Hari ke 2 di Ho Chi Mint City. Pagi ni kalau ikut iternary patutnya lepas breakfast kitorg akan menuju ke Cu Chi Tunnel kan. Tapi plan diubah di saat akhir. Tapi perut dah berkeroncong nak jalan mana pun tangki perut kena la isi dulu kan. Pagi-pagi ni Keyza follow je K.Su cari restoran yang dah dibuka seawal jam 6.30am waktu Vietnam. huhuhu haruslah belum buka lagi kan so sepanjang proses "Jalan-jalan Cari Makan" ni Keyza snap la gambar makcik-makcik sini yang menjual buah-buahan. Harga tak tanya plak kan sebab dah set dalam minda "Don't ask if your not interested!"
Jalan punya jalan tengok restoran pertama yang dibuka seawal jam 7.00am waktu Vietnam seharusnya Restoran Hajjah Basiroh. Pagi-pagi dah order nasi lemak sorang satu dan milo ais. K.Su dan husband order karipap dan popia Vietnam. Rasanya boleh tahan juga la tak lari jauh sangat dengan selera orang Malaysia.
Kenyang perut baru syok nak jenjalan kan. As usual kitorg singgah lagi di pasar Ben Thant sementara menunggu kawan K.Su (warga Vietnam) datang jemput kiotrg di hotel . Jalan-jalan dalam tu sambil cuci mata tengok harga kain. Murah memang murah tapi boleh lagi minta diskaun.
Tepat jam 8.30 am waktu Vietnam kitorang join K.Su and her husband ke Chinatown. Tujuannya nak tengok kedai kain di sini. Giler wei kain berlambak-lambak tak larat nak pilih berpinau mata den ni ha. Tapi harganya lebih kurang di pasar Ben Thant jer tak dapat diskaun banyak pun.
Selesai membeli-belah di sini, destinasi seterusnya adalah pasar An Dong. Pasar An Dong ni sesuai menjual barangan secara pukal kepada pemborong. So kalau setakat nak beli satu dua takkan dilayannya dan satu lagi peniaga di sini tak pandai sangat berbahasa English apatah lagi Bahasa Melayu kan.
Ni adalah gambaran sekitar pasar An Dong.
Feri kebanggaanku
Lepas selesai windows shopping almaklum la tak boleh nak beli apa pun kan kitorg pun terus balik hotel rehat dan solat. Selesai bersantai-santai di hotel operasi jalan-jalan sekitar Bandar Ho Chi Mint bermula.Target pertama cari kasut sukan. Untuk makluman kilang NIKE adalah dari Vietnam. So kasut sukan original memang la sangat murah berbanding kat Malaysia ni. Peniaga di sini pun berurusniaga dengan matawang Ringgit Malaysia senang la kan nak bayar tak payah pikir nak convert bagai. Pelbagai pilihan menarik dan design terkini. Sangat berbaloi-baloi. Orang lain sibuk datang Vietnam nak shopping kain kan tapi Keyza sibuk borong kasut sukan. Bagasi Keyza dah tentunya penuh dengan kasut la kan.
Lokasi kedai sukan ni dekat je dari pasar Ben Thant. Meh tengok peta ni. Jalan kaki je dan bersebelahan dengan War Museum dan Water Puppet Show.
Selesai shopping barangan sukan. Keyza jalan berdua je tanpa tourist guide K.Su alhamdulillah berpandukan peta di atas sampai juga la ke tempat-tempat yang wajib pergi kalau sampai Vietnam kan.Dalam perjalanan tu kitorang disapa oleh mamat penjual air kelapa ni. Dia suh kitorang bawa bekas air kelapa tu. Ha tengok ni berat tau akibat dari membawa gendongan ni kitorang keterpaksaan membeli air kelapa ni sorang sebiji harganya memang kena kapok la 50,000 vnd dong kot. Haish terkena juga kan dah pesan "Don't ask if your not interested!".
Dah bayar kan minum je la kembung perut pun kembung la so bila dah terbayar tu abis la budget kitorang nak masuk War Museum. Tiket masuk War Museum ni 35000 vnd dong sorang. Hurm nampak gaya amik gambar kat luar je la kan.
Perjalanan diteruskan lagi kali ni operasi menuju ke Post Office Saigon. Sepanjang perjalanan yang agak memenatkan itu snap la gambar masa berhenti berehat. Giler penat wei....Layan je la gambar ni ye.
Gambar ni diambil sebagai bukti kitorang dah sampai sini ye. Giler poyos punya statement. Maaf gambar muka tak larat nak senyum dah sebab panas, dahaga n sunburn huhuhuh sadis. Goodies wajib la beli kan dah sampai sini sebelum bergerak semula ke Ben Thant untuk makan malam. Kedai Hajah Basiroh terus diterjah kerana kelaparan dan dahaga tahap maksima. Masa ni kitorang order Mee Phor ni aka Keowteow Sup dan air kopi ais lagi.
Perut dah kenyang baru balik ke hotel semula nak menunaikan solat Maghrib dan Isya' plak. Aktiviti di malam hari seharusnya la turun semula ke pasar malam. Kali ni nak cari kasut budak plak sebab sport shop yang siang tadi pergi takde jual kasut untuk budak. Sport shop sini pun banyak giler kasut. Tengok gambar ni ye sebagai bukti.
Gambar kasut budak tak sempat nak snap sebab busy dok menawar harga. Dah murah tu rembat je la kan tapi tak sibuk juga dok bargain. Nasib la dapat juga harga yang diminta kalau dia tak kasi keluar je sure dia panggil juga untuk kita beli kasut tadi. Dah abis borong balik hotel semula rehat dulu sebab sok nak jalan lagi jauh. Mekong River wait for us!!!!!
Sis, range harga utk kasut sukan nike berape sis? Mcm berminat utk pergi vietnam utk cari peluang berniaga
ReplyDeleteMasa saya pergi harganya bawah RM100 untuk kasut sukan biasa kalau kasut bola dalam RM200 ke bawah
ReplyDeleteDorang accept RM masa ni
keyza... kalau ada simpan lagi name card peniaga kasut tolong wasup saya 0177763654 / 0127424247 tqvm
DeleteConfirm original tak?
ReplyDeletesoalan ni mcm sebu je hahaha...
ReplyDeletebeli lah compare sendiri beza kan sendiri...
Sis kalau Ada simpan name card supplier kasut boleh saya nak...jika xkeberatan.. Wasap saya 0124725622
ReplyDelete