Nuffnang

Wednesday, 2 April 2014

Ho Chi Minh - Vietnam Tour

Next month Keyza and friends dah plan nak jenjalan melawat Kota Ho Chi Minh, Vietnam.
Ni 1st buat Keyza berjalan ke luar negara bersama kawan-kawan selalunya dengan family jer...
Rasa excited tu haruslah ada kan...kali ni Keyza akan follow senior yang kaki berjalan ke oversea ni tak lain tak bukan Mrs Ciku geng Blogger juga la kan.
So this is our iternary plan...


Ni hanyalah perancangan awal jer.... sampai ke tak depends on budget ke sana nanti yer...

2 hari lagi untuk Keyza dan kengkawan ke Vietnam...
Excited juga rasa sepanjang di opis Keyza buat kerja sambil dok Google best thing in Vietnam.
Huhuhuh camne nk dapat keberkatan dalam pekerjaan camni haish...

Antara perkara yang Keyza Google adalah berapa kos yang perlu Keyza and kengkawan budget untuk 
ke lokasi seperti di iternari kitorang.

So info yang dapat di collect adalah seperti berikut


Untuk try coffee no 2 tersedap di dunia kitorang perlu lah mencari kedai Sinh Cafe. Alamatnya adalah seperti berikut:

Sinh Cafe
5 Lương Văn Can, Hang Dao ward, Hoàn Kiếm, Hanoi, Vietnam+84 4 3826 7120
 
Hope jumpa la kot kan...ada expert yang akan bawa kitorg ni.... Hope jumpa la kot kan...ada expert yang akan bawa kitorg ni....

The next day kitorang plan nak g  Chu Chi Tunnel Half Day Tour so survey agent katanya dapat harga
6 usd or 123, 000 vnd.

If tak dapat pergi ke Chu Chi Tunnel ni boleh kot nak layan
Water Puppet Show kalau beli tiket sendiri 10 usd tapi if amik dengan Miss Kanh 8 usd termasuk taxi pergi balik.

Agak murah la kan bagi kitorng yang budget ciput jerrr pun.

Hari ke3 destinasi yang wajib pergi  Mekong Delta 1 Day Tour dengan menggunakan agent yang sama boleh dapat harga ni 10 usd or 207,000 vnd...memang menjimatkan kalau betul lah harga camni yang ditawarkan nanti.

Alamat agent ni adalah seperti berikut:

VN LOTUS TRAVEL,  210A De Tham St., Pham Ngu Lao Ward, District 1, HCM.   
Tel: +84-8-39209853/ +84905058514,  
Website: vietnamtourslotus.com and 
Emel: info@vietnamtourslotus.com.

Husband Keyza dah order kasut and barang basikal dia ...ntahlah bley jumpa ke tak kat Bandung dulu xpe la ada Pak Supir yang bawakan tinggal ngomong aja mau ke mana...
Kali ni trip agak mencabar sebab kena gamble je...Semoga Allah permudahkan segalanya ...ameen

Sunday, 30 March 2014

TEMUDUGA TERBUKA BAGI JAWATAN KERANI POS & POSMEN SERAHAN

Salam Sejahtera Semua,

Dimaklumkan bahawa Unit Sumber Manusia Negeri Selangor akan mengadakan Temuduga Terbuka bagi jawatan Kerani Pos dan Posmen Serahan seperti tarikh , masa dan tempat seperti berikut :_

Tarikh : 08 April 2014 ( Selasa)

Masa : 8.30 pagi hingga selesai

Tempat : Pejabat Tenaga Kerja Bangi.
No 709, Tingkat Bawah 1&2,
Blok C, Diamond Kompleks
43650 Bandar Baru Bangi
Tel : 03-8925100


Sekian.

NAZHRI BIN ISMAIL
PENGURUS SUMBER MANUSIA
POS MALAYSIA SELANGOR.



Tuesday, 18 March 2014

Subhanallah[ bacaan surah adh dhuha]

Pagi ni Keyza just nak share video ni sangat terharu menusuk qalbu bile mendengarkan bacaan budak ni












Sabda Rasulullah S.A.W:
“Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang mana kamu tidak akan sesat buat selama-lamanya selagi berpegang dengan keduanya, iaitu Kitab Allah (Al-Quran) dan sunnah RasulNya” - (Hadis Riwayat Muslim)

Friday, 14 March 2014

8 Langkah Supaya Diri DiCintai ALLAH SWT

8 LANGKAH SUPAYA ALLAH SWT MENCINTAI KITA

Alangkah bahagianya hidup ini,,Jika kita disayangi dan dicintai..

Apatah lagi jika yang menyayangi dan mencintai kita itu adalah,,Tuhan yang menciptakan kita iaitu Raja segala Raja..

Pastinya Allah,,Akan sentiasa dekat dengan hamba yang menjadi kekasihNya dan,,Sentiasa menolong dan membimbingnya,,Ke arah keselamatan dan kebahagiaan,,Di dunia dan di akhirat..

Sebenarnya petua-petua untuk disayangi dan dicintai Allah ada di dalam al Quran..

“Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang bertaubat dan orang-orang yang mensucikan diri.”[al Baqarah:222]

” Katakanlah: “Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”[ali Imran:31]

“Dan Allah mencintai orang-orang yang sabar.”[ali Imran :146]

“Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang bertawakkal kepadaNya.”[ali Imran: 159]

“Dan Allah mencintai orang-orang yang berbuat kebajikan.”[al Maidah: 93]

“Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang bertakwa.”[at Taubah:7]

“Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berlaku adil.”[al Mumtahanah:8]

“Sesungguhnya Allah mencintai orang yang berperang dijalanNya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh.” [as Saff :4]

-----------------------------

Daripada ayat-ayat al Quran di atas, dapatlah kita simpulkan bahawa untuk menjadi hamba Allah yang dicintaiNya, kita haruslah:

1. Sentiasa berTAUBAT dan menSUCIkan diri (zahir dan batin).

2. Sentiasa melakukan segala apa yang diPERINTAH-Nya (melalui RasulNya) dan meninggalkan segala laranganNya.

3. Sentiasa berSABAR.

4. Sentiasa berTAWAKKAL.

5. Sentiasa berbuat KEBAJIKAN.

6. Sentiasa BerTAQWA.

7. Sentiasa berlaku ADIL.

8. BERJUANG di jalan ALLAH dalam satu BARISAN.

Sesungguhnya CINTA ALLAH itu tiada tandingan.Ya Allah kami menCINTAIMu

Keyza selit sikit ye citer MH370...

Ya Allah Ya Tuhan Kami.. samada hidup ataupun mati, temukanlah kami dengan MH370 


Kata Kapten Nurudin, di mana sains berakhir, disitulah bermulanya kudrat Allah. Dan kudrat Allah bermula dengan orang2 yang beriman.. (mempercayai kewujudan Allah). 

Maka, kembalilah semula kepada Allah, sebaik2nya jalan

Monday, 3 March 2014

Papinka - Masih Mencintainya (With Lirik)

Minggu ni Keyza ala-ala jiwang karat gitu
Terkesan di hati saat menghayati bait-bait lagu ni.

Jom layan sama-sama yer..

Sunday, 16 February 2014

eMERgenCy CouPle

Lepas abis je citer The Heirs, Keyza sekarang dah ketagihan citer ini Emergency Couple yang sudah mula bersiaran pada 31 Januari yang lalu. Minggu ni dah masuk episod ke 7. Citer ni bersiaran setiap hari Jumaat dan Sabtu. So jom kita ushar preview episod 1 korang pun akan jatuh cinta gak dengan citer ni nanti.





Citer ni mengisahkan  pasangan suami isteri Oh Chang Min (Choi Jin-Hyuk) dan Oh Jin Hee (Song Ji Hyo) yang jatuh cinta zaman belajar sehingga kedua-duanya tidak dapat menghabiskan pengajian dan menimbulkan kemarahan ibu Oh Chang Min. Tapi sayangnya akibat tekanan kehidupan pasangan ini berpisah dan cuba memulakan hidup baru. Tapi dalam mencari kehidupan baru mereka ditemukan sekali lagi di Emergency Room(ER). Nak tahu lebih lanjut korang layan la kat sini yer

Source of drama: http://dramafire.com/emergency-couple-episode-1/

Jom layan preview episod 3 lak sangat teruja menantikan episod seterusnya.




Jom layan preview episod 5 lak semakin menarik dan best kan sehingga tak sabar menantikan episod seterusnya.


'

Dalam episod 6 ada special appearance  Kang Gary you'll kelakar part ni heheheh jom layan




Habis part 6 kita layan preview episod 7 je la this week



episod 8 terpaksa ditangguhkan so kena la lebih sabar menanti




Rasanya lepas tengok preview episod 8 ni Keyza rasa macam lambat je nak sampai hari Jumaat kan....


Wednesday, 5 February 2014

Fynn Jamal - Arjuna Beta

Pagi ni rutin harian Keyza untuk pergi kerja sambil tu perlu la drop by my prince charming Darwisy Azim kat Tadika Kemas Bunga Kenanga Putrajaya. Sementara nak sampai opis tu tengah syok layan HotFM berkumandang lagu ini nyanyian Fynn Jamal tajuk lagunya Arjuna Beta


memang sesuai la didengar bila bersama anak teruna sorang tu kan... so jom layan sesama lagu ni...




 


So amacam, tersentuh tak naluri hati ibu-ibu sekalian? Best kan lagu ni?