Kalau ingat 1st entry Keyza ada citer yang Keyza dah google tentang agent ni dan servisnya agak murah la berbanding agent lain.
Ho Chi Minh - Vietnam Tour
Kalau ikut plan sebenar kitorang rancang pergi Chu Chi Tunnel dan mekong River tapi disebabkan kesuntukan masa jadi terpaksa batalkan trip ke Chu chi tunnel dan hanya bayar untuk ke Mekong River je la.
Harganya 219,000 * 2 + pickup and dropback (85,000 vnd dong).
So pesanan Keyza kalau amik dengan agent ni amik pick up je drop back tak perlu sebab nanti tourist guide ni tak hantar ke hotel pun kena balik sendiri dengan teksi. Tapi nasib Keyza baik sebab ada akak ni dari Malaysia juga baik hati tumpangkan kitorang balik ke hotel dan bayarkan tambang teksi kitorang. Tak mahal pun dalam 20,000 vnd dong je dari travel agensi ke hotel tu tapi kira juga la kan sebab dah bayar kot kat agent untuk dropback.
Berbalik ke citer trip tadi ye. Trip ni ada pakej makan juga tapi tak HALAL yer. So kitorang bawa bekal siap-siap supaya tak kelaparan sepanjang berada di Mekong nanti. Seharian kot kalau takde makan mau pengsan jadinya. Sementara menanti ketibaan tourist guide pick up kat hotel kitorang ke Restoran Hajjah Basiroh untuk tapau nasi lemak dan murtabak. Kemudian singgah ke pasar Ben Thant untuk beli topi sebab takut sunburn plak masa di sana nanti. Sempat plak tu dok bargain harga topi dapat la RM30 untuk 2 topi. Balik je ke hotel tourist guide dah sedia menanti nak bawa kitorang ke Mekong river.
Perjalanan ke Mekong River mengambil masa dalam 3 jam juga sebabnya jalanraya kat Vietnam ni tak macam kat Malaysia tak boleh laju woo kang kena saman. Follow had laju di bawah ye.
Disebabkan perjalanan ke Mekong River ni mengambil masa yang agak lama so driver bus berhenti sebentar di petrol station untuk ambil minyak. Tourist guide tu cakap harga petrol sana sangat mahal dah la pakai Ron 92 je plak tu tengok ni. Kira harga petrol kat Malaysia kita ni masih lagi murah berbanding dengan negara Vietnam ni.
Selepas 3jam akhirnya sampai gak ler di jeti Mekong River. Snap la gambar dulu kan sebelum naik bot ke 4 pulau yang tourist guide ni dok citer tadi. Comel tak topi Keyza pakai tu? Tu la topi yang dok pulun bargain pagi tadi. Rupanya kat jeti ni pun ada jual topi camni gak harga RM5 je haish penat je pulun bargain.
Keyza sempat la juga bersembang dengan budak pengayuh sampan ni umurnya 17 tahun tapi terpaksa berhenti sekolah pada usia 11 tahun sebab nak bantu ibunya mencari rezeki. Walaupun sekolah tak habis tapi dia boleh berbahasa Inggeris (mudah) sangat menakjubkan. Budak ni sempat la tunjuk umah dia di sebalik sungai tu. Kecil je umah dia tapi dia tetap bersyukur sebab ada tempat untuk berteduh. (huhuhu terharu dengar cerita dia). Ni la budaknya hensem kan? (abaikan muka selfie tu ye). Sepanjang perjalanan di Sungai Mekong tu sila jangan pegang sisi sampan ye takut tersepit plak di antara sampan-sampan yang berselisih di sungai ni. Akan terdengar juga suara-suara pengayuh sampan yang lain meminta tips dari kalian semua so kalau rasa nak bagi boleh je hulurkan tangan ye.
Untuk makluman para pembaca blog Keyza sekalian Sungai Mekong mengalir melalui Laos, Kemboja, dan Vietnam sebelum memasuki Laut China Selatan di selatan Bandar Raya Ho Chi Minh (dahulu Saigon). Vientiane (Viangchan ), ibu kota Laos, dan Phnom Penh, ibu negara Kemboja, kedua-duanya berada di tebing Sungai Mekong. Kira-kira tiga perempat daripada kawasan saliran Sungai Mekong terletak di dalam empat buah negara, i.e Laos, Thailand, Kemboja, dan Vietnam. Di Vietnam, keseluruhan rakyatnya memanggilnya Sungai Me kong. Ia berkait dengan cerita 'sembilan kepala naga'. Terbahagi kepada dua cawangan sungai iaitu Tien Giang dan Hau Giang.Perjalanan menyusuri dengan bot ini mengambil masa setengah jam. Pelbagai jenis bot nelayan dapat dilihat di sepanjang perjalanan ini. Banyak jg tempat menternak ikan dan kapal2 pengumpul pasir yg akan di eksport terutama ke Singapura. Semenjak tahun 2012 operasi eksport pasir telah dihentikan atas faktor Geografi.
Terdapat empat pulau yang akan kitorang kunjungi iatu Unicorn Island, Dragon Island, Phoenix Island dan Turtle Island.
Sekitar My Tho banyak pulau-pulau sungai, yang boleh dikunjungi dengan bot. Empat pulau terbesar adalah Con Tan Long - Pulau Dragon (yang paling padat dengan penduduk dan yang paling dekat), Con Lan - Pulau Unicorn (terbesar, dengan taman tropika), Con Qui - Pulau Penyu (paling kecil) dan Con Phung - Phoenix Island (Kuil sami kelapa).
Pulau pertama yang kitorang kunjungi ni ada pelbagai jualan hasil kraftangan harganya sekitar RM5-RM10 sahaja. Murah kan? Kat pulau ni tourist guide bernama Deng ni bawa kitorang melihat hasil dan mencuba madu lebah di sini nak try pegang sarang ni pun boleh kalau berani la kan.
Untuk ke pulau seterusnya kitorang akan naik sampan kecil ni harganya hanyalah tips seikhlas hati. Nak bayar banyak mana pun boleh pakai RM ke USD ke VND dong pun takpe. Ikut suka korang la kan tak bayar pun takpe kot hahahah tapi kesian plok tengok dorang ni penat mengayuh sampan tu.
Dah puas naik sampan kitorang di bawa pula ke pulau seterusnya untuk makan tengahari. Makanan yang disediakan NON-HALAL tapi nasib la Keyza dah prepare nasi lemak tadi jadi tu la santapan kitorang untuk tengahari ni. Air mineral ditaja khas oleh akak ni dia kata apalah sangat dengan harga 20,000 vnd dong tu kan (almaklum la JUTAWAN Vietnam) hahahah kelakar juga akak ni. Sempat juga la bergambar kenangan dengan akak ni.
Dah kenyang perjalanan diteruskan lagi ke pulau seterusnya untuk melihat pembuatan hasil tangan penduduk Vietnam of course la gula-gula kelapa (coconut candy) dan semua hasil kraftangan kebanyakkannya diperbuat daripada kelapa.
Kreatif dorang ni penduduk Asia la katakan. Seharian di Mekong amat memenatkan tapi kepuasan melawat negara orang itu yang harus disyukuri.
Kreatif dorang ni penduduk Asia la katakan. Seharian di Mekong amat memenatkan tapi kepuasan melawat negara orang itu yang harus disyukuri.
No comments:
Post a Comment