Nuffnang

Thursday 10 August 2017

Kellie's Castle, Batu Gajah, Perak

Yuhuuuu uols....kali ni Keyza nak story tentang Istana Kellie atau Kellie's Castle...kat mana Istana Kellie?
Ha jika uols dari Kuala Lumpur melalui Lebuh raya Utara Selatan, uols perlu keluar ke Plaza Tol Simpang Pulai dan menuju ke Batu Gajah atau Universiti Teknologi Petronas di Tronoh, Perak. Sama juga kalau uols dari Utara masuk ikut Plaza Tol Simpang Pulai juga la tak susah pun ke sini. Waze kan ada..heheheh

Memula sampai haruslah bayar parking dulu tau RM2.00 jer tak mahal pun pastu kalau nak melawat masuk di perkarangan istana tu kena la bayar harga tiket RM5.00 untuk dewasa dan RM3.00 untuk kanak-kanak. Warga emas RM3.00 juga rasanya dan pastikan uols tunjuk MyKad tau baru dapat harga cenggitu. Dah bayar tiket nanti akan ada staff situ yang akan ambil gambar uols untuk dijadikan souvenir masa keluar nanti.
Berapa bayarannya tak pasti sebab Keyza tak ambil pun souvenir. Nape Keyza tak ambil souvenir tu....ha tu nanti kita story.
Jom kita masuk dalam istana dulu bukan senang nak masuk istana kan uols hahahaha.




Bangunan yang kekal dalam keadaan 'sedang dibina' telah menjadi tarikan pengunjung ke Batu Gajah kerana keunikannya.



Moh kita baca sejarah istana ini. Rumah Istana Kellie atau Rumah Kellas telah dibina pada tahun 1910 oleh seorang peladang getah terkemuka British bernama William Kellie Smith. Bangunan tiga tingkat dibina mengikut reka bentuk sebuah istana Moghul di bandar Agra, India. Tukang-tukang binaan bangunan tersebut dibawa khas dari Madras. William Kellie Smith adalah dari sebuah kampung di Scotland yang dikenali sebagai Kellas. Pada tahun 1890, ketika berusia 20 tahun, Smith tiba sebelum Tanah Melayu membangun. Di Tanah Melayu, beliau bertemu dengan seorang pemilik tanah bernama Alma Baker, yang telah memenangi konsesi dari pemerintah negara untuk meneroka 360 hektar hutan di Perak. Dengan keuntungan besar yang dibuat daripada perniagaan bersama ("bisnes venture") dengan Alma Baker, Smith mula menanam pohon getah dan menceburi industri perlombongan timah. Sewaktu dengan itu, dia menjadi pemilik Perumahan Kinta Kellas dan Kinta Kellas Tin Dredging Company.




Kemudiannya beliau kembali ke rumah beliau untuk berkahwin dengan orang Scotland tercinta, Agnes, dan isterinya dibawa ke Tanah Melayu pada tahun 1903. Tahun berikutnya, pasangan ini diberkati dengan anak perempuan mereka yang bernama Helen. Selama bertahun-tahun selepas itu, Agnes berusaha untuk hamil, tapi gagal. William Smith terlalu mengharapkan seorang anak lelaki sebagai waris untuk mengambil alih kerajaan itu di Kepulauan Melayu. Setelah bertahun-tahun selepas itu, akhirnya Agnes telah melahirkan seorang anak lelaki bernama Anthony, pada tahun 1915. Kelahiran anaknya ialah peringkat awal bagi keuntungan yang lebih besar untuk William Smith.

Bagi merayakan kelahiran Anthony, William Smith telah memutuskan untuk memperluas rumahnya. Smith memulai perancangan untuk cadangan istana besar yang dirancangkan untuk digelar sebagai Rumah Kellas (Kellas House), sempena rumahnya di Scotland. Bangunan ini mempunyai 14 buah bilik, sebuah bilik bawah tanah dan terowong rahsia itu juga dilengkapi dengan lif yang pertama dibina Tanah Melayu. Di tingkat kedua pula akan dibina sebuah padang tenis berlantaikan simen. Berita mengenai bangunan ini pernah disiarkan dalam akhbar London Financer pada 15 September 1911. Akhbar itu mengatakan Kellas House itu merupakan bangunan yang paling tersendiri di seluruh Timur Jauh, sama ada dari segi bentuk ataupun besarnya. Bangunan ini tidak sempat disiapkan setelah Kellie Smith meninggal dunia di Pelabuhan Lisbon, Portugal untuk mengambil lif yang ditempah pada 11 Disember 1926.





Oleh kerana terlalu taksub dengan agama Hindu dan budaya India, Smith merancang rumah ini bagi berbentuk mirip senibina orang-orang Madras, dengan semua batu bata dan seramik diimport dari India. Dia turut membawa sejumlah besar pekerja buruh India dalam impiannya untuk membina Rumah Kellas menurut seni bina India asli. Bangunan ini dapat dilalui dari jalan utama dengan berjalan menyeberangi jambatan yang melintasi sungai. Antara hal yang luar biasa mengenai Istana Kellie ialah lif yang pertama di Malaya yang menghubungkan sayap kanan sampai ke lantai atas, dan adanya dua terowong yang menganjur ke bawah sungai berdekatannya. Salah satunya ialah terowongan yang menghubungkan beberapa candi Hindu yang tidak jauh dari rumah utama. Di tingkat dua, Smith merancang untuk membangun sebuah lapangan tenis dalaman - sebuah projek yang bercita-cita tinggi walaupun dibandingkan dengan piwaian hari ini. Pada tingkat tertinggi, ada halaman untuk bersantai. Puri ini adalah untuk menjadi pusat berhibur pemilik ladang koloni kaya yang telah menetap di Malaya. Keunikan rumah ini turut dilaporkan di akhbar London pada tanggal 15 September 1911.


Dikhabarkan roh Kellie ni selalu berlegar-legar di kawasan serambi istana ini suatu ketika dahulu.

Seram sejuk plak bila terbaca kisah ni... huhuhuh tapi alhamdulillah takde apa pun yang terjadi pada pengunjung disini.

So selesai pusing-pusing istana ni kalau uols lapar ke dahaga ke jangan risau sebab ada sebuah kedai makan dan kedai cenderamata telah dibina oleh Majlis Daerah Kinta Barat pada tahun 1990. Istana Kellie sering menjadi lokasi penggambaran drama dan filem. Antaranya ialah filem Anna And The King yang dilakonkan oleh Chow Yuen Fatt. Ha masa nak balik tu tetiba ada orang panggil husband Keyza untuk snap gambar dorang, pusing-pusing  Awal Ashari dan isterinya Scha AlYahya rupanya...heheheh makanya Keyza dan family pun tak lepas peluang la bergambar dengan dorang tu pasal terlupa nak ambil souvenir tadi kuikuikui.


End of story... sejarah ni boleh cari kat Wikipedia juga tau dan tertulis pada dinding istana juga kalau uols rajin baca la sambil berselfie di sini.


No comments:

Post a Comment