Nuffnang

Thursday, 7 November 2019

Tour to Tawau - Semporna Sabah

Assalamualaikum uols...

Apa khabar pembaca setia blog Keyza ni?
Sihat la harpnya ye...
Jika dilihat pada tajuk entry Keyza kali ni Tour to Tawau - Semporna Sabah maknanya Keyza dah sampai la Semporna yuhuuuuuuuu....
Alhamdulillah trip kali ni simple je tidak menggunakan budget yang banyak sangat, anak-anak tak meragam mak pun alhamdulillah sihat.
Kalau dirujuk pada entry Keyza sebelum ini

Itinerary Travel Ke Semporna Sabah

Keyza macam plan nak naik van yang disediakan oleh agen pakej ke pulau2 kan.... Tapi semua pakej tu charge per pax jadinya Keyza terpaksa tukar plan sebab budget ciput as usual tapi tergedik nak berjalan2 macam urang kaya kan hahhahaha....Plan bertukar bila minggu Keyza nak ke Sabah tu opis Keyza pun ada trip ke JB plop makanya uols faham2 la kan budget lari lintang pukang la citernya...

Malam sebelum fly ke Tawau Keyza baru sampai dari JB around jam 9pm gitu en suami dah menunggu di Mitsui Outlet. So weols stay la di OYO Hotel gunakan voucher dari CELCOM Apps. Kalau uols nak murah juga boleh klik link OYO Hotel ni. Keyza cari hotel yang murah tapi selesa untuk family Keyza sebabnya nak tidur pun kejap je jam 5am dah kn check out rugi la kalau bayar hotel mahal tapi stay a few hour gitu je kan. Ni citer orang budget ciput tau....uols yang budget byk jangan kecam la ye hahahaha...

1 November 2019, around 5am weols dah check out dan terus ke GOPARKKLIA di TH Hotel Movenpick untuk parking kereta. Kenapa parking kat sini?



 Sebab murah la hahahah rate parking kat sini RM20 sehari kalau parking berbumbung RM25 sehari. Ok korang mesti fikir jauh tu nak menapak ke KLIA nak naik apa plak? Kos lagi....bla bla bla ... Kat sini disediakan van shuttle untuk hantar weols ke KLIA / KLIA2 and the cost is FREE OF CHARGE (sebenarnya dh include dalam pakej bayaran parking tadi la).


Uols kena pastikan dapat resit ni tau dan ada no PIC yang in charge untuk pickup uols di airport bila balik nanti.


Footage ni menunjukkan itu la vannya. Mudah kan? Bagi Keyza yang membawa anak kecil beg banyak mak yang dah tua memang perlukan perkhidmatan yang macam ni la.

Now check in ticket dan loading bagasi. Keyza tak dapat nak self check in di Kiosk sebabnya dalam senarai passenger ada warga emas dan kanak-kanak makanya kena la check in di kaunter sebab ada pihak MAS perlu memastikan Keyza sekeluarga selesa contohnya dah ada warga emas adakah Keyza perlukan wheelchair or any other needs. Gitu la storynya....

Alhamdulillah again,.... we are safely landed to Tawau airport.
So plan bertukar dari naik van ke sewa kereta dengan charge sebanyak RM290 untuk 4 hari.


Pihak penyewa ni ambil kita di airport tau mudah kerja la so buat payment then terus la menuju ke Semporna nak check in di Scuba Tiger Resort. Ok di resort ni Keyza main booking je tau dekat Agoda dan tak check pun fasiliti yang ada di hotel ni yang penting bagi Keyza kitorg sekeluarga dapat stay sebilik dengan katil sorang satu.


Inilah chalet weols.... masuk2 takde TV mak cakap hahahah....sorry la busy nya anak mak ni sampai tak check bilik ni takde TV so macam culture shock sekejap so Keyza ke kaunter receptionist sebabnya telefon pun xde juga kat bilik hahahah konon2 nak tukar bilik rupanya memang takde TV disediakan di bilik hanya di ruangan Divers Centre ada Tv so kalau nak tengok tv kenalah menapak ke Divers Centre sebelah receptionist tu. Okay part makan malam weols keluar la ke Pekan Semporna so sepanjang jalan weols tengok rumah2 kat sini alahai daif sangat lampu neon je dipakainya. Terfikir dibenak fikiran masih ada yang kehidupan nya sebegitu tapi rumah banglo bagaikan istana pun banyak juga area ni. Kebetulan di Semporna ada Expo Dagangan diadakan jadinya sempat la cuci-cuci mata ushar barang2 kat sini.








Pekan Semporna ada juga Pasar malam dan jualan makanan seperti pasar Philippines kalau yang pernah ke Kota Kinabalu.

Disini ada bebudak yang menjual makanan laut yang fresh uols kena pandaila bargain dengan dorang ni untuk dapatkan harga yang murah dan nanti pilihlah restoran yang boleh masakkan hasil laut yang uols beli tadi charge masak around RM15 untuk satu masakan.

Ni antara yang Keyza sempat merasa la weols sejenis yang tak makan banyak so cukup sekadar ini untuk sesi makan malam tu pun berbaki dan di bawa ke sarapan esoknya.... Sedap of course tapi yang ada gout tu hati-hatilah yer....

2 November 2019 - Snorkeling Session

So macam mana pula nak ke pulau Keyza kan tak amik pakej apa2 pun... Scuba Tiger Resort ni ada pakej juga tau ke pulau2... Disebabkan Keyza pun dah takde daya nak merayau cari pakej lain di Semporna tu Keyza amik je la pakej yang disediakan oleh pihak Scuba Tiger Resort ni.


Pakej nya RM160/pax dewasa dan RM80/pax untuk kanak-kanak peralatan untuk snorkeling disediakan juga. Terdapat 3 pulau yang akan dibawa Mabul Island, Bohey Dulang Island dan Sibuan Island. Tapi disebabkan ombak besar akibat hujan jadinya trip ke Mabul Island ditukar ke Matabuan Island. Di Bohey Dulang pun tak dapat nak hiking sebab hujan juga jadinya ambil gambar di sekitar pulau sahaja.


Terpersona kan tengok kehijauan ke kebiruan ke apa ntah la colornya ni cantik bebenor la Subhanallah.....1st island yang weols jejak adalah Bohey Dulang Sekaran Dandai.....patutnya ada hiking session for 7km gitu la ketinggiannya tapi memandangkan hujan malam sebelum weols sampai makanya bergambar di jeti ni sahaja la.
Nampak macam tak ramai kan tapi weols punya tour guide awesome tau dihalaunya orang lain supaya mcm jeti ni kotrg punya hahahaa...

Next island kita akan snorkeling session, Pulau Sibuan dan Matabuan. 

Nampak bumi ni sfera tau bukan leper aiggoooo


Kalau uols boleh view video snorkeling ni ha betapa awesome nya laut dia MasyaAllah....
Wpun burn dh muka tapi rasa tak mo balik.....Tapi kat pulau ni ada satu kaum Bajau Laut yang akan datang meraih simpati kat uols nanti .... mak Keyza memang tak lalu makan terus la sebab kesian sangat kat bebudak ni.... Nasi bekalan weols diberikan jer pada anak2 ini...Teruja sangat dorang bila diberikan air mineral... katanya air mineral disini sukar didapati dan harganya sangat mahal.

3 November 2019 - Balung Eco Resort Tawau

Hari ketiga di Semporna weols terus gerak ke Tawau, so sampai di Tawau kita makan la dulu lapar dah. Katanya di Tawau ni Mee Tauhu yang famous tapi tak tahu la kedai mana yang famous tu sebab rata-rata kedai makanan ada jual mee tauhu ni so Keyza pilih randomly je la nak test kena ke tak dengan selera Semenanjung.




Satu set ni harganya dlm RM4.50. Kira murah la kan untuk makan pagi...Selesai kat sini weols terus ke Masjid Bandar Tawau. Untuk solat Zohor depan masjid ni ada taman persisir so boleh la anak-anak Keyza main di taman permainan di sini sambil menikmati pemandangan laut tapi lautnya tak secantik di Semporna.


















Selesai semua hati dah tenang perut dah kenyang weols teruskan perjalanan ke Pasar Tanjung Tawau. Memang seperti yang diperkatakan hasil laut di sini sangat murah kalau la Keyza tak pilih hotel tapi sewa homestay sure dah beli untuk masak best murah segar....




Walaupun tak dapat nak beli barangan basah weols shopping barangan kering je la...ingat tak shopping kew hahahah walaupun budget ciput shopping tetap menjadi kewajiban orang kata gitu...



 Selesai shopping weols pun penat dah la kan so masanya untuk check in ke Balung Eco Resort Tawau.... Ni pun resort yang kita main klik je through Booking.com tak tau lokasi kat mana tapi memang jauh ke dalam Kelapa Sawit jalannya... jadinya memang tak keluar ke Bandar Tawau dah la lepas check in.... Sabah kan cepat malamnya...

Walaupun jauh dari kesibukan kota tapi resort ni memang cantik. Dekonya semuanya menggunakan alam semulajadi. Tapi sebab ada 'eco' pada nama resort ni bermaksud resort ni mengambil langkah penjimatan penggunaaan tenaga elektrik uols....
Masa check in weols dimaklumkan akan ada jadual penggunaan elektrik. Huahuahua.... apakah ini?
Masa sampai bateri handphone memang dah nyawa-nyawa ikan la sebab asyik bergambar jew. Ingat dalam hotel la nak charge bagai sekali ada jadual elektrik pulak.... Aiiggooo..Jadual ni dipaparkan dalam bilik uols la... So jam 3pm sampai jam 6pm tak de elektrik. Makanya siapkan anak-anak terus ke kolam la .... nak buat apa dalm bilik letrik pun xde kan...







Ha meriah tak kolamnya? Air hijau, maksudnya xde klorin la sebab direct ditarik dari air sungai...so sesi petang di Balung ni weols habiskan masa bersantai di kolam ni la...ada sungai juga kalau tak puas berenang di kolam. Makan malam weols makan kat resort ni juga la sebab nya dok fikir jauhnya nak keluar ke Bandar Tawau elektrik pun tak de.... Jam 6pm waktu Maghrib elektrik da ada semula sampai jam 11pm. Jam 11pm dah nenyak dah dibuai mimpi makanya letrik ditutup pun dah tak sedar.

4 November 2019 - Bye-bye Sabah

Jam 4am azan Subuh berkumandang elektrik pun dah ada semula so mandi awal la weols nanti water heater dah tak berfungsi jenuh mengigil nak mandi. As usual jam 7am weols dah siap berkemas untuk breakfast sebab jam 9am dah kena check in di airport. Sekejap je kan dah habis sesi bercuti. So pagi tu weols bersarapan nasi lemak.





Nasi lemak tu dah tinggal separuh baru teringat nak snap gambar. Nasi lemak Blok 31 sedap giler... rasanya menepati la tekak semenanjung den ni ha..... Lokasinya berhadapan dengan padang rumput ala-ala di Kundasang gitu tapi cantik lagi la Kundasang kan...Selesai makan terus gerak ke airport. Masa en suami Keyza pulangkan kereta sewa Keyza dan anak-anak je la check in bagasi terjadi pulak kejadian di mana ada pelancong China just cross our line masa Keyza dok terhegeh2 mengangkat beg yang berat nasib baik ada tourist Mat Salih ni tolong angkatkan untuk Keyza sambil berleter la kat tourist China sebab potong queue dan tak menolong pun. Keyza tak tau la tourist China ni faham ke tak apa dileterkan oleh Mat Salih tu tapi Mat Salih tu memang tak stop leteren la sampai la tourist China tu say 'Sorry' baru Mat Salih tu diam....huhuhu

Keyza just say Thank You je la dah tolong weols kan... Jadi sementara tunggu flight sampai weols sempat la shopping lagi kali ni beli souvenir plak untuk dibawa pulang ke Semenanjung.



Tamatlah kisah percutian di Semporna... Akhir kata nak repeat lagi la trip ni sebab tak dapat g Mabul Island rasa tak lengkap plak hahahah...
Bye-bye Sabah...





No comments:

Post a Comment