Nuffnang

Thursday 16 April 2015

Ulangtahun Kelahiran

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera uols,

Hari ni 17 April 2015 genap la usia Keyza yang ke 3th series... Syukur ... Alhamdulillah Allah berikan usia sepanjang ini kepada ku dan hari ini masih lagi diberi nafas untuk aku terus beribadah dan bertaubat di atas segala dosa-dosaku. Ucapan selamat dan doa dari sahabat dan keluarga tercinta sangatlah dihargai dan Keyza ucapkan terima kasih.

Tiada lagi majlis sambutan hari lahir seperti zaman kanak-kanak yang lalu ...zaman kian berubah dulu sambutan hari lahir penuh makanan juga kek dan hadiah serta kad ucapan kini ucapan dan hadiah hanya di alam maya (Whatsapp/Facebokk/Message/WeChat/Instagram) tapi tetap membuatkan kita teruja dan gembira kerana masih ramai yang mendoakan kita walaupun di kejauhan.

Seusai meniti peningkatan usia banyak dugaan dan cabaran yang Keyza lalui dan tahun ini tahun yang dilimpahkan rezeki tetapi tak semudah yang kita bayangkan untuk kecapi kejayaan ini.
Kini Keyza akui semua dugaan dan cabaran tu yang membuatkan kita lebih tabah dan matang untuk harungi liku-liku kehidupan.

The best quote yang Keyza selalu ingat:

"Experience might not necessarily be the "best" teacher, but it almost always results in the most enduring lessons. Never blame anyone in your Life. Good people give you Happiness. Bad people give you Experience. Worst people give you a Lesson & Best people give you memories. "


Seperti tahun-tahun sebelum ini doa Keyza


Ya ALLAH, panjangkanlah usiaku, agar lebih lama dapat ku mentaati Mu,
 Jadikanlah kehidupan ini sebagai ladang, moga di akhirat kelak ku mengutip hasilnya. 
Ya ALLAH, tambahkanlah amalan ku di saat bertambah usiaku, 
Jadikanlah cahaya Mu yang bersinar menyinari jalanku, 
Rehatku adalah rantaian zikir, Rantai yang ku kalungkan pada leherku, 
Sebagai tanda cintaku pada Mu, 
Ya ALLAH, Engkau tidak mensia-siakan segala usahaku, 
Mencari haruman Syurga ciptaanMu, 
Tempat rehat dan nikmat abadi ~ 

♡ Semoga berjaya menjadi gadis mulia, semulia diri Maryam.
♡ Semoga berjaya menjadi gadis faqihah, sefaqih minda Aisyah.
♡ Semoga berjaya menjadi perempuan tabah, setabah hati Asiah.
♡ Semoga berjaya menjadi srikandi kebanggaan, sehebat jiwa Sumayyah.
♡ Semoga berjaya menjadi hiasan dunia, seindah akhlak Rabiatul Adawiyah.
♡ Semoga berjaya menjadi isteri solehah, sebaik budi Khadijah.~

No comments:

Post a Comment