Nuffnang

Monday 9 May 2016

Team Building ICT PSAS

Hoola uols,

Tajuk entry Keyza kali ni nak citer alkisah team building ICT yang Keyza aturkan untuk warga kerja ICT sekalian di opis Keyza ni. Plan sendiri tau tanpa hire mana-mana pihak almaklum la budget ciput untuk masa yang terhad.

Asyik bekerja je kan so Keyza as one of their boss (aisey konon la) buat la paperwork untuk dapatkan budget supaya program team building ni dapat dilaksanakan. Program Two Days One Night ni memang agak mencabar gak la nak plan. Alhamdulillah paperwork diluluskan oleh Big Boss sebabnya xde guna duit gomen pun kan hahahah terbaik katanya. Paperwork ni untuk dapatkan pengangkutan je untuk bawa kitorang yang ramai ni.



Based on paperwork kitorg dapat la berlepas ke Port Dickson (PD) untuk adakan aktiviti ni. Tapi sayangnya 2 orang dari warga kerja tak dapat nak join sebab masalah peribadi. So tak pe la yang mana ada kita proceed je kan. So apa yang ada kat PD ni ye yang menarik sangat untuk kitorang pergi. Meh sini Keyza story cket.

Memandangkan hari kejadian jatuh pada Hari Jumaat makanya aturcara program mestilah kena selitkan masa untuk Kaum Adam menunaikan Solat Jumaat kan so plannya lunch di Wong Solo, Bangi sebab masjid dekat ajew dan budget untuk menampung kos makan semua warga kerja memang sesuai sangat makan di sini. Kos untuk lunch semua warga ICT ni RM250++ je. Lepas makan semua kaum Adam terus menunaikan kewajiban mereka manakala kaum Hawa pergi lah mencuci mata jap di PKNS. Adil tak? kikiki


Selesai solat Jumaat kitorang teruskan perjalanan ke Hotel Seri Malaysia, PD. Tu je la hotel yang available masa tarikh kejadian tu untuk muatkan kami yang ramai ni. Hotel ni bertentang je dengan pantai so senang la nak plan aktiviti pantai kan. 


Lepas semua dah selesai check in ke bilik masing-masing makanya kita teruskan program seterusnya iatu ke Rumah Api Tanjung Tuan. Dorang ingat bos ni main-main je ada juga yang kuar pakai skirt je heheheh bos ni nampak sweet tau tapi bila dah kata ada aktiviti Jungle Tracking haruslah ada ye sekalian. 

Bila dah sampai boss ni baik hati gak la yang mana pakaian tidak bersesuaian dan yang kurang kemampuan untuk aktiviti ini kita lepaskan la untuk buat aktiviti sendiri. Makanya yang sampai ke puncak Rumah Api dalam gambar ni je la yer... Masa yang diambil untuk sampai ke puncak 15-20 minit je. Takde la payah bebenor pun yeob.

Setelah semua selamat turun dari puncak perut apalagi berkeroncong la dah tiba masa untuk makan malam ye semua. Muka happy je sebab nak makan kan. Destinasi kitorang untuk dinner adalah King's Char Keow Teow tempatnya dekat juga la dari Hotel Seri Malaysia. Sebab utama pilih tempat ini dan bukannya Seafood Restaurant adalah kerana budget juga la hahahah. Kos makan untuk dinner RM275 je tau jimat kan. Ramai tu yang makan siap tapau lagi.

Perut dah kenyang hati pun girang tiba la masa untuk aktiviti anak-anak plak so pilihan tempat sebelum balik tidur di hotel adalah PD Waterfront. Tempat ni memang sesuai untuk bersantai bersama keluarga dan anak-anak tersayang. Bila melihat kegirangan anak-anak lain bermain dah tentu sahaja membuatkan Keyza terkenangkan anak-anak sendiri yang juga tak dapat join program ni sebab abahnya keje tak de sape nak bawakan dorang kat mommy ...alahai emo plak mommy ni.




Lepas seharian bermain mak bapak dan anak-anak sekalian makanya semua balik berehat. Keesokan paginya kitorang adakan plak acara sukaneka. Lokasi pilihan pantai la kan. Apa guna datang sampai ke PD kalau tak main pasir pantai betul tak? Antara games yang diaturkan adalah lari sambil bawa sudu di mulut berisikan bola ping pong, masukkan air dalam botol menggunakan span, memancing di daratan, puzzles solving, dan baling belon air. End up memang fun la kan. Semua happy sangat lupa abis keja-keja di opis. 


Burned abis wajah putih mulus sekalian dibakar bahang mentari. Selesai acara sukaneka dah tiba masa untuk check out dari hotel. 

Sebelum balik haruslah kena makan dulukan uols pun lapooo ni dan destinasi pilihan untuk lunch last day ni adalah Nasi Kukus Ayam Panggang CowBoy Place. Lunch di sini kosnya untuk semua warga ICT RM205 jerrr.....masih ada baki peruntukan yang Keyza rancangkan ...heheheh ada gaya jadi money planner tak?


Rasa cam tak kenyang je makan kat sini kan hehehe next for our last destination untuk wrap up all the good things happen in PD kita bawa plak makan icecream ni NILAI SQUARE, N9. Dah tentunya tempat kesukaan Keyza la ICEROOM.


Awal-awal program nampak cam team building sesangat kan akhirnya dah serupa acara JJCM plak heheheh apa2pun Alhamdulilah rancangan kali ni berakhir dengan jayanya semua pun happy sebab masing-masing ada hadiah istimewa dibawa pulang untuk ahli keluarga tersayang yang tak dapat join pun dapat hadiah tau.... So tak kan ruginya la sesape pun. Okay abis citer disini yer kalian semua jumpa lagi di entry berikutnya....ADIOS AMIGOS














No comments:

Post a Comment