Nuffnang

Thursday 22 January 2015

Rezeki Tahun Baru

Assalamualaikum wbt uols, syukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurnianya lembaran tahun baru 2015 Keyza dimurahkan rezeki lagi dengan lantikan sebagai "Pegawai" awam tahun ini.
Saat mendapat panggilan dari pihak SPA telah membuatkan hati ini bergetar gembira tak terucap dek kata-kata. Apatah lagi bila dengan rasminya menerima surat lantikan tersebut. 

Ucapan tahniah dari keluarga dan teman tak putus-putus diterima. Alhamdulillah, sesungguhnya Keyza tidak menduga mendapat rezeki begini sepanjang berkhidmat dalam perkhidmatan awam. Bermula dalam sektor awam sebagai pembantu tadbir a.k.a kerani walaupun memegang Diploma tak membuatkan Keyza berputus asa dan terus memohon untuk jawatan yang bersesuaian dengan kelayakan yang ada. Alhamdulillah selepas 8 bulan berkhidmat sebagai kerani Keyza sekali lagi berjaya dalam temuduga dan menjawat jawatan sesuai dengan Diploma yang Keyza ada iaitu sebagai Penolong Pegawai. Sangat cepat rezeki Allah berikan. Ditambah menerima lamaran dari sang jejaka yang sudi menjadikan Keyza sebagai isteri yang sah dan seterusnya mendapat cahayamata pada tahun pertama perkahwinan menambahkan lagi kesempurnaan dalam kehidupan Keyza.

Selepas tamat pengajian Diploma dan mendapat pekerjaan Keyza tetap meneruskan pengajian di peringkat Ijazah secara sambilan. Hampir-hampir nak "give-up" sebab terlalu penat ye la dengan bebanan kerja ofis yang banyak, melayan karenah anak kecil di rumah dan masa yang sama nak membuat assignment serta hadapi exam semata-mata untuk dapatkan CGPA yang baik. Alhamdulillah parents Keyza sangat memahami situasi Keyza demi melihat kejayaan anak bongsu dorang ni, mak dan abah sudi nak tinggal bersama Keyza dan family terkuranglah bebanan sedikit apabila hal melayan karenah anak kecil sorang tu dah diuruskan oleh mak dan abah. 

Kini selepas hampir 8 tahun dalam perkhidmatan awam, setelah pelbagai dugaan dan cabaran ditempuhi akhirnya Keyza diberi lagi kesempatan untuk meningkatkan kerjaya dalam sektor awam dan berjaya dalam temuduga untuk menjawat jawatan "Pegawai".

Kalau uols ingat Keyza pernah post entry tentang temuduga ni suatu ketika dulu, boleh refer entry ni ye. Temuduga Pegawai Teknologi Maklumat


Sukar untuk dipercayai dari seorang kerani kini bergelar seorang Pegawai. Impian mak dan abah untuk melihat anak bongsu dorang ni jadi "Pegawai" terlaksana jua. Tak sia-sia penat lelah letih longlai untuk mendapatkan ijazah dan seterusnya mendapatkan pekerjaan yang setaraf dengan kelayakan berhasil juga.

Saat Majlis "farewell" berlangsung serta alunan bacaan yassin berkumandang membuatkan hati kecil Keyza menangis sendiri, rasa terharu dan sebak melihat teman seperjuangan dan pihak atasan yang sudi membuat majlis istimewa buat Keyza. Terima kasih tidak terhingga Keyza ucapkan memori terindah bersama kalian tak akan Keyza lupakan. Mungkin suatu hari nanti kita akan bekerjasama lagi. 

Istimewa buat kalian sahabat dan teman seperjuangan Keyza always remember that “The things you do for yourself are gone when you are gone, but the things you do for others remain as your legacy.”


No comments:

Post a Comment