Nuffnang

Monday 13 February 2023

Hiking with buddies

Hoola uols,

Story di bulan Februari 2023 ialah tentang Keyza pergi hiking. 

Ala pergi hiking pun nak story kan...eh eh blog Keyza kan mesti la nak juga story.

Nak story tu sebab nya Keyza pergi hiking dengan new buddy's tau... 

Alkisahnya weekend 11/2/2023 routine nya balik Kedah tapi minggu ni tak balik sebab kesian kat Cik Sona Keyza penat dah dia kot berulang Perak - Kedah makanya beribu juga la nak baiki dia.

Jadinya kita tak balik la minggu ni, tapi kawan opis Keyza ajak la hiking. Dia sorang je Keyza kenal  yang lain-lain Keyza pun baru kenal semasa hiking. Kawan kepada kawan Keyza tu pun bawa kawan makanya semuanya baru berkenalan hahahah. Macam biasa nak pergi hiking mesti la kena bawa bodyguard aka anak bujang Keyza la.

Lokasi hiking adalah di Bukit Batu Pahat, Kuala Kubu Bharu, Selangor. Katanya ada 3 tempat untuk start hiking ke bukit ni tapi Keyza dan buddy start di IKBN Peretak. 


Sini adalah tempatnya. Kalau uols nak main paragliding pun sini la tempatnya. Kalau uols sejenis leha-leha macam Keyza tempoh untuk hiking naik dan turun dalam 3 jam tapi dapat naik 2 peak je, 1st peak adalah Bukit Batu Pahat dan 2nd peak adalah Bukit Batu Belah. Tapi jangan menyanyi batu belah batu bertangkup pulak kang ada yang kenal telan naya la hahaha... gurau je.

Alhamdulillah cuaca baik sepanjang pendakian ke puncak. Tiada hujan tapi tak panas sangat just nice. 

Peak pertama sampai mengambil masa 1 jam 40 minit sebab leha-leha kan mendaki satu lagi tanah merah yang lembik makanya membajak la kami semua melekat tanah di kasut membuatkan lagi lambert la mendaki hahaha (alasan). Orang lain berlari je naik sebab bukitnya memacak juga la.

Ada orang tanda checkpoint sebagai penanda aras. Total checkpoint ada 6 untuk sampai ke peak 1.


Sampai sini macam biasa mesti la bergambar dulu kan dan semestinya nak mengabiskan nasi lemak bekalan yang di bawa dari bawah tadi. Penat lapar semua ada harusla kena recharge dulu...(acaner nak kursus hahah)



Selesai bergambar kita sambung perjalanan ke peak ke 2 iaitu Bukit Batu Belah. Jalan kesini susah sikit sebabnya jalan nya agak curam dan sempit so kena be more careful uols. Kalau ada kayu ke stick ke bawa la ye bagi memudahkan perjalanan. 

Apalagi bergambar lagi uols, bukti dan tawan ke Peak 2 walaupun leha-leha. Sampai sini abis stok air. Penat ooooiiii... Nak mendaki patah balik ke Peak 1 sebab keta parking situ kan memang mengundang la... anak Keyza yang diam aje pun merungut sebab nya air dah abis uolss syadisss....

Sampai peak 1 cam biasa sempat lagi bergambar lagi hahaha giler betul...



Cantik kan viewnya so layan je la gambar-gambar buddies.

Selesai mendaki kami terus turun nak cari air, dehydrate. Then salah seorang buddy ajak pergi berkelah pula di Pangkin Aki, Tanjung Malim Perak. Tempat yang viral tu.




Alhamdulillah boleh la salin baju dan makan dengan kenyangnya dan semuanya FREE uols. Ditaja sepenuhnya...semoga yang menaja bertambah la rezekinya.

Sekian, story Keyza nak tengok bukitnya camne nah tgk reels Keyza ni