Nuffnang

Wednesday, 25 May 2022

ANAK

Assalamualaikum uols....

Pagi ni terkesan di hati Keyza membaca status whatsapp seorang guru.

Yang mana ayatnya berbunyi begini


Ujian anak anda telah selesai.

Saya tahu anda cemas dan berharap anak anda berhasil dalam ujiannya.

Tapi, mohon diingat

Di tengah-tengah para pelajar yang menjalani ujian itu

Ada calon seniman yang tidak perlu mengerti Matematika

Ada calon pengusaha yang tidak butuh pelajaran Sejarah atau Sastera

Ada calon musisi yang nilai Kimianya tak akan bererti

Ada calon olahragawan yang lebih mementingkan Fisik dan Fisika

Ada calon photographer yang lebih berkarakter dengan sudut pandang art berbeza yang tentunya ilmunya bukan dari sekolah ini

Sekiranya anak anda lulus menjadi yang teratas, HEBAT!

Tapi bila TIDAK, mohon jangan rampas rasa percaya diri dan harga diri mereka.


Sungguh hati ibu bapa mana yang tidak mengharapkan anaknya HEBAT. Pasti semua merasainya, terkesan sungguh Keyza bila ditanya anak Keyza tidak melepasi mana-mana sekolah berasrama. Tidak bijakkah dia? Hmmm kadang2 bukan anak sahaja diuji tapi ibu bapa juga diuji dengan pertanyaan begitu. 

Adakah anak yang tidak diterima di sekolah berasrama TIDAK HEBAT?

Keyza percaya pada takdir Allah, rezeki kita ada dimana2. Allah dah tentukan yang TERBAIK buat hambaNYA. 

Satu pesanan Keyza buat anak-anak, belajar sedaya mampu bukan untuk orang lain tapi untuk bantu diri sendiri kelak. Jadilah orang yang boleh memberi kerana tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima.


No comments:

Post a Comment