Entry kali ni Keyza nak share hobi baru En Suami Keyza. Hobi mengayuh basikal ada falsafah yang boleh menjadi pegangan hidup kita. Rahsia ini tidak tercungkil jika kita tidak perasan bahawa mengayuh dan hidup ada persamaan. Untuk mengayuh basikal kita perlu mampu imbangkan badan. Untuk meneruskan hidup yang sempurna kita harus mampu imbangkan fokus kita. Untuk maju dalam kerjaya dan perniagaan kita harus mampu membuat keputusan yang seimbang. Untuk menjadi pemimpin juga kita perlu imbangkan perwatakan kita.
Basikal adalah sukan individu. Kita tidak perlukan 22 orang untuk memulakannya macam bola sepak. Kita juga tidak perlukan tempat khas untuk mengayuh macam main ping-pong. Kita boleh kayuh bila-bila kita selesa. tak boleh kayuh pagi, kayuh petang. Tak boleh petang kita kayuh malam. Kalau kita tak mampu nak kayuh belah malam (mungkin kita ada benda lain nak kayuh) kita boleh kayuh waktu subuh-subuh, terus ke surau.
Tahun ni target En Suami nak dapatkan 10 medal dan turunkan berat badan ke 84kg...
Hahaha agak-agak kesampaian tak ye? Selaku PM kepada En Suami di atas pelantikan sendiri Keyza nak share jadual aktiviti kayuhan beliau untuk mencapai KPI tersebut.
Senarai Jamboree 2014
Kat sini Keyza nak share koleksi gambar En Suami ketika sedang beraksi di track Jamboree:
No comments:
Post a Comment