanan mereka. Pada suatu hari, ketika Masyitah menyisir rambut putri Firaun, tiba-tiba sikat itu terjatuh. Dengan tidak sengaja, dia menyebut nama Allah. Ketika sang putri mendengarnya, bertanya kepada Masyitah, siapakah Allah itu. Masyitah pada awalnya enggan menjawab, tetapi setelah didesak berkali-kali, dia akhirnya memberitahukan bahwa Allah adalah Tuhan Yang Esa dan Tuhan Sekalian Alam.

Putri itu mengadu hingga menyebabkan Firaun sangat marah mengetahui Masyitah menyembah tuhan selain dirinya. Masyitah dipaksa Firaun agar mengakui dirinya (Firaun) sebagai Tuhan, tetapi dengan penuh keberanian dia berkata: "Tuhan aku dan Tuhan kamu adalah Allah." Kata-kata tersebut menimbulkan kemarahan Firaun. Lalu dia memerintahkan menterinya, Hammam, agar membuat patung sapi dari tembaga dan diisi minyak untuk merebus Masyitah dan keluarganya.

Ketika tiba giliran bayinya yang akan dimasukkan ke dalam patung sapi, Masyitah hampir mengaku kalah dan menyerah kepada keinginan Firaun karena sangat sayang kepada anaknya. Tetapi dengan kehendak Allah, terjadi kejadian yang luar biasa. Secara tiba-tiba bayi tersebut dengan fasih berkata: "Wahai ibuku! Teruskanlah dan jangan menyerah kalah, sesungguhnya engkau di jalan yang benar."

Masyitah dan keluarganya mempertahankan keimanan mereka dengan mengatakan ''Allah Tuhan Yang Esa dan Firaun hanya manusia biasa''. Lalu semuanya syahid dibunuh oleh Firaun. Keberanian seorang wanita memperjuangkan kebenaran dan keimanan ini diperingati setiap tahun oleh seluruh manusia melalui peristiwa Isra dan Mi'raj. Semua anggota keluarga Masyitah mendapat balasan syahid dari Allah karena mempertahankan akidah hingga mati.

Wanita durhaka


Dalam perjalanan tersebut, Baginda juga diperlihatkan tentang jenis siksaan yang menimpa wanita hingga Rasulullah SAW menangis setiap mengenangnya.

Di antaranya tentang :-
  1. Perempuan yang digantung dengan rambut dan otak di kepalanya mendidih. Mereka adalah perempuan yang tidak mau melindungi rambutnya dari pandangan lelaki lain.

    Siksaan lain yang diperlihatkan kepada Baginda adalah 
  2. Perempuan yang digantung dengan lidah, tangannya dikeluarkan dari punggung, dan  minyak panas dituangkan ke dalam kerongkongnya. Mereka adalah perempuan yang suka menyakiti hati suami dengan perkataan.

    Baginda juga melihat bagaimana
  3. Perempuan digantung buah dadanya dari arah punggung dan air pohon zakum dituangkan ke dalam kerongkongnya. Mereka adalah perempuan yang menyusui anak orang lain tanpa izin dari suaminya.
  4. Ada pula perempuan yang diikat kedua kakinya serta kedua tangannya sampai ke ubun-ubun, dililit oleh beberapa ekor ular, dan kalajengking. Mereka adalah perempuan yang mampu shalat dan berpuasa tetapi tidak mau mengerjakannya, tidak wudhu dan tidak mau mandi junub. Mereka sering keluar rumah tanpa izin suaminya dan tidak mandi bersuci setelah haid dan nifas.

    Baginda lalu melihat 
  5. Perempuan yang makan daging tubuhnya sendiri sedangkan di bawahnya ada api yang menyala. Mereka adalah perempuan yang berhias agar dilihat oleh lelaki lain dan suka menceritakan keburukan orang lain.

    Baginda juga melihat
  6. Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka. Mereka adalah perempuan yang suka membanggakan diri sendiri agar orang melihat perhiasannya.

    Siksaan lain yang dilihat oleh Baginda adalah 
  7. Perempuan yang kepalanya seperti kepala babi dan badannya seperti keldai. Mereka adalah perempuan yang suka mengadu domba dan sangat suka berdusta. 
  8. Ada juga perempuan yang Baginda lihat, wajahnya berbentuk anjing dan beberapa ekor ular serta kala jengking masuk ke dalam mulutnya lalu keluar melalui duburnya. Mereka adalah perempuan yang suka marah kepada suaminya dan memfitnah orang lain.
Hikmah yg paling utama,

"mari kita jaga solat yang lima waktu, lebih-lebih solat subuh; kalau boleh berjemaah di masjid "