Nuffnang

Tuesday, 19 November 2013

Himpunan Hadis Rasullulah SAW Yang Agung

PAHALA MENDOAKAN ORANG LAIN

Daripada Abi Al Dardak RA bahawasanya Rasullulah SAW bersabda : Sesiapa yang berdoa bagi saudara islamnya dengan tidak setahu saudaranya tersebut, berkatalah malaikat yang bertugas itu Amin..dan engkau pula akan beroleh seperti itu juga.
(Daripada Abi Al Dardak RA)


ADAB BERKHATAM AL - QURAN

Daripada Amr bin Syuib , Rasullullah SAW Bersabda : Apabila seseorang hamba Allah itu berkhatam Al - Quran ,diselawatkan ke atasnya 6000 malaikat .


WASIAT MENDERMA MATA

Sabda Rasullullah SAW : Membedah mayat itu sama seperti membedahnya semasa ia masih hidup .
( Riwayat Abu Daud dengan sanad mengikut syarat muslim dan ditambah oleh Ibunu Majah )


GADIS MERAMPAS SUAMI ORANG


Sabda Rasullullah SAW : Bukanlah dari golongan kami seseorang yang merosakkan hubungan seseorang perempuan dari suaminya.

KELEBIHAN MEMBERI MAKAN KEPADA ORANG YANG BERPUASA 

Hadith :Daripada Zaid bin Khalid al-Juhhani r.a,. daripada Nabi SAW sabdanya, “Sesiapa yang memberi makan (berbuka) kepada orang yang berpuasa, ia akan mendapat pahala seperti orang yang berpuasa itu dan pahala orang yang berpuasa itu tidak berkurangan walau sedikitpun”.
(At-Tirmidzi)

PUASA YANG BERKAT

Hadith : Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Berapa banyak orang yang berpuasa tetapi dia tidak mendapat apa-apa dari puasanya kecuali hanya lapar dan dahaga.”
Riwayat Ibnu Majah

ORANG-ORANG YANG BERHAK MENERIMA ZAKAT

Hadith :Dari Abu Hurairah r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: “Orang fakir miskin (yang sangat menderita) bukanlah orang yang (menadah tangan) meminta- minta ke sana ke mari kepada orang ramai, yang apabila ia mendapat sesuap atau dua suap makanan, atau mendapat sebiji atau dua biji buah kurma – ia akan pergi ke tempat lain meminta lagi. Sebenarnya orang fakir miskin (yang sangat-sangat menderita) itu ialah orang yang tidak mempunyai sesuatu yang mencukupi sara hidupnya. Dan ia pula malu hendak meminta bantuan kepada orang ramai, dan orang ramai pula tidak mengetahui keadaan penderitaannya untuk diberi bantuan.( orang inilah yang sebenarnya layak diberi zakat)”

(Imam Ahmad)

No comments:

Post a Comment