Nuffnang

Monday, 17 February 2020

KDrama 2020

여러분 안녕하세요
yeoleobun annyeonghaseyo



2020 it a good start for Korean Drama fans right....

Awal tahun dah ada banyak KDrama yang buat Keyza teruja nak share dengan uols....

So let's get started...

1. Crash Landing On You


It aired on tvN (South Korea) and on Netflix from December 14, 2019 to February 16, 2020. Citer ni dia punya vibe macam DOTS (Descendants of the Sun) tau x.... 
Drama ni menceritakan kisah  Yoon Se-ri (Son Ye-jin), seorang pewaris Korea Selatan, dan Ri Jeong-hyuk (Hyun Bin), ahli elit Korea Utara. Suatu hari ketika Yoon Se-ri melakukan aktiviti paragliding  di Seoul, Korea Selatan, tiba-tiba tornado datang dan menyebabkan dia tersasar ke North Korea. Dia bangkit untuk mencari dirinya di dalam hutan di DMZ di Korea Utara (kawasan yang dilarang untuk Korea Selatan). Di sinilah dia bertemu Ri Jeong-hyuk, seorang pegawai tentera Korea Utara. Ri Jeong-hyuk akhirnya memberikan perlindungan Yoon Se-ri, dan mengembangkan rancangan untuk diam-diam membantu dia kembali ke Korea Selatan. Adakah Se-Ri berjaya pulang ke Korea Selatan? kena la tengok uols..... 

2. Dr. Romantic 2

It premiere on January 6, 2020 on SBS. Terus terang Dr Romantic 1 dulu Keyza tengok awal drama jer pastu it's getting boring tak tau la kenapa ke sebab Keyza tak suka pada hero heroin dalam drama first tu. But kali ni season 2 Keyza teruja nak tengok nak menunggu je update setiap Selasa dan Rabu. Walau dah tengok online tapi malam layan lagi kat SBS tv plak huahuahua... Kalau drama lain orang akan teruja sebab hero or heroin or 2nd male lead syndrome kan tapi Keyza suka jalan cerita drama ni dan scene kisah percintaan nurse (Mr Park Eun-Tak)  dan doktor (Yoon A-Reum). Scene dorang ni tak banyak pun tapi setiap scene dorang buat Keyza tersenyum sendiri hahahah...

ok next..

3. Itaewon Class 



It premiere on January 31, 2020 on JTBC. Lakonan Park Seo Joon. Selalu cliche hero anak orang kaya atau memang hartawan kan...Kali ni Park Seo Joon membawa watak bekas banduan ...1 st Keyza tengok Park Seo Joon bawa watak rakyat marhaen dalam Fight On My Way so kali ni kita layan plak Park Seo Joon jadi bekas banduan yang mencuba untuk buka pub dan nak menjadi orang yang berjaya. Adakah dia berjaya mengubah takdir hidup dia kena la tengok bersama-sama Keyza ye uols....

4. Forest

Runtime from January 29,2020 on KBS World.   This drama tells the romance of a man (Park HaeJin as Kang SanHyuk) who has everything except a heart and a woman (Jo BoAh as Jung Young Jae) who has lost everything except her heart. They met in a mysterious forest and dig out their secrets and the secret of the forest. Moment kelakar dalam drama ni masa dorang baru sedar yang dorang stay dalam rumah yang sama. Cantik betul rumah eco friendly ni. Terkenang Keyza masa stay di Tawau dulu heheheh tapi rumah dalam drama ni lagi cantik tau uols.... tiber...

5. The Game: Towards Zero


Release Date: January 22 - March 12, 2020 on MBC. Drama ni serious and mysterious, lakonan Tae-Pyeong (TaecYeon) . Drama ni mengisahkan seorang gadis diculik dan kehilangannya mungkin melibatkan Midnight Killer yang terkenal. Sementara Tae-Pyeong membantu polis dengan siasatan, dia terkejut ketika bertemu dengan Detektif Joon-Young (Lee Yeon-Hee). Drama ni Keyza slow sikit follow sebab serius sangat boleh brain damage hahahah....tapi memang antara drama yang keyza follow setakat ini.

6. Touch (2020)

Release Date: January 3 - February 22, 2020 on Channel A. Drama ni kisah cinta hero heroin yang jauh beza umurnya lakonan  Joo Sang-Wook (Cha Jeong-Hyeok) hero lama uols dan Kim Bo-Ra (Han Soo-Yeon). A mysterious case causes Han Soo-Yeon to get booted from the program. She then finds her new aptitude, which is a make-up artist. By chance, Han Soo-Yeon meets Cha Jeong-Hyeok who is back as a make-up artist. She begins working as his assistant and they fall in love with each other.

Ok nampai tak pelbagai channel Keyza layan drama Korea tahun ni. Kalau nak cepat dapat info drama latest uols boleh follow 
Facebook korean drama complete series:https://www.facebook.com/groups/349049455764181/

kalau nak download boleh join telegram https://t.me/YeonghwaDeulama

Ni antara tops 6 yang Keyza layan setakat ni ada banyak lagi bakal menyusul kalau Keyza ada masa nak update la ye uols...





Wednesday, 29 January 2020

Percutian Penang 2020

Assalamualaikum uols.....

Sekejap je masa berlalu kan dah naik abis dah bulan Januari 2020....
Kalau masa kecik semua terbayang yang kartun Doraemon tu ada keta terbang, robot serata2 ...
hehehe

whatever la ye.... so Keyza nak story lan Bulan Januari 2020 ada cuti Raya Cina kan....ha angpow takde ye uols.... sebab Keyza bukan Cina hahahah ....

hang pi mana ...hang pi mana

Keyza balik Penang la uols.....

P mana plak kali ni kan...
Penang ni banyak tempat boleh ronda tau tak....


So lokasi Keyza p kali ni Cat Beach dan Eco Capsule Telok Bahang.


Tempat ni tak ramai orang berkunjung so Keyza bawa la anak-anak ke sini...sejak2 NCov ni seram juga nak bawa anak kat tempat awam kan...

Cat Beach ni telah ditubuhkan pada tahun 2011 yang mana misi utamanya adalah untuk menyelamatkan dan menyediakan tempat perlindungan buat kucing-kucing terbiar. Kini, terdapat lebih daripada 250 ekor kucing telah mendiami kawasan ini dan menjadikannya habitat tetap mereka.






Ha nampak banyak giler kan kucing kat sini, semua ni kucing terbiar ja so tak de la kucing cantik-cantik tau.... Kalau sejenis yang suka kucing cantik2 jer tak yah la datang sini.... ni tempat bagi pencinta kucing sahaja seperti princess Keyza sorang ni....Suka beno dengan kucing heheheh
Sesiapa yang berminat untuk berkunjung, boleh datang  pada hari minggu di antara jam 11 pagi hingga 4 petang.

Alamat: 778, Jalan Teluk Bahang MK 2, 11050 Teluk Bahang, Pulau Pinang
Emel: catbeachsanctuary@gmail.com
No. Tel: 017-5753 419


Selain daripada dapat bermain bersama kucing-kucing yang jinak, uols juga boleh menikmati pemandangan yang indah dan suasana yang segar lagi menenangkan. Anak-anak Keyza dah nampak pantai harus lah nak main pasir makanya bergumbiralah semuanya.....




Ha next day, ke mana pula sambungannya ke Eco Capsule yang terletak di Telok Bahang...
Hasil carian imej untuk taman rimba telok bahang"
Ada banyak pilihan chalet dan alam semulajadi menjadi tarikan utama di sini. Tambahan pula, bila berada di kawasan ini, memang agak nyaman dan tenang.


Kalau uols bercadang nak menginap di sini, pakej 2 hari 1 malam sudah cukup. Tetapi untuk yang betul-betul inginkan ketenangan dari hiruk piruk kota, boleh cuba 3 hari 2 malam. Abaikan kesibukkan seketika, rehat dengan sepuasnya di Eco Capsule Resort Pulau Pinang.

eco_capsule_resort_teluk_bahang

Uols berminat dengan chalet di kawasan Eco Capsule Penang ni boleh terus ke alamat ini Lorong Rimba, 11050 George Town, Penang. Atau buat tempahan di talian telefon 012-430 9599.


Harga yang dipaparkan di laman web internet, hanya sekitar RM90 untuk satu chalet. Nak waze taip ajew Taman Rimba Penang.
Sini pun boleh mandi manda uols, tak stay kat Eco Capsule pun on jer mandi kat sini





eco_capsule_resort_teluk_bahang

Ha seronok tak dengan story Keyza cuti-cuti di Penang? Kalau seronok mai la Penang uols... tunggu apa lagi....



Sunday, 15 December 2019

Penang Trick Art Museum

Hai uols.....

Dah lama Keyza tak update pasal event larian or jalan kan...

Bukan tak join en somi Keyza memang giat aktif dalam larian ni semua cuma tak berkesempatan untuk Keyza update semua event larian beliau hahaha..

So minggu ni alhamdulillah Keyza berjaya mendaftar I Love Penang Walk 2019 anjuran Kerajaan Negeri Pulau Pinang.


Storynya yang berjaya daftar ni sebab nak mengisi hari-hari kebosanan anak-anak time cuti sekolah ni. Keyza try nak daftar kem tapi dorang tak berani maybe sebab tak pernah so tak pe next year maybe kita try hantar join kem cuti sekolah. 


Si anak dara Keyza ni teruja sangat bila berjaya tamatkan perjalanan 5KM uols.... sepanjang perjalanan macam-macam request dia buat dan Keyza anggukkan aje supaya dia tamatkan perjalanan tanpa kena dukung ..... abahnya tak de uols kami bertiga sahaja mana mampu nak di kendong uishhhh...

Lepas tamat event, time to fulfill her request. So nasib baik negeri kelahiran mommy hampa ni memang lokasi percutian la kan tinggal pick je nak kemana. Destinasi pilihan Keyza adalah Penang Trick Art Museum. Sebab nya lokasi Penang Trick Art Museum ni dekat je dengan tempat event walkathon ni. As uols know Penang memang susah nak cari parking kan... So kena la pergi tempat yang dekat2 ajer...


FYI mesti uols pelik dah walk 5KM haruslah kena makan kan? Jangan risau la bertentangan dengan muzium ni ada gerai menjual telur bakar, nasi lemak dan roti goyang and many more la... Tapi family Keyza ni spesies kena makan nasi yang berat2 apa lagi haruslah p cari nasi kandar uols uuuiiii..


Perut dah kenyang boleh la layan ambil gambar di muzium Trick Art ni....








Nak tau harga tiket masuk sini Penang Trick Art Museum
Normal price (before discount)
MyKad
Adult
RM15.00

Children (4-12 y/o), & Senior Citizen (60 y/o above)
RM10.00

Non-MyKad
Adult
RM25.00

Children (4-12 y/o), & Senior Citizen (60 y/o above)
RM15.00


Kira mampu milik la nak masuk sini. Disini terdapat lebih dari 30 lukisan dinding yang menarik adjust angle je nak bagi nampak real dan boleh je minta tolong staff ambilkan gambar or advise how to shoot. Macam baik je kan weols berjubah bagai sebab nya abis je ni terus nak makan kenduri pulak.... heheh anyway Selamat pengantin baru for my niece (belah arwah abah) and my cousin (belah mak) semoga bahagia till jannah.....
nah Keyza belanja la gambar pengantin untuk tatapan bersama..






Sunday, 8 December 2019

Homestay Kampung Agong - Cuti2 viral

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Apa khabar uols....?

Story Keyza kali ni pasal sebuah kampung yang tengah hot viral kat Penang ni....
Cuti-cuti sekolah ni anak2 Keyza stay di Kedah la ....nak hantar ke kem cuti sekolah tak nak plak dorang... so Keyza kena la plan apa aktiviti nak buat sepanjang cuti sekolah ni kan....

Tengok facebook semua dok share pasal kampung viral ni so Keyza pun terjah la ke sana sesat juga tapi Keyza tanya makcik kedai area tu maka terjumpa juga la kampung tersebut....

Benarlah kata pepatah "Malu bertanya sesat jalan ye tak"...

Walaupun di negeri sendiri takdela dalam kepala ni penuh peta globe itu ahahaha

Nama kampung ni Kampong Agong yang terletak di Penaga Pulau Pinang.

Kalau uols gunakan aplikasi waze or Maps boleh search Homestay Kampung Agong. Walaupun namanya Homestay tapi uols tak boleh nak stay sini.... dulu boleh tapi bila dah viral ramai pengunjung makanya operasi homestay dihentikan sebab tak de privasi la pada penghuninya....


Parking lot disediakan dan PERCUMA uols parkingnya....
Kampung Agong dibuka setiap hari bermula 9.00 pagi hingga 6.00 petang.
Untuk menerokai keindahan kampung ni uols perlu bayar tiket masuk
RM5 - Dewasa
RM3 - Kanak-kanak
Bukan Warganegara - RM10
Bayi bawah 3 tahun PERCUMA 


Kalau nak sewa basikal pun boleh untuk round di sekitar kampung ni kalau tak larat nak jalan. Pelbagai aktiviti uols boleh lakukan kat sini tau bukan sahaja boleh berfoto malah uols boleh menjalankan pelbagai aktiviti kampung antaranya berbasikal, mengutip kelapa, memancing, bermain congkak dan belajar meraut pelepah kelapa untuk dibuat lidi serta menyewa pakaian tradisional untuk lebih menghayati suasana kampung di sini.







Anak-anak Keyza teruja sangat terutama bila dapat main buaian bertentangan dengan sawah padi....tak nak balik la citer dia... Tarikan yang paling menarik kat sini ada banyak sarang burung gergasi untuk para pengunjung berfoto di sini.... Alhamdulillah time Keyza datang tak ramai sangat makanya tak perlu beratur panjang la nak berfoto di sarang ni.


Dengan keluasan 15 hektar, uols yang nak round kampung ni jangan risau ada warung yang menjual makanan dan minuman di sini tau...so boleh rehat santai2 tak perlu rushing2 untuk menikmati keindahan kampung ini... seharian di sini pun tak sedar uols...tengok uish dah petang hahahaah



So apa tunggu lagi uols...panjang lagi cuti sekolah ni bawalah anak-anak uols ke sini. Keterujaan zaman kanak-kanak kita yang dahulu mesti terimbau kembali jika anak-anak kita dapat rasainya bersama tau...."That's what i feel"...
Untuk check facebook : Kampung Agong