Nuffnang

Thursday, 9 July 2026

5 kesilapan beginner Canva & Google Flow

1️⃣ Terus guna text-to-video 

Taip prompt panjang-panjang dan terus generate dengan harapan AI akan faham apa kita nak .. hasil video mengecewakan. 

✅ Cara baiki:

Mulakan dengan generate visual gambar dahulu.

2️⃣ Guna start frame yang lemah

Kalau gambar permulaan BLUR, muka pelik, tekstur kulit nampak plastik atau komposisi tak real, video akhir pun akan bawa masalah yang sama.

✅ Cara baiki:

Pastikan reference visual nampak natural dan berkualiti tinggi.

3️⃣ Prompt terlalu umum

Prompt macam “cinematic scene” atau “cool shot” terlalu GENERAL. Bila prompt kita sampah, kita dapat sampah juga.

End up, AI tak tahu sebenarnya apa yang kita mahu. Nanti mulalah gaduh dengan AI πŸ˜…

✅ Cara baiki:

Tulis prompt dengan jelas:

1. Siapa dalam scene?
2. Di mana lokasi?
3. Apa yang sedang berlaku?
4. Pergerakan kamera macam mana?
5. Mood dan lighting bagaimana?

Fikir macam pengarah, bukan sekadar taip prompt. 

Susahnya nak tulis prompt.. 
Nak saya mudahkan?
Teruskan baca sampai habis πŸ‘‡πŸ»

4️⃣ Watak tak konsisten

Shot pertama nampak lain.
Shot kedua rambut berubah.
Shot ketiga muka terus jadi orang lain.

Stressssss! 

✅ Cara baiki:

Bina character sheet dari beberapa sudut.
Gunakan reference watak yang sama untuk setiap shot.

5️⃣ Terlalu banyak aksi dalam satu scene

Nak letupan, nak bangunan runtuh, nak orang berlari, nak close-up emosi, semua sekali dalam satu prompt.

AI pun pening πŸ˜‚

✅ Cara baiki:

Pecahkan kepada beberapa shot kecil.

Contohnya:

πŸŽ₯ Shot 1: wide angle letupan
πŸŽ₯ Shot 2: medium shot suasana panik
πŸŽ₯ Shot 3: close-up emosi watak

Lepas itu baru cantum dalam editor.


6️⃣  BONUS 

Guna ChatGPT / Gemini / Claude untuk bantu tulis prompt. 



No comments:

Post a Comment