Nuffnang

Thursday 26 February 2015

Salam Perpisahan Sebagai PPTM

Pagi ni hati Keyza sayu nak melangkah ke opis buat kali terakhir sebagai PPTM (kebarangkalian masuk blk opis lama ada gak ni) . Bertambah sayu apabila melihat perubahan pada fizikal abah yang semakin tua dan uzur. Tatkala Keyza membuat catatan ini airmata mula membasahi pipi terkenang wajah abah pagi tadi. Ya Allah ku bersyukur pada Mu kerana meminjamkan abah yang terbaik buat diri ini. Tak sanggup dan tak mampu rasanya nak berpisah dengan abah. Kau sihatkan lah dia seperti sedia kala Ya Allah. Airmata ini merembes lagi.

Hurm, sampai di opis, Keyza  ajak K.Su my bff untuk bersama-sama join bacaan yasin di pagi Jumaat walaupun yang lain dah separuh bacaannya kitorang tetap join gak. Saat membaca Keyza cuba mengawal airmata dari terus merembes keluar. Sebak hati ye la 7 tahun berkhidmat kat sini semuanya dah macam saudara sendiri.

Selesai bacaan yassin, Keyza breakfast bersama-sama my bff yang lain menjamah jamuan untuk sesi bacaan yasin tadi. Adakah Keyza akan bertemu sahabat seperti mereka ini lagi? Diharapkan silaturrahim ini tidak akan pernah terputus walau di mana kami berada. Habis makan Keyza terus menunaikan solat Dhuha. Hati sebak lagi tatkala membaca doa Dhuha. Ya Allah cekalkan hati ini.

Setelah terasa tenang baru Keyza mula menghantar emel ucapan salam perpisahan buat semua rakan sekerja dan pihak atasan. Emel dan panggilan telefon terus dibanjiri dengan ucapan tahniah dan salam kemaafan. Belum lagi salam kemaafan secara fizikal. Hati sangat tersentuh membaca dan mendengar ucapan tersebut. Benar kata K.Su sedih sangat mungkin sebab terlalu banyak dosa telah dilakukan dan diharapkan semuanya memaafkan diri ini. Ye la saya hanya manusia biasa yang tak akan terlepas dari melakukan kesilapan. Semoga kita tak perlu berkejaran di SANA nanti.

Terima kasih tak terhingga Keyza ucapkan buat semua jamuan perpisahan, hadiah, sumbangan dan ucapan serta doa untuk Keyza. Mohon halalkan makan minum Keyza selama ini. Tak sangka pulak ramai yang menyayangi diri ini. Akhir kata Keyza tinggalkan puisi ini buat semua sahabat Keyza.
Adios Amigos....





Waktu terus berjalan, tahun cepat berlalu
Saat ini aku harus melangkahkan kakiku
Menuju masa yang ada didepanku
Jangan goyah, akan hari depanmu
Hapus keraguan dan kuatkan iman

terima kasih sudah menjadi teman baik diri ini
terima kasih sudah menjadi sahabat karib diri ini
terima kasih sudah menjadi sebahagian dari jalan hidup diri ini

maafkan semua kesalahan diri ini
maafkan semua kekurangan diri ini
tak ada yang mesti ditangisi
teman, sahabat, tetaplah mengingati setiap
kenangan indah yang telah kita lewati

Perjuangan tak pernah putus kerana diikat dengan rantai iman
Mujahid tak keseorangan kerana diikat dengan rantai ukhwah
Istiqamah dalam perjuangan sebagai bukti keimanan
Semoga ikatan ukhwah ini terbina untuk selamanya...

No comments:

Post a Comment