Ada orang yang Solat Dhuha kerana ingin menampung kembali dan menyempurnakan solat-solat yang ditinggalkan dan tertarik dengan pahala serta ingin dosanya diampuni.
Dua niat ini sangat jauh berbeza nilai dan visinya. Pertama ingin memperbaiki dunianya. Sedangkan yang kedua ingin memperbaiki akhiratnya.
Namun ketahuilah, Akhirat itu jauh lebih baik daripada dunia serta lebih kekal.
Apa yang pasti, Istiqamahlah dalam melakukan Solat Sunat Dhuha kerana ia ada banyak kelebihannya, iaitu.
Dari Abu Hurairah r.a beliau berkata, “Kekasihku (Muhammad) shallallahu ‘alaihi wasallam mewasiatkan kepadaku tiga perkara: puasa tiga hari setiap bulan (ayyamul bidh), solat Dhuha dua rakaat dan solat witir sebelum tidur."
~ HR. Al Bukhari dan Muslim
“Setiap pagi, setiap ruas anggota badan kalian wajib dikeluarkan sedekahnya. Setiap tasbih adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, setiap takbir adalah sedekah, menyuruh kepada kebaikan adalah sedekah, dan melarang berbuat munkar adalah sedekah. Semua itu dapat diganti dengan solat dhuha dua rakaat.”
~ HR. Muslim
Allah ‘Azza wa Jalla berfirman, “Wahai anak Adam, janganlah engkau luput dari empat rakaat di awal harimu, niscaya Aku cukupkan untukmu di sepanjang hari itu.”
~ HR. Ahmad
Cukuplah bagi Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) Dia, kepadaNya aku berserah diri, dan Dialah yang mempunyai ‘Arasy yang mulia.
~ Qs At-Taubah Ayat 129
No comments:
Post a Comment