Nuffnang

Tuesday 21 June 2022

Kursus Asas Mendaki

hooolaaa uols.........

Entry kali ni Keyza nak share info tentang Kursus Asas Mendaki...

Tengah trending sekarang semua pun berpusu-pusu mendaki gunung-ganang dan bukit-bukau kan...

Keyza pun sama la tapi tak la hardcore macam orang lain santai-santai aje.... 

Beberapa perkara asas sebelum ,semasa dan selepas aktiviti pendakian.




Sebelum pendakian


1:Perlu tahu lokasi @ trail bukit yang hendak didaki

2-Persiapan diri

  • stamina
  • lakukan regangan harian otot seawal 1minggu sebelum mendaki dengan senaman ringan 



3-Keperluan untuk dibawa

  • bag pack 15L-25L 
  • air minuman
  • emergency kit(1st aid,emergency food,torch light,pisau lipat@bersarung,rain coat)
  • trekking pole
  • pakaian yg bersesuaian
  • kasut yg sesuai

Semasa pendakian

1-Lakukan regangan otot kaki,peha dan pinggang

2-Kawal pernafasan dan stabilkan degupan jantung bagi membekalkan oksigen yg cukup di dalam darah

3-Ikut pace sendiri

4-Sekiranya berselisih dengan pendaki lain

  • beri laluan kepada org yang dlm perjalanan naik
  • cari tempat berhenti yang agak mendatar dan luas
  • elakkan bersandar pada pokok

5-Sekiranya sering cramp  ambil himalaya salt@jilatan garam

6-Jangan berhenti terlalu lama,sambung perjalanan secara konsisten dan kawal mental ke arah yg positif

7-Jaga kerbersihan di sepanjang trail dgn tidak membuang sampah dan sekiranya terjumpa sampah tolong kutip,tanamkan semangat cintakan hutan kita.



Selepas melakukan pendakian

1-Lakukan regangan otot

2-treat sekiranya terdapat luka dgn antiseptic

3-Urutan lembut dgn minyak panas di bahagian otot kaki

4-unpack barang2 didlm bagpack


Perubatan

🎈 Perubatan peribadi - ubat sendiri digalakkan utk dibawa

🎈Hanya peralatan perubatan asas sahaja disediakan(plaster, spray, cream panas)

🎈 Pendaki perlu memastikan dalam keadaan sihat dan tidak demam.


Pakaian bersesuaian

🎈Pendaki perlu utk berpakaian yg sesuai, kasut yang sesuai utk pendakian.

🎈 Digalakkan utk bawa minuman/air secukupnya, stick, glove, air minuman bertenaga (100plus), makanan/benda manis (adalah utk tambah semula tenaga spt kurma, kismis, epal, pisang dsbg yang bersesuaian)


Tambahan : 

Plastik sampah (sebagai emergency blanket fungsinya)utk sampah dan zipper bag untuk letak handphone sekiranya hujan.





Jaga kebersihan hutan kita. Sampah kita bawa turun. Hanya tinggalkan kenangan manis ☺️✌️

No comments:

Post a Comment