Nuffnang

Wednesday 7 March 2018

Keyza Nak P Sabah

Astalavista Bebehhhh...

Ha kepochi betul Keyza ni bila nak jenjalan...

Lambat lagi nak jalan nya pun tapi kita kena plan betul2 dulu nooo 

Orang lain p banyak kali dah tak kecoh pun Keyza baru nak p besa la layan ja nooo

Trip kali ni as usual mesti la guestnya sama my lovely family but extra guest is my cousin

Hurm bley ke dia nak bertahan dengan karenah family Keyza nanti kita tunggu 

Bukan lama pun trip ni 4 hari 3 malam ja sebab Isnin anak-anak dah sekolah

Okay lets begin with the itinerary plan first...


Thursday (1st Nov 2018)
– 4:40 pm – depart from KLIA2 to Kota Kinabalu Airport
– 7:30 pm – arrive Kota Kinabalu, looking for Rental Car
– 8:00 pm – check-in Tune Hotel - 1Borneo, Kota Kinabalu

Storynya memula nak dok homestay kos semalam RM200 so Keyza ternampak yang Tune Hotel buat promosi TUNE72SALE bila calculate time arrival malam so Keyza decide kita tukar plan dan amik 2 bilik dari Tune Hotel 1 Double Room (RM60) dan 1 Family Suite(RM100) so mak, anak-anak dan my niece will stay in that room.  Jimat RM40 kan boleh la berfoya-foya dengan aktiviti lain.

– 8:30 pm – explore KK City:
πŸ“Ώ Pasar Filipina
Syurga mutiara Sabah, brooch, gelang, rantai, ikan masin, ikan bilis, amplang & macam-2 lagi! Rasa macam kena rasuk bila masuk sini, sebab semua benda nak beli. Sebelum sampai sini bajet dah nak beli sikit je, sekali sampai, jalan-2, dah over bajet!πŸ˜­πŸ’Έ
—————————————————————
πŸŽͺ Pasar Malam Ikan Todak

Salah satu tempat makan seafood, semua jenis seafood ada. Pilih je nak yang mana & order nak masak apa, dorang boleh buat. Harga berpatutan sangat! πŸ‘πŸΌ Salah satu menu korang perlu cuba adalah Rumpai Laut. Not bad rasa dia hehe. 

– 9:30 pm – weather and transport permitting, get to Signal Hill Observatory Deck to get an aerial view of KK City at night.

Friday (2nd Nov 2018)
– 7:30 am – early start, have breakfast at local kopitiam.
– 8:30 am – heading to Menumbok Ferry Terminal for Labuan Trip.

Menumbok – Labuan


PUTRAJAYA 1
Monday to Sunday (9.00 am and 2.30 pm)
KIMANIS 1
Tuesday to Saturday (8.00 am & 1.00 pm)
Monday & Sunday (1.00 pm & 6.30 pm)
GOODWILL STAR
Monday to Sunday (8.00 pm)

Ticket Counter


Kimanis, Putrajaya & Goodwill Star
Menumbok : +6087 831 079
– 3:00 pm – arrive Labuan, check-in Rumah Transit RP Labuan

WAKTU SOLAT LABUAN
  • 2 November 2018 - Ju
  • 04:36
  • 04:46
  • 06:04
  • 12:05
  • 15:25
  • 18:01
  • 19:13
  •  3 November 2018 - Sab
  • 04:36
  • 04:46
  • 06:04
  • 12:05
  • 15:25
  • 18:01
  • 19:13

Kes nak g Labuan ni nak rasa adventure la trip kali ni plan asal nak stay rumah kawan Keyza di Labuan tapi en husband segan pulak so cara nak jimat adalah cubaan booking rumah transit RP Labuan ni alhamdulillah success dengan kadar semalam RM70 dan bayaran deposit RM50(ni dapat balik dalam tempoh 30 hari-masuk akaun gaji) so total RM120 jimat la RM80 (budget kitorang semalam RM200/night je utk penginapan). Boleh beli banyak coklat ni heheheheh.

– 7:30 pm – shopping chocolate at Financial Park Labuan(Ujana Kewangan)
– 9:30 pm – enjoy a Labuan seafood dinner at the many city restaurants.

Saturday (3rd Nov 2018)
– 7:30 am – early start, have breakfast at local kopitiam.
– 8:30 am – visiting Labuan Marine Museum (Free entry)
– 10:00 am – depart from Labuan Ferry Terminal heading back to Kota Kinabalu

Labuan – Menumbok


PUTRAJAYA 1
Monday to Sunday (6.00 am & 11.30 am)
KIMANIS 1
Monday to Saturday (10.30 am & 3.30 pm)
Sunday (3.30 pm ONLY)
GOODWILL Star
Monday to Sunday (5.30 pm)

Ticket Counter


Kimanis, Putrajaya & Goodwill Star
Labuan : +6087 443 244
– 12:00 pm – heading to Kundasang visiting:

πŸ„ Desa Cattle Dairy Farm, πŸŽŸ RM5
Tempat wajib datang kalau pergi Kundasang! Nak masuk sini kena lalu macam guard house dia dulu untuk entrance fees. Kat sini ada jual susu fresh, yogurt & aiskrim πŸ¦Oh ya! Korang boleh jugak perah susu & bagi makan lembu sini tapi ada timing.
—————————————————————

πŸ” National Kinabalu Park, πŸŽŸ RM3
Ada 2 cara untuk korang nikmati udara nyaman & segar sambil tenangkan fikiran bila sampai sini :
1️ Jalan kaki untuk yang suka hiking atau bersenam πŸ™Š

2️ Naik kereta untuk yang malas berjalan tapi nak hirup udara segar haha 


– 6:30 pm – check in Borneo Tree House


Sunday (4th Nov 2018)
– 8:00 am – early check out from Borneo Tree House 

WAKTU SOLAT DI KOTA KINABALU

-12:00 pm kita akan ke masjid  dulu menunaikan kewajiban
πŸ•Œ KK City Mosque

Masjid dia cantik sangat. Bahagian luar ada kolam air & tempat duduk. Bahagian dalam ada kiosk jual-2 barang macam jubah, quran, tasbih & etc. Lepastu, kat area parking, ada sebaris kedai makan tauu! Menarik jugak hehehe.
– 1:30 am – proceed to Kota Kinabalu airport for luggage check in.
– 2:00 pm – bid farewell to Kota Kinabalu

Its a bit penat betul tak tengok jadual cenggitu???
Tak pasti boleh dilaksanakan atau tak sebab Sabah ni cepat cerah....huahuahua

Kawan Keyza kata kalau ada kereta better naik feri ke Labuan dengan kereta jer bayar RM50 untuk 1 kereta dan penumpang bayar harga penumpang so sampai Labuan tak la susah nak kemana2....



In case kalau gigih nak naik bas dari Terminal Bas Kota Kinabalu turun la di Menumbok tambang bas adalah RM18/pax then naik la feri dari Menumbok ke Labuan tiketnya RM2.50 /pax jer or kalau nak adventure sikit boleh naik speedboat. Menumbok tu nak ke labuan byk je speedboat tp nak harung ombak tu klu x biasa blh muntah πŸ˜…πŸ˜… tiketnya RM8.50/pax.

Jadual Speedboat anytime mula jalan jam 7am last 5pm...



Korang rasa Keyza patut pilih yang mana bagi trip yang ada guest around 6yo to 70yo?????
Trip Keyza biasa la wajib ada warga emas dan anak kecik....

Harapannya semoga trip ni takde aral yang melintang dan doakan yang terbaik untuk kami sekeluarga...
In Sya Allah panjang umur sampai la ke sana...





3 comments:

  1. salam nk tnya ok ke menginap di rumah transit labuan?inshaallah hjung bln 11 sy nk stay sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam.... maaf saya belum pergi lagi 2/11 baru stay disana. Dengan harapan okey la.

      Delete
    2. alhamdulillah semalam (2nov2018) keyza dah stay disini. Selesa sgt siap ada dapur utk memasak dan ada 2 blk utk tidur. Kelengkapan mandi spt tuala tidak disediakan sila bawa sendiriπŸ€—

      Delete