Nuffnang

Monday, 20 January 2014

Universal Studio Singapore

Alkisah boleh tersampai nyer Keyza dan family di sini adalah bermula dari kesilapan Keyza yang lupa logout dari aplikasi Groupon di handphone. Jadi akibatnya adalah apabila anak teruna Keyza dok asyik main handphone dia pun terbeli lah tiket ke USS ni menggunakan Groupon.
Apalagi habis la duit den nak marah pun kesilapan diri sendiri mahal pun terpaksa la pergi jua sebab dah terbeli kan.


Bila hubby Keyza dapat tau dia nak marah tapi dia kata kalau nak pergi, pergi je sendiri dia tak nak join.
Jadi Keyza dengan lemah hati cuba la ajak mak Keyza dan she say yes she will join me. Tersenyum lebar Keyza dengan jawapan my mom. Terus Keyza pergi KTM Station Kajang beli tiket keretapi direct from Kajang to Singapore. Harga tiket tak mahal pun RM33 but for my mom yang dah bergelar senior citizen dapatlah harga RM21. So last week Keyza dah bawa anak teruna pergi Legoland kan tapi tak bawa lak my princess so this trip Keyza bawa this little girl dan terpaksa la tinggalkan anak teruna sorang tu dengan abahnya.

Train dari Kajang ke Singapore jam 2330 16 Jan 2014 dan kita orang tiba di Woodland CIQ Singapore jam 0700 17 Jan 2014. Sesampainya Keyza di sana dengan mata yang mengantuk dan kesejukan dalam train terus ke Immigration Checkpoint. Ada sorang mamat Cina ni dengan baiknya hatinya menghulurkan "white form" untuk di isi dan diserahkan bersama passport kepada pegawai Immigration.

Selepas selesai sesi pendaftaran masuk ke Singapore, mamat Cina ni pun mula la aksi soalkenal dan camne Keyza boleh sampai di Singapore. Dan apabila dia dapat tau yang Keyza 1st time pergi Singapore with my old mom and my little girl he say "Wah, why you are so daring, came here without hesitation". Keyza hanya mampu tersenyum. Jadi mamat cina ni bersusah payahlah mengekori kitorang ke stesen bus mencari bas untuk ke stesen MRT. Bas yang kitaorang naiki adalah bernombor 903. Tambang bas ni $1.10 per person. Tapi masa ni Keyza ada $50 macam mana nak bayar tambang bas. So mamat Cina ni sekali lagi menghulurkan dana untuk tambang bas tersebut.

Beberapa minit kemudian Keyza selamat tiba di Stesen MRT Woodland. Sampai disini Keyza pergi ke kaunter pertanyaan dan membuat pertukaran wang untuk dapatkan coin ke USS di Sentosa Island.
Seterusnya Keyza guna kiosk untuk membeli tiket MRT. Keyza beli tiket return $9.80 for 2 person.
Perjalanan menggunakan MRT sedikit rumit kerana Keyza perlu transit di Dorby Ghout (Red Line) kemudian tukar train ke Harbour Front (Purple Line). Jauh juga la nak berjalan dengan mengedong the little girl. Penat penat penat. Sampai di Stesen Harbour Front Keyza perlu naik monorail di Sentosa Express tapi ada sorang amoi ni cakap kalau nak jalan pun boleh dengan melalui Sentosa Broadwalk. So disebabkan takut sesat Keyza pun join la amoi ni jalan ke Sentosa Island sambil merentasi Sentosa Broadwalk dan sempat la menikmati pemandangan di sini.



Best juga tapi sangat penat. My little girl sangat teruja sebab dapat jalan di sini sesuka hati dia. Sampai di Sentosa Island Keyza perlu bayar $1 per person untuk masuk ke situ.

Keyza just follow je signboard untuk ke Universal Studio. Sampai di situ Keyza pergi ke kaunter Customer Service untuk redeem ticket yang darwisy "terbeli" kat Groupon dan add on 1 ticket untuk senior citizen $36. Alhamdulillah Kitorang berjaya  la menjelajahi USS dengan jayanya. sampai terus serbu ke tempat makan sebab dah lapar sangat. Tapi disebabkan Keyza ni bertudung so orang di sana pun cakap that the are not preferred their food with HALAL certificate. Fuuhhh nasib tak terus order. Ingat Singapore je kan senang nak dapat makanan halal rupanya kena berjaga2 juga. So orang tu suggest kitaorang makan kat Madagascar Food Court sebab makanan di situ HALAL.


Selesai makan barulah kitaorang ada tenaga nak explore semua tempat menarik dalam tu. Tiket yang Keyza beli ni boleh masuk 7 tempat ni:
- Hollywood
- New York
- Sci-Fi City™
- Ancient Egypt
- The Lost World™
- Far Far Away
- Madagascar


Nak main game tak boleh sebab my little girl tak cukup ketinggian. So Keyza boleh layan movie
Shrek 4-D Adventure, Donkey LIVE dan main permainan Magic Potion Spin.

Keyza juga sempat main King Julien's Beach Party-Go-Round dan bergambar bersama Madagascar Boogie! dan kat The Lost World bergambar dengan patung Dinosour je la sebab game semua tak boleh nak main. My little girl and my mom scary giler tengok The Army of Anubis, so kitaorang tengok je la tak bergambar langsung kat situ.

Kemudian berjalan-jalan lagi layan Lights, Camera, Action!™ Hosted by Steven Spielberg, terkejut my little girl lihat action movie depan mata kemudian kitaorang bergambar bersama Sesame Street Stage Shows untuk beli gambar kat situ $30 diperlukan tapi boleh je pakai kamera sendiri tak perlu la nak bayar mahal2 kan. Balik nanti cuci sendiri la gambar-gambarnya.

Sebelum balik Keyza layan juga la Monster Rock™ at Pantages Hollywood Theatre™ dan join aksi live Mel's Dinettes dan Daddy O's.

The sad things is we cannot meet the Minions from DESPICABLE ME™ and can't get despicably close to our favourite Minions and take photos with Stuart and Jerry! My little girl hanya boleh main dengan patung je la. hehehehe....anyway this is very fun adventure for us.


Keluar je dari USS jam 1700 terus ke Sentosa Express naik monorail ke Imbiah Station. Di situ sempat la amik gambar berlatarkan Singa besar tu kan. Kemudian patah balik ke stesen MRT Harbour Front menggunakan monorail juga sebab it's free okay. Kalau nak naik cable car pun boleh juga $26 per person jerrr...



But we prefer naik monorail la sebab once again its FREE. So balik sama cam datang tadi sebab beli tiket return kan so just naik MRT di Harbour Front dan transit di Dorby Ghout kemudian tukar train ke Woodland. Sampai Woodland makan lagi di KFC sebelum naik bas 903 tadi ke Woodland CIQ.

Sampai Woodland CIQ kasut syiffa terjatuh lak dalam bas so terpaksa la terus mengendong dia sampai naik KTM train jam 2330 17 Jan 2014. Sepanjang perjalanan balik dalam train syiffa asyik nangis sampai satu train tu kesian kat dia but Alhamdulillah we are safely arrive at Kajang Station at 0655 18 Jan 2014. Glamour jap la my little princess sebab tangisan dia berjaya buat semua passanger dalam train tu tak tido lena huhuhuhuh. Sorry guys...


2 comments:

  1. Iza ada tengok dekat groupon tu one day pass so maksudnya boleh masuk sana tanpa pasport/visa ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. One Day Pass tu maksudnya boleh masuk semua tempat dalam USS tu je.
      Masuk ke Singapore still kena ada passport. Kalau takde passport nanti kena tangkap la dengan Imigresen.

      Delete