Nuffnang

Friday 19 July 2024

Cara imam syafi mengajar anak murid yang lembam

Assalamualaikum uols… Keyza tergerak untuk berkongsi kisah ini untuk semua…

Sungguh Menyentuh Hati, Sebenarnya Imam Syafi'i memiliki Murid "Slow Learner" dan Begini Cara Beliau Mengajarnya. 

_


Sangat menyentuh hati kita semua pada apa yang ditulis oleh Imam Baihaqi dalam kitab Manaqib Imam Syafii, bagaimana cara Imam Syafii, sebagai guru mengajar salah satu muridnya yang sangat lamban dalam memahami pelajaran.


Sang Murid itu adalah Ar Rabi’ bin Sulaiman, murid paling slow learner. Berkali-kali diterangkan oleh sang guru Imam Syafii, tapi Robi’ tidak juga faham. Setelah menerangkan pelajaran, Imam Syafii bertanya,

“Rabi’ Sudah faham atau belum ?”

“Belum faham, ”jawab Rabi’.


Dengan kesabaranya, sang guru mengulang lagi pelajaranya, lalu ditanya kembali, ”sudah faham, belum? Belum.

Berulang diterangkan sampai 39x Rabi’ tidak juga paham.


Rabi' rasa ini telah mengecewakan gurunya dan juga malu pada diri sendiri, maka Rabi’ beringsut perlahan-lahan keluar dari majlis ilmu. Selesai memberi pelajaran Imam Syafii mencari Robi’, melihat muridnya. Imam Syafi'i berkata, ”Robi’ kemarilah, datanglah ke rumahku!”.


Sebagai seorang guru, sang imam sangat memahami perasaan muridnya, maka beliau menjemputnya untuk belajar secara perseorangan.

Sang Imam mengajarkan Rabi’ secara perseorangan, dan ditanya kembali, ”Sudah paham belum ?

Hasilnya? Rabi’ bin Sulaiman tidak juga paham.


Apakah Imam Asy-Syafi’i berputus asa?

Menganggap Rabi’ bin Sulaiman sebagai murid bodoh? Sekali-kali tidak. Beliau berkata,  


”Muridku, sebatas inilah kemampuanku mengajarimu. Jika kau masih belum faham juga, maka berdoalah kepada Allah agar berkenan mencurahkan ilmu-Nya untukmu. Saya hanya menyampaikan ilmu. Allah-lah yang sebenar-benar memberikan ilmu dan kefahaman. Andai ilmu yang aku ajarkan ini sesendok makanan, pastilah aku akan menyuapkannya kepadamu.”


Mengikuti nasihat gurunya, Rabi’ bin Sulaiman begitu tekun bermunajat berdoa kepada Allah dengan penuh khusyuk. Ia juga membuktikan doa-doanya dengan kesungguhan dalam belajar. Keikhlasan, kesolehan, dan kesungguhan, inilah amalannya Rabi’ bin Sulaiman.


Tahukah kita? Rabi’ bin Sulaiman kemudian berkembang menjadi salah satu ulama besar Mazhab Syafie dan termasuk sebagai perawi hadis yang sangat disegani dan dipercayai dalam periwayatannya. 


Sang slow learner bermetamorfosis menjadi seorang ulama besar.

Inilah hasil dari kesabaran Imam As-Syafie dalam mengajar dan mendidik.


Adakah kita, para guru dan orang tua boleh mencontohi kesabaran Imam Syafie dalam mengajar?


Berapa banyak kita meyakini bahawa sebenarnya tidak ada anak dan murid yang bodoh?


Sudahkan kita, para guru dan orang tua mendoakan anak-anak dan murid kita agar diberi kefahaman dalam pelajaran?


Sudahkan kita, para guru dan orangtua memotivasikan anak-anak dan murid kita agar gigih berdoa kepada Allah Taala?


Source:

https://www.mugtama.com/articles/item/91619-2019-09-08-08-24-56.html

____

Terima kasih utk ingatan ini.

Tuesday 16 July 2024

Sinopsis Filem Tamil Maharaja

 (SPOILER ALERT!)




Selalu Keyza update story KDRAMA je kan.
Sejak ada Netflix ni kita layan filem Tamil pula heheh.
Filem ini tajuk Maharaja. Jalan cerita filem ini sebenarnya secara flashback. Jadinya kalau tak faham meh Keyza bagi fahamkan. Tapi pastikan tonton dulu baru baca spoiler ini hahaha.

Memula kisah ni start Maharaja hantar anaknya ke kem anjuran sekolah. Kemudian Maharaja tetido kat rumah yang berselerak akibat dipecah masuk dan ada ular masuk rumah Maharaja dan bagi hint la sape yang buat onar di rumahnya. Walaupun dah tahu sape yang buat onar Maharaja tetap pergi balai polis dan laporkan kejadian yang berlaku dan seolah2 mencari barang rumahnya yang "hilang" tetapi sebaliknya Maharaja sedang mencari dalang di sebalik kejadian sebenar.

Flashback bermula begini kejadian 13 tahun lalu:

1. Selvam suka collect barang-barang dari rumah yang dirompaknya. Barang tu dijadikan hadiah untuk anaknya, Ammu. Di sebalik diri dia sebagai seorang penjenayah, Selvam rupanya seorang Family Man. Sangat sayang isteri dan anaknya Ammu itu.
2. Satu hari, Selvam nak hadiahkan kalung emas untuk anaknya Ammu itu. Selvam dah plan nak buat majlis kenduri khas untuk anaknya itu. Dia ajak kawan-kawan dan jirannya semua rewang.
3. Bini Selvam suruh Selvam trim sikit jambang, misai, janggut. Sebab Selvam nampak serabut. Lalu, Selvam pun pergi la ke kedai saloon tempat Maharaja kerja. Di saloon itu, mesin gunting rambut Maharaja habis bateri. Selvam suruh la Maharaja pergi beli bateri baru.
4. Masa tu, Selvam dapat call dari kawan dia. Rompakan yang mereka buat tu, masuk berita semua. Jadi, kawan dia panik. Selvam pun suruh bertenang, nanti dia kasi settle. Perbualan ini didengari secara tak sengaja oleh Maharaja.
5. Selvam pun balik ke rumah. Hati dia tak sedap. Lepas tu, kalung emas yang dia belikan tu tiba-tiba tak ada.
6. Rupa-rupanya, kalung emas tu tertinggal di saloon Maharaja. Maharaja pun berniat nak pulangkan balik kalung emas tu kepada Selvam.
7. Secara kebetulan, masa Maharaja datang ke rumah Selvam, polis pun datang sekali, nak tangkap Selvam dan konco-konconya. Kantoi segala jenayah Selvam pada isterinya. Isteri Selvam malu. Isteri Selvam rela suaminya masuk penjara.
8. Selvam masuk penjara. Maharaja, isteri, dan anak nya, melawat la isteri Selvam dan anak Selvam di rumah Selvam. Niat Maharaja, nak pulangkan kalung emas yang sepatutnya jadi hadiah untuk anak Selvam tu. Tapi, isteri Selvam enggan terima, sebab malu dan kesal dengan perbuatan jenayah Selvam.
9. Isteri Maharaja suruh Maharaja beli hadiah lain, untuk bagi ole ole pada anak Selvam si Ammu tu. Maharaja pun pergi kedai depan. Tiba-tiba, ada lori langgar rumah Selvam. Semua mati kecuali sorang budak yang terselamat dilindungi oleh tong sampah logam. Budak itu adalah Ammu (anak Selvam)!
13 TAHUN KEMUDIAN...
Ammu bukan sekadar anak angkat Maharaja, tetapi dah macam anak kandung Maharaja dah. Ammu dinamakan sebagai Jothi. Punya sayang giler Maharaja pada Jothi. Kasih bapa mengatasi segalanya.
Selvam keluar penjara. Selvam aim nak balas dendam kat Maharaja. Dia bawak 2 konco dia, pecah masuk rumah Maharaja. Tetapi, Jothi baru balik dari acara olahraga. Jothi diserang oleh Selvam dan 2 konco tersebut! Separuh mati dikerjakan! Sebab Selvam pukul Jothi dengan sangat brutal! Malah, yang ada lekuk di belakang badan, telah rogol Jothi.
Maharaja yang baru balik dari beli kasut sukan Jothi, amat sedih dengan tragedi ini. Dia bawak Jothi ke hospital, dapatkan rawatan. Tong sampah bernama Lakshmi juga menemani Jothi di wad.
Dan bermulalah misi di mana Maharaja nak cari 3 Jahanam tersebut. Tu yang Maharaja buat laporan polis palsu, konon konon nak cari Lakshmi yang hilang. Sebenarnya, dia cuma nak hint dari polis supaya dia dapat jejak 3 Jahanam itu je.
Polis yang tolong Maharaja pun, akhirnya sama sama komplot dengan Maharaja dalam misi balas dendam nya itu. Sehingga membawa kepada konfrontasi antara Maharaja Vs Selvam.
Sehingga lah penyesalan Selvam tak berkesudahan di mana selama ini dia tak tahu pun yang Maharaja lah yang jaga dan membesarkan Ammu (anak dia sendiri) sepanjang dia di penjara 15 tahun tu!
Yes, Ammu Vs Selvam. Kita ingat Jothi tu anak Maharaja. Tetapi, Jothi adalah Ammu! Ammu pulangkan kalung emas, dan dia menyesal ada bapak bernama Selvam. Selvam pun mati dalam penuh penyesalan!
Sekian. ✌️💪💯

Monday 8 July 2024

Jadual Gaji Penjawat Awam 2024

Holaaa semua, dah menghampiri pertengahan tahun baru Keyza berkesempatan memuatnaik jadual gaji penjawat awam bagi tahun 2024.

 

BulanTarikhHariCatatan
Januari24.01.2024RabuHari Thaipusam – 25 Januari 2024 (Khamis)
Februari23.02.2024JumaatTahun Baru Cina – 10 & 11 Februari 2024 – (Sabtu & Ahad)
Mac25.03.2024Isnin
April25.04.2024KhamisHari Raya Puasa – 10 & 11 April 2024 (Rabu & Khamis)
Mei24.05.2024JumaatHari Pesta Kaamatan 30 & 31 Mei 2024 (Khamis & Jumaat)
Jun13.06.2024KhamisHari Gawai – 1 & 2 Jun 2024 (Sabtu & Ahad)

Hari Raya Haji 17 & 18 Jun 2024 (Isnin & Selasa)
Julai19.07.2024Jumaat
Ogos23.08.2024Jumaat
September25.09.2024Rabu
Oktober24.10.2024KhamisHari Deepavali – 31 Oktober 2024 (Khamis)
November25.11.2024Isnin –
Disember19.12.2024KhamisHari Krismas – 25 Disember 2024 (Rabu)

Betapa sibuknya dengan urusan duniawi hahaha.