Nuffnang

Wednesday, 29 July 2020

KDrama Quarantine Mood

안녕하세요?  (Annyeonghaseyo?)

Selamat Hari Raya Haji uols.....

Tahun ni Keyza tak dapat beraya bersama mak tersayang ... mak tersayang beraya di rumah kakak Keyza ...

Tak pelah lupakan kisah sedih tu...apa yang Keyza nk story di musim Covid 19 ni masa kuarantin aritu mesti uols tak tahu nak buat apa kan bila PM suruh Stay At Home...

Tapi Keyza seronok Stay At Home boleh layan KDrama yang syiokkkk lain macam la musim Covid 19 ni.
Ni antara senarai KDrama yang Keyza layan

1) The World of the Married

 Drama ni 18 tahun ke atas je boleh layan ye sebab ada unsur2 orang dewasa sangat dan kalau rasa tak boleh tahan stress jangan tengok la sebab boleh meroyan walaupun hanya drama sahaja. Dibintangi oleh Kim Hee-ae, Park Hae-joon dan Han So-hee. Drama ni menceritakan kisah pasangan suami isteri yang mengkianati satu sama lain hingga membawa kepada dendam, duka dan penyembuhan.

2) The King: Eternal Monarch



Drama ni wajib layan la sebab heronya Lee Min Ho kan nomo nomo nomo chuaeyo (suka sgt gtew) walaupun kadang-kadang terlelap sebab citer dia di luar kotak fantasi sangat. Tapi still best sebab nak tengok sape selamat kan My King yang hensem tu. Drama ni juga dibintangi oleh Kim Go-eun dan Woo Do-hwan.

3) It's Okay not To be Okay / Psycho But Its Okay



Drama ini adalah siri televisyen romantis Korea Selatan tahun 2020 yang dibintangi oleh Kim Soo-hyun dan Seo Ye-ji. Drama ni lain macam sikit sebab mengisahkan tentang seorang yang mempunyai kisah silam yang perit dan terpaksa menjaga abang yang menghadapi masalah autism sejak dari kecil hingga dewasa. Bukan sekadar drama romantis semata tapi sangat menyentuh jiwa untuk mendalami masalah orang yang mempunyai mental issue.

4) Backstreet Rookie


Drama ni sangat comel dibintangi Ji Chang-wook yang sangat hensem itu, Kim Yoo-jung, Han Sun-hwa dan Do Sang-woo. Mengisahkan tentang kisah cinta 24 jam yang tidak dapat diramalkan tentang seorang pelajar sambilan wanita yang nakal dan seorang pengurus kedai runcit lelaki yang comel dan hensem.


5) Was It Love


Drama ni pulak mengisahkan seorang wanita yang hamil tanpa diketahui kekasihnya dan membesarkan anak sendirian, kemudian bertemu kembali dengan kekasih dan kawan2 lamanya kerana ingin membuat filem bagi melunaskan hutangnya. Dibintangi oleh Song Ji-hyo, Son Ho-jun, Song Jong-ho, Kim Min-joon, Koo Ja-sung dan Kim Da-som. Tayangan perdana di JTBC pada 8 Julai 2020 dan tersedia untuk streaming di seluruh dunia melalui Netflix.

6) Flower Evil



Drama ni baru je start 30 July 2020 genre nya suspen uols episod pertama dah buatkan Keyza rasa lain macam tau si isteri polis si suami pulak penjahat hurm ....Cha Ji-Won (Moon Chae-Won) adalah seorang detektif. Dia berkahwin dengan Baek Hee-Sung (Lee Joon-Gi) dan mereka mempunyai seorang anak perempuan. Baek Hee-Sung nampaknya seperti suami dan ayah yang komited, tetapi dia menyembunyikan masa lalunya yang kejam dan menggunakan identiti orang lain. Dia menipu isterinya sepenuhnya. Cha Ji-Won mengetahui penipuannya dan mengejar masa lalunya.

Gambar-gambar ni sumber dari Google ye... Moh la layan seronok uuuiiiiii

No comments:

Post a Comment