Nuffnang

Wednesday, 28 May 2014

The Reality- 1st day in Ho Chi Mint City

Hi uols, dah seminggu Keyza selamat sampai ke tanahair Malaysia tersayang....
Balik dari Ho Chi Mint, Vietnam terus masuk opis tak sempat nak update blog ni kuikuikui (macam busy sangat ler kan)

Seperti yang uols tau la kan post sebelum ni Keyza ada citer nak gi trip ke Ho Chi Mint kan. Kalau uols lupa ni postnya

Ho Chi Minh - Vietnam Tour


Now I'm back, dah balik ni of course la Keyza nak story morie dengan uols apa je Keyza dan kawan buat kat sana nun. Pagi Sabtu yang indah, my parents and kids teruja sangat nak hantar Keyza pergi airport almaklum la airport baru KLIA 2 so Keyza bawa la dorang skali naik ERL dari Putrajaya terus ke KLIA 2.



Tambangnya tak mahal mana pun. Sila rujuk jadual di bawah ye...
KLIA Transit Fares
First of all kita rujuk kepada iternary Keyza pada post yang lepas.Ha dah tengok kan iternary tu. 1st day je dah banyak tempat kitorg missed nak pergi sebab flight delayed plok tapi kalau takde AirAsia tak sampai ler gamaknya Keyza ke negara orang kan.....



Balik pada story 1st day sampai je kat airport Kak Su and her husband (merangkap tourist guide kitorang ) mula la operasi mencari taxi sebab masa tu dah jam 5:00pm waktu Vietnam. So kalau uols nak ke sana naik taxi ni ye tambang dia ikut meter dan meter bermula dari 12000 vnd dong. Kalau korang mampu and tak kisah pun tambang taxi boley je cari teksi lain. Tiada paksaan ye uols....



Beberapa minit kemudian kitorang pun sampai le ke hotel A&EM lokasi hotel ni betul-betul depan pasar Ben Thant. (giler dekat siot) dan tambang yang kitorang perlu bayar treng teng teng...150 vnd dong bersamaan RM25 murah la kalau share 4 orang kan....





Masa check-in hotel ada masalah elektrik pada salah satu bilik yang kitorang dah booked so hotelier tu offer VIP room just add on $10 usd. So Kak Su and her husband apa lagi grab terus je la kan, kitorang berdua ni punya nak berjimat so tak kisah pun maintain bilik yang sama. Dah selesai letak barang terus memulakan operasi "WINDOWS SHOPPING" kat pasar Ben Thant ni. Tengok ni dekat je kan pasar dengan hotel.













Kedai pertama yang kitorang serbu adalah kedai 520 pekerja dia nama Faridah boleh cakap Melayu dengan fasihnya. Tujuan ke kedai ni nak amik suit yang ditempah oleh bos kitorang masa dia datang bulan lepas tak sempat siap so kitorang tolong la pick up.

 
Tempahan suit kedai ni memang murah berbanding kedai lain. Kedai lain tak dapatnya harga kitorang tu sebabnya kedai ni dah nak tutup bulan Jun nanti so dia bagi je la kot harga murah2 lagipun bos kitorang tempah banyak pasang so berbaloi-baloi sangat la kan. Ni contoh suit yang ditempah.Macam-macam warna boleh pilih tapi kitorang pilih warna black dan grey je. 











Selesai je kat kedai ni Kak Su bawa la melawat kedai-kedai sekitar pasar Ben Thant banyak giler kedai and please bear in your mind "Don't ask if your not interested!", hehehe dah tau dah gatal juga nak tanya kan akhirnya dapat maki hamun je la kan or dipaksa beli juga dengan harga yang kita dah nego tadi. So for 1st day kitorang sekadar tengok aje tanpa membeli apa-apa. Perut pun dah bekeroncong lapar giler terus ke kedai Hajah Basiroh cari makan. Kak Su kata kedai yang kitorang sampai ni kira cawangan lain dah dulu  (masa dia pergi la) kedai makan Hajah Basiroh ada satu je. Dah maju kot hari-hari ada je orang Malaysia datang sini. Kitorang order nasi goreng kampung je harganya dalam 50000 vnd dong dengan air kopi ais yang tersangat la glamer di sini harganya 20000 vnd dong.



Perut dah kenyang kuar je dari kedai makan terpandang plak jualan beg Deuter dalam longgokan di tepi-tepi jalan maksudnya pasar malam dah mula beroperasi. So apalagi sambar la satu harga beg sekitar RM15-RM60 ikut size la kan. Pelik kan nape la Keyza citer guna RM sedangkan kitorang berada di Veitnam, untuk barangan di sini sangat laku Ringgit Malaysia so tak yah la nak bazirkan masa cari Money Changer untuk tukaran wang. Vietnam Dong sangat-sangat diperlukan untuk taxi dan restoran je tapi ada juga restoran yang terima RM. Disaat kawan-kawan Keyza dok membelek beg Keyza didatangi dengan perempuan muda yang mengendong anak sambil menjual cenderahati buat teman-teman di Malaysia. Kesian sangat la kan tengok camtu beli juga la kipas harganya dalam 100000 vnd dong (RM15) utk 6pcs. Kalau uols hebat dalam bab tawar menawar ni boleh je dapat lagi murah kot. Sepanjang malam tu Keyza hanya shopping goodies untuk teman dan family di Malaysia je. Then terus balik hotel tak larat sangat dah. Sok nak shopping lagi.


Inilah permandangan waktu malam dari hotel kitorang. Akibat minum kopi ais yang sedap sangat tu la kitorg tak dapat nak lelapkan mata walaupun penat badan semakin terasa. Teruja gak nak turun sambung shopping tapi esok masih ada. So kitorg layan je la citer Korea berlatar suara Vietnam (huhuhu buat-buat faham je la) dalam bilik hotel tu. Entah jam berapa mata pun terlelap dengan sendirinya sedar-sedar dah jam 6.00am (Waktu Malaysia) tapi kat Vietnam ni dah cerah huhuhu subuh gajah la wei. (Ya Allah ampunkanlah dosa kami). Nak tahu citer hari ke 2 kitorang ke mana? heheheh jom tengok next link. Klik sini ya.


The Reality- 2nd day in Ho Chi Mint City

No comments:

Post a Comment