Nuffnang

Thursday, 24 October 2013

Temuduga Pegawai Teknologi Maklumat

Nada lagu comel "Gwiyomi" kedengaran pada Note 2 kesayanganku... tertera gambar my parents di situ..."Assalamualaikum mak", aku memulakan bicara ... riang suara mak di corong telefon kedengaran..."Walaikum salam...ni surat temuduga SPA dah sampai" masih terngiang-ngiang suara gembira mak memaklumkan perkhabaran tu...seraya ku tersenyum ... ALHAMDULILLAH ...sekurang-kurangnya ada juga jawapan untuk permohonan aku walaupun aku tahu CGPA aku tidak sehebat orang lain dan universiti pun swasta je.... Tinggal lagi 2 minggu untuk aku buat segala persiapan untuk temuduga tersebut....



TARIKH/MASA TEMU DUGA: 29/10/2013 10:00 pagi
JAWATAN: PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT GRED F41
TEMPAT : BILIK TEMU DUGA, TINGKAT 47
KOMPLEKS PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN BANGUNAN KOMTAR,
10000 PULAU PINANG

Sangat gementar hati ini untuk hadiri temuduga ini. Ramai officemate yang juga mendapat tawaran yang sama semua sedia berkongsi knowledge dan nasihat dengan aku walaupun dorang tau aku juga merupakan persaing dorang. Tak loket memberikan kata-kata semangat.
Di sini aku kongsikan beberapa item yang perlu ada untuk temuduga tersebut:
Tuan/Puan dikehendaki membawa bersama semasa temu duga dokumen-dokumen ASAL dan SALINAN FOTOSTAT seperti berikut:

a. Kad Pengenalan dan Sijil Kelahiran;
b. Sijil Kewarganegaraan Malaysia atau bukti-bukti lain yang mengesahkan Kerakyatan Malaysia seperti Sijil Kewarganegaraan Ibu/Bapa; (jika berkenaan)
c. Sijil Kelulusan Persekolahan: SPM/SPM(V) dan STPM/STP atau setaraf;
d. Sijil yang membuktikan kelulusan Bahasa Melayu setaraf kelulusan SPM; (jika berkenaan) dan
e. Ijazah/Diploma dan transkrip/Surat Pengesahan Kelulusan Peperiksaan Akhir dari pusat-pusat pengajian tinggi;
f. Surat Pelepasan Biasiswa selain daripada Pemegang Biasiswa Persekutuan; (jika berkenaan)
g. Sijil-sijil lain yang ada berkaitan dengan jawatan seperti Sijil Pendaftaran Penuh dengan Lembaga Ikhtisas atau kelulusan-kelulusan lain;
h. Sijil kegiatan luar; (Asal Sahaja)
i. Sijil Pendaftaran Calon Kurang Upaya/Surat pengesahan penerima bantuan Jabatan Kebajikan Malaysia/Program Kesejahteraan Rakyat; (jika berkenaan)
j. Ringkasan Kenyataan Perkhidmatan, Laporan Penilaian Prestasi Terkini, Surat Perakuan Ketua Jabatan dan slip gaji terakhir untuk pegawai sedang berkhidmat di dalam Perkhidmatan Awam sahaja.
4. Anda dikehendaki membawa 'resume' bergambar yang ringkas dan padat.

Selaku penjawat awam sedia ada aku juga perlu bersedia dengan soalan-soalan mengenai pekeliling dan tugas sedia-ada.
Antara contoh soalan tersebut:
1. Terangkan perbezaan antara website dan portal.
2. Terangkan apa itu wireless dan jenis-jenisnya.
3. Mengapa siaran astro tidak jelas sewaktu hujan tetapi siaran tv lain seperti tv1, tv2, dan tv3 yang menggunakan analog jelas.
4. Apa itu SDLC dan berikan contoh-contohnya.
5. Apakah Virus yang terkini?
6. Apakah nama sistem pentadbiran Malaysia?
7. Apakah komponen yang terdapat di dalam Sistem Parlimen?
8. BYOD= Bring Your Device. Please explain the term.

So sekarang bersedialah hadapi semua ni.
"ALWAYS DO THE BEST. REMEMBER ALLAH ALWAYS WITH YOU"








2 comments:

  1. Assalamualaikum. saya ingin bertanya, temuduga F41 ni dalam bahasa melayu atau inggeris ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam.... terpulang kepada penemuduga tetapi Keyza ditemuduga dalam Bahasa Melayu sahaja ada rakan2 seangkatan yang ditanya dalam English so be ready ja

      Delete