Nuffnang

Monday 8 May 2017

Gunung Lang, Ipoh Perak

Assalamualaikum wbt.....

Untuk bulan Mei ni Keyza bawa anak-anak naik bot plak ...awal cuti Labour Day aritu g naik bot ke Pulau Aman, Penang. Tapi minggu kedua ni Keyza bawa naik bot lagi tapi ke Gunung Lang, Ipoh Perak.

Warga Ipoh harus tahu kan tempat ni?

Dalam fikiran ingatkan banyak benor burung Helang tapi yang banyaknya ikan dalam tasik dan monyet berkeliaran di taman.

Tapi yang penting sekali anak-anak Keyza happy itu sudah memadai.


Jalan mudah ke sini masuk Tol Ipoh arah Utara ye kalian semua, dan belok kiri kawasan parkingnya FREE ajew tau tak? 

Sini ada tempat makan tapi kalau nak bawa bekal berkelah bersama keluarga pun takde masalahnya disitu ye.

Dah sampai apalagi jom kita naik bot la kan...Harga tiket bot tak mahal pun RM3 dewasa, RM1.50 untuk kanak2


Sementara nak tunggu bot sampai kita bagi la ikan2 di tasik ni makan dulu, makanan ikan dijual disitu dengan harga RM2 per pack. Boleh la murah jer kan...


Banyak kan ikan disini....tapi dilarang memancing tau!!!!

Bila bot dah sampai kita dapat la tengok burung helang berterbangan di angkasa. Tapi takde la banyak pun ada la seekor dua. 


Di kawasan rekreasi ada lagi tempat untuk riada bersama keluarga dan anak-anak boleh bermain di taman permainan. Kalau rasa penat nak berjalan boleh sewa basikal disini RM4/jam manakala untuk basikal kanak-kanak RM2/jam. 


Ada juga ala-ala mini zoo disini yang menempatkan burung, rusa, ostrich dan ayam. 


Kalau ada yang takut monyet tu hati2 la ye banyak yang berkeliaran dikawasan ini.


Kalau lapar or dahaga tapi terlupa bawa bekalan kan jangan risau ada jer motor yang menjual air dan makanan ringan disini. 
Okay sekian sahaja laporan kisah jenjalan Keyza dan family, kalau rasa best tempat ni dan tak pernah pergi jemputlah datang beramai-ramai ye. 




Tuesday 2 May 2017

KDrama: My Secret Romance

Aigoooo lama Keyza tak share drama korea kan...

Bukan tak tengok tau tapi takde masa nak wat review jer...

ha kali ni Keyza nak share citer baru tajuknya My Secret Romance...



Sinopsis citernya cenggini

Jin-wook (hero) dan Yoo-mi(heroin) bertemu di sebuah resort Gangwon-do dan terjebak dalam satu siri salah faham dan kemalangan. Yoo-mi telah terpesona dengan personaliti diam-diam dan suka bermain Jin-wook, dan mereka tidak disangka-sangka bermalam bersama-sama. Walau bagaimanapun, Yoo-mi hilang pada waktu pagi, meninggalkan Jin-wook dengan perasaan bingung dan tidak rasional serta marah.

Tiga tahun kemudian, kedua-dua bertemu lagi apabila Yoo-mi menjadi pakar pemakanan di kafeteria syarikat di mana Jin-wook kerja-kerja. Mereka berpura-pura tidak mengenali antara satu sama lain. Akhirnya Yoo-mi mengakui bahawa dia ingat kejadian itu. Jin-wook meminta Yoo-mi memberi alasan bahawa mengapa dia meninggalkannya dan dia menjawab bahawa "Its just one night stand".
Tercalar jua la ego Jin-wook kan.

Yoo-mi mula menjadi personal nutritionist kepada Jin-wook atas sebab Jin-wook ada masalah untuk menjaga diet hariannya hingga menyebabkan dia sering sakit. Tapi Jin-wook hanya jadikan itu sebagai alasan untuk bertemu dengan Yoo-Mi selalu.


Pelakon Utama:



Sung Hoon sebagai Cha Jin-wook merupakan Chaebol generasi kedua dan pengarah sebuah syarikat yang dimiliki oleh ayahnya. Dia suka bermain dan suka berpesta tetapi bertukar menjadi lelaki yang serius yang hanya memberi tumpuan kepada kerja selepas Yoo-mi hilang.



Song Ji-Eun sebagai Lee Yoo-mi Seorang wanita muda sentiasa tunggal dengan personaliti yang cerah yang tidak berbuat banyak dengan penampilan beliau dan agak konservatif apabila ia datang untuk dating.


Kim Jae-young sebagai Jung Hyun-tae seorang berjaya penulis  dan pemilik sebuah kafe buku. Hangat dan mesra, beliau adalah rakan terbaik Yoo-mi, dan dia juga tertarik pada Yoo-mi.

Jung Da-sol sebagai Joo Hye-ri seorang juruhebah muda dan cantik yang popular dengan lelaki, tetapi dia hanya tertarik pada Jin-wook.


So acaner rasa excited tak nak tengok drama romantik ni sesuwei la nak berangan couple dengan chaebol ye tak? hahahahaha...

Jom layan online : http://dramafire.com/category/recommended/my-secret-romance/