Dah lama Keyza tak update pasal event larian or jalan kan...
Bukan tak join en somi Keyza memang giat aktif dalam larian ni semua cuma tak berkesempatan untuk Keyza update semua event larian beliau hahaha..
So minggu ni alhamdulillah Keyza berjaya mendaftar I Love Penang Walk 2019 anjuran Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
Storynya yang berjaya daftar ni sebab nak mengisi hari-hari kebosanan anak-anak time cuti sekolah ni. Keyza try nak daftar kem tapi dorang tak berani maybe sebab tak pernah so tak pe next year maybe kita try hantar join kem cuti sekolah.
Si anak dara Keyza ni teruja sangat bila berjaya tamatkan perjalanan 5KM uols.... sepanjang perjalanan macam-macam request dia buat dan Keyza anggukkan aje supaya dia tamatkan perjalanan tanpa kena dukung ..... abahnya tak de uols kami bertiga sahaja mana mampu nak di kendong uishhhh...
Lepas tamat event, time to fulfill her request. So nasib baik negeri kelahiran mommy hampa ni memang lokasi percutian la kan tinggal pick je nak kemana. Destinasi pilihan Keyza adalah Penang Trick Art Museum. Sebab nya lokasi Penang Trick Art Museum ni dekat je dengan tempat event walkathon ni. As uols know Penang memang susah nak cari parking kan... So kena la pergi tempat yang dekat2 ajer...
FYI mesti uols pelik dah walk 5KM haruslah kena makan kan? Jangan risau la bertentangan dengan muzium ni ada gerai menjual telur bakar, nasi lemak dan roti goyang and many more la... Tapi family Keyza ni spesies kena makan nasi yang berat2 apa lagi haruslah p cari nasi kandar uols uuuiiii..
Perut dah kenyang boleh la layan ambil gambar di muzium Trick Art ni....
Nak tau harga tiket masuk sini Penang Trick Art Museum
Normal price (before discount)
MyKad
Adult
RM15.00
Children (4-12 y/o), & Senior Citizen (60 y/o above)
RM10.00
Non-MyKad
Adult
RM25.00
Children (4-12 y/o), & Senior Citizen (60 y/o above)
RM15.00
Kira mampu milik la nak masuk sini. Disini terdapat lebih dari 30 lukisan dinding yang menarik adjust angle je nak bagi nampak real dan boleh je minta tolong staff ambilkan gambar or advise how to shoot. Macam baik je kan weols berjubah bagai sebab nya abis je ni terus nak makan kenduri pulak.... heheh anyway Selamat pengantin baru for my niece (belah arwah abah) and my cousin (belah mak) semoga bahagia till jannah.....
nah Keyza belanja la gambar pengantin untuk tatapan bersama..
No comments:
Post a Comment