Hooolaaa uols,
1st entry for 2023. Happy New Year.
Last entry Keyza story itinerary ke Sarawak kan.
So Keyza nak story la kan berjaya ke tak apa yang dirancang sebelum ni
Itinerary ke Kuching Sarawak 2023.
Hari pertama seperti yang dirancang alhamdulillah kesampaian cuma Borneo Culture Musuem tu Keyza extend ke hari kedua. Sebab mak Keyza dah penat dan Jambatan Satok tu Keyza pergi last day sebab rupanya dekat dengan Bazar Satok. Kenapa penat dah di hari pertama? Kisahnya sampai je kat airport Kuching, kitorang terus ke Waterfront untuk mencari makan tengahari. Pagi dah makan sesiap dalam flight. Menu santapan di Waterfront Keyza mesti la nak cuba makanan Sarawak kan. Menunya adalah Mee Kampua dan Mee Kolok. Mak dan anak-anak Keyza mesti la makan nasi goreng Pataya.
Sementara menunggu untuk check in homestay, kitorang naik la boat menyelusuri sungai dengan harga RM50 dan dibawa ke Kg Gersik untuk menikmati Kek Lapis Dayang Salhah yang famous amos tu kan. Makanya dah terasa dan termakan tu terus terbeli la borong terus hahahah. Kemudian owner homestay kata dah boleh check in so kitorang pun terus menuju ke Roxy Apartment untuk rehat mandi manda solat dulu sebelum ke destinasi seterusnya.
Bersama pakcik pembawa bot |
Seperti yang dirancang lokasinya adalah Jong Crocodile Farm tapi Keyza tak sempat tengok acara bagi makan buaya tu sebab terlajak rehat terlambat la sampai hahaha. Dalam Jong Crocodile Farm ini, bukan sahaja ada lebih 1000 ekor buaya, tapi juga ada muzium buaya dan juga kawasan zoo mini untuk tengok binatang macam landak sampailah ke ikan arapaima.Harga tiketnya tak murah. Tapi cukup berbaloi, sebab kalau kebanyakan taman buaya lain cuma ada reptilia itu, kat sini ada macam-macam lagi. Dan yang paling istimewa sekali boleh tengok Bujang Senang kat sini. Agak geli geleman juga la tengok buaya sebanyak itu dan bila dorang beraksi haishh syerammmm. Luas tempat ni 25-acre ha mau tak penat weeeeeeeeeiiiiiiiiiii....
Anak teruna yang happy dapat tengok Bujang Senang |
Dah tengok buaya lapar la penat tau jalan dalam tu, lokasi dinner mesti la TopSpot. Jenuh pusing-pusing juga la sebab tak nampak signboard TopSpot dan akhirnya dapat sampai dan menikmati Oyster Pancake yang special tu. Order tak hengat dunia sebab lapar sangat makanya tak habis pun makanan dan kitorg tapau je bawa balik homestay pastu terus beli beras sebab boleh masak untuk sarapan pagi esoknya hahahah. JIMATTTTTT kan.
Oyster Pancake guys nyummy |
Hari kedua banyak perubahan drastik sebabnya En Suami nak panjat gunung, so kalau dah panjat gunung means masa untuk ke lain-lain tempat pun mesti la dah berkurang kan. Plan berkelah di Pantai Tenang, Lundu ditukar ke mendaki Gunung Serapi.
Gunung yang dituju adalah Gunung Serapi. It was located at Kubah National Park near Politeknik Kuching.
En Suami yang happy dapat mendaki Gunung Serapi |
Gunung Serapi is located in Kubah National Park and is near to the Matang wildlife sanctuary. At 911m, it is the tallest peak in the Kuching area. It can easily be climbed in a single day, as most hikers complete the trek in 5 hours or less and it is a very popular jogging spot. The mountain is actually known as the Matang range, and Serapi is the highest peak of the range.
Unfortunately, the true summit has an important telecommunications tower and compound on it, and access is restricted to military personnel or those working on the installation. Indeed, hikers who wander towards the summit will be turned back at a checkpoint about 100 metres below the true highpoint. Nevertheless, there is a really good viewing tower on a nearby top that makes the hike a worthwhile one.
Untuk mendaki kena bayar tau tiketnya dewasa RM10 manakala kanak-kanak RM3 jer.
Nak tengok video pendakian klik link ni ye: Gunung Serapi
Keyza dan anak teruna try juga la join mendaki kan. Tapi as usual Keyza left far behind, so sampai 900ft je dah patah balik sebab seram sensorang hahahah lagipun mak dan anak dara kat bawah nanti lama pulak menunggu. Anak teruna masih gigih menemani en suami menuju ke puncak. So, while waiting for them, Keyza bawa la mak dan anak dara ke Serapi Village Virgin Coconut Shake, sebab mak dahaga katanya. Kat sini tandasnya selesa jadi sempat la Keyza tukar pakaian hiking tadi peluh ashemmmm.
Mak Keyza yang excited dapat main gendang CNY |
Selesai minum kitorang patah balik ke Kubah National Park untuk ambil en suami dan anak teruna. Anak teruna story dia pun sampai 1800ft sahaja sebab dah give up pastu dia nampak ada segerombolan orang turun dia pun join la turun bersama. Just a few minutes later en suami pun turun juga.
Selesai tukar pakaian kita terus ke Esplanade Telaga Air. Kat sini ada boat tau harga naik boat RM50-RM80 untuk jenjalan sekeluarga. Tapi sebab dah janji nak jumpa sahabat Keyza dari Kuching tak jadi la naik boat. Lunch kat Telaga Air ni memang murah giler beb mood dia macam makan dekat Kuala Terengganu. Seafood murah gilerrrrrrrrrr. Ambil udang sotong ketam ikan bagai semua untuk 8 orang makan baru RM100 walawei...tapi yang ada GOUT jangan try la kang helok2 nak bercuti ke hospital pula aiggoooo..
Bersama penaja lunch hari di Telaga Air |
Lepas chit chat kitorang menuju ke Borneo Culture Musuem. Harga tiket masuk RM10 sorang. Seperti yang diperkatakan ye muzium ini interaktif, jadinya dapat la kita tengok kisah tentang Puteri Santubung dan Puteri Selinggi yang bergaduh akibat cinta tiga segi merebut cinta Putera Serapi yang akhirnya disumpah oleh dewa dewi menjadi Gunung Santubung, Gunung Selinggi dan Gunung Serapi. Terlupa pula belum beli ole-ole kepada family dan sahabat di Semenanjung jadinya kami terus ke Indian Street Walk kat sini ada pelbagai jualan barangan dan murah.
Disebabkan esoknya dah nak balik, jadinya kita putuskan untuk lepak di Waterfront sambil menikmati keindahan lampu warna warni di Astana dan Dewan Undangan Negeri Sarawak sambil merentasi sungai meniti di Jambatan Darul Hana. Makan malam pun santai je di Waterfront menikmati sate, nasi goreng dan laksa Sarawak.
Hari terakhir di Sarawak, seperti yang dirancang Keyza ke Pasar Satok untuk membeli buah-buahan dan ikan terubuk masin untuk dibawa pulang sambil makan sebelum naik flight. Sempat la bergambar di Jambatan Gantung Satok.
Tak dapat naik jambatan sebab sedang diselenggara |
Sekian, story Keyza dapat memenuhkan bucket list untuk bercuti ke semua negeri di Malaysia.
Alhamdulillah safely landed dan sambung kerja cam biasa. Until next vacation plak hahahah....
No comments:
Post a Comment