Nuffnang

Saturday 1 December 2018

Top 5 Drama Korea Wajib tonton 2018

안녕하세요, annyeong haseyo

Di penghujung tahun 2018 dah kita ye uols....
Pantas masa berlalu tua pun sedang mengejar kita hehehe...

So Keyza nak share la citer yang best nak layan 2018 ni tapi top 5 pilihan Keyza tau jangan compare dengan rating Korea pulopss....

No 1: 

SINOPSIS Memories of the Alhambra (2018) :

Drama ini menceritakan kisah cinta yang unik dan menggembirakan Yoo Jin Woo( Hyun Bin) dan Jung Hee Joo. Yoo Jin Woo adalah CEO syarikat pelaburan  dan berbakat untuk membangunkan permainan video. Dia mempunyai semangat yang mencabar dan kompetitif. Penderitaan selepas sahabatnya yang terbaik mengkhianati dia, dia mengambil perjalanan perniagaan ke Granada, Sepanyol untuk mencari pencipta misteri dalam video video yang diperkaya-realiti yang inovatif. Dia berakhir di asrama yang dimiliki oleh Jung Hee Joo(Park Shin Hye). Status drama: Ongoing.


No 2:

SINOPSIS Where Stars Land:

Ini adalah kisah tentang seorang lelaki (watak utama lakonan Lee Je Hoon and Chae Soo Bin) yang bekerja di Incheon Airport. Si hero ni berstatus OKU tau tetapi ada seorang doktor yang merawat dia dan pasangkan alat bantuan yang super power la makanya alat tu dapat buatkan hero menjalani kehidupan normal seperti manusia lain dan jatuh cinta pada heroin Chae Soo Bin tetapi sebabkan status OKU dia rahsiakan perasaan nya itu lepas tu apa jadi uols tengok la sendiri 16 episod tak rajin nak taip story panjang2. Status drama: Completed.


No 3:

SINOPSIS 100 Days My Prince:


Ini adalah kisah tentang seorang putera raja  (watak utama lakonan D.O EXO dan Nam Ji Hyun) dan seorang anak menteri bagi pemerintahan terdahulu. Si putera raja semasa kecilnya suka pada seoarang anak menteri tetapi disebabkan ketamakan bapa si putera telah membunuh seluruh keluarga menteri disaksikan oleh putera raja tersebut tetapi anak menteri tersebut berjaya melarikan diri dan membesar di perkampungan yang jauh dari istana. Dalam konflik perebutan kuasa dan mencari rahsia si putera raja telah dikepung dan dibunuh tetapi nasibnya baik diselamatkan oleh bapa angkat si anak menteri dan hiduplah mereka di perkampungan yang sama tetapi dalam keadaan tidak mengenali satu sama lain sebab putera raja tadi hilang ingatan. Sedih dan romantis jalan ceritanya kelakar pun ya juga la. Status drama: Completed.



No 4:

SINOPSIS Love Alert (Fluttering Warning):


Ini adalah kisah tentang seorang doktor dermatologi (watak utama lakonan Chun Jung Myung dan Yoon Eun Hye) dan seorang aktress yang terlibat dengan skandal percintaan. Pasangan ini pada mulanya telah menandatangi kontrak untuk berpura-pura sebagai pasangan. Kisah ini menjadi complicated kerana doktor tersebut rupanya anak hartawan yang bakal dijodohkan dengan anak hartawan yang lain untuk urusan perniagaan.   Status drama: Ongoing.


No 5:

SINOPSIS The Last Empress (An Empress’ Dignity):

Ini adalah kisah bergenre romantis monarki dengan memadukan kisah konspirasi, kerahsiaan, cinta, keserakahan, dan balas dendam yang mengelilingi keluarga kerajaan. Drama ini akan menceritakan kisah Oh Sunny (Jang Nara), seorang aktress musik yang tiba-tiba menjadi modern-day Cinderella ketika dia menikahi seorang maharaja.Choi Jin Hyuk akan menjadi watak utama, Na Wang Sik, iaitu pengawal istana dan akhirnya bergabung dengan Oh Sunny untuk membalas dendam pada keluarga kerajaan. Sakit hati tengok Jang Nara comel kena buli kena tipu tetapi sebab Jang Nara kan Keyza layan juga la. Status drama: Ongoing.



So korang rasa nak tengok x drama yang Keyza listkan ni?  Ada banyak lagi la yang best untuk ditonton antaranya Boyfriend lakonan Park Bo Gum dan Song Hye Kyo, When Time Stopped lakonan Kim Hyun Joong citer Playful kiss tu ehem ehem....The Smile Has Left Your Eyes lakonan Seo In Guk dan Jung So Min heroin Playful kiss juga heheheheh...


No comments:

Post a Comment