Happy New YEAR FRENZ....
Tak sangka kan sekejap je dah masuk tahun 2014 so bermakna bertambahlah lagi angka pada umur kita.
Sempena cuti tahun baru ni Keyza sempat la bawa family Keyza jenjalan. Nak jalan kat mana erk yang tak perlu keluarkan wang tapi menarik dan dekat je sebabnya hubby Keyza keja petang lak time cuti-cuti Malaysia ni.
Tengah layan HotFM ada satu iklan pasal 3D Mural Art kat Seri Kembangan then Keyza terus Google pasal info ni terus ajak hubby and family pergi situ. Dan sesungguhnya memang admission free. Lokasinya di Atmosphere - bangunan baru betul-betul di belakang Giant Seri Kembangan. Di sini terdapat lebih kurang 80 mural yang cantik-cantik belaka. Barulah katakan.
Disebabkan tempat ini masih baru, kedaipun banyak yang belum buka lagi, jadinya tak ramai orang yang berkunjung ke sini. Penganjur siap sediakan pamplate peta di mana terletaknya 80 mural-mural ini. Ada yang 3D dan ada juga yang 2D. Jadi kena jalan-jalan keliling bangunan dan naik ke tingkat 2 untuk tengok semua mural yang ada di sini.
Sampai je anak2 Keyza terus terjah ke wall yang dihiasi lukisan pekan yang busy dengan kereta so snap la satu gambar dorang.
Di tingkat atas
Abah Keyza pun teringin juga main dam ular ni
Keyza yang suka verangan nak jadi pemain profesional piano. Amacam ada gaya tak?
Ni aksi my babygirl Asyiffa pun verangan ada kakak dok panjat tangga dengan dia...disebelah tu my lovely mom yang sentiasa di sisi Asyiffa.
Kolam takde kat umah so pakat dok tangkap ikan sorang sekor nak bawa balik goreng hahahah..
Ni my abah yang selalu teman my bigboy kat Barber Shop
Dahaga betul so jom beli air kat vending machice ni eh Keyza tertekan teddy bear lak....
Mommy, Darwisy nak call 911 boley ke? Tapi tak sampai la Mommy...
Adik nak call 911 juga Mommy...
Mommy tolong jangan lepaskan adik masuk pintu ni...adik takut...huhuhuhu
Abah nak order makan dulu....adik manis apa mau minum?
Let's go to time tunnel...nak masuk alam mana ni?
Eh burung ni dah nak terbang tolong tangkap skali...
Dah jom naik train lak kot2 leh sampai umah cepat...
Semua dah naik atas mommy ...ramai juga Spiderman di sini...
My bigboy Darwisy yang sangat teruja bila tengok lukisan lego camni
Aksi bakal perwira negara
Scooter yang sangat legend di sini..berebut nak bergambar kat sini aihhh..
Pelbagai aksi..
Pelbagai gaya...
jom masuk ke alam fantasi
dah turun mari kita petik epal sorang sebiji bawa balik yer...
Habis sudah pusing-pusing sampai terlena my baby girl...jom balik...
Sangat best kan? So apalagi jom jenjalan lagi
More info just Like https://www.facebook.com/artsphere208tyofficial
No comments:
Post a Comment