Nuffnang

Tuesday 25 April 2017

Jom Pi London

Ha tu dia...berangan nak berjalan tak sudah kan Keyza ni...

Teringin pi London plak dah...

bila Keyza nak pi tak pasti tapi Keyza ada terbaca kat blog The Vocket bukan apa kot2 tersampai la sana idak ler sesat ye tak?

Ada 27 tips tau dia share kat blog ni meh ushar: https://www.thevocket.com/tip-travel-ke-london/

1. Guna Oystercard lebih jimat, boleh naik tube dan bas tanpa had. Anda juga boleh buat pre order di laman web Oystercard, boleh hantar ke seluruh dunia, best kan, belum sampai London lagi dah ada kad Oyster. Dapat ambil feel dulu sebelum sampai.

2. Tambang percuma utuk kanak-kanak Kanak-kanak umur bawah 11 tahun tak perlu beli Oyster Card jika travel dengan orang dewasa, boleh naik percuma.

(Agak2 dan ka simpan duit sebelum darwisy umur 11 tahun?)



3. Makanan halal Nak cari makanan halal murah boleh pergi ke London Central Mosques, dalam dewan makan masjid ada jual makanan halal, harganya sangat berpatutan.

4. Jimat di dewan makan Harrods Salah satu cara lagi nak jimat duit makan, boleh pergi ke dewan makan Harrods 30 minit sebelum tutup, anda boleh beli makanan dengan harga runtuh. Kebanyakkan kedai makanan akan membuat jualan penghabisan Beli 1 Percuma 1.

(Pukul berapa kedai ni tutup? mau melapaq la kalau bawa mak Keyza nanti...hurm)


5. Melawat muzium-muzium di London secara percuma Di London terdapat lebih dari 20 buah muzium tanpa dikenakan bayaran tiket masuk. Antara muzium best yang percuma ialah: The British museum, Natural History & Sceince museum, Maritime museum, Imperial War museum, Horniman museum, Museum of London, Transport museum dan banyak lagi. Mengapa bayar lebih, yang percuma kan ada! Haha.

(Yang ni best anak2 Keyza memang syok sangat kalau dapat masuk Muzium tambah free plak Keyza lagi excited la kan)


6. Free walking tour Anda juga boleh join London free walking tour, hanya perlu beri donation seikhlas hati, boleh semak jadual dalam laman web freelondonwalkingtours.com.

7. Air minuman Air paip di London dikategorikan sangat bersih, jadi anda boleh minum air paip. Dapat jimat duit beli air mineral. Satu pound jimat banyak tu! 

(air paip ni tak berapa berani la .... kena fikir banyak ni sebelum minum)


8. Lokasi menarik lain yang percuma Nak naik London Eye mahal, tak dapatlah nak tengok pemandangan kota London, aduh! Sedihnya. Jangan gusar, ada pilihan lain lagi, anda boleh ke Parliament Hill ataupun Primrose Hill. Dari situ anda boleh lihat pemandangan kota London, walaupun pemandangannya tidak secantik berbanding London Eye, tapi kira oklah kan, sebab ianya percuma. Tak perlu bayar tiket pun.

9. Sky Garden, lokasi lihat London yag menarik Selain dari dua tempat di atas, anda juga boleh lihat pemandangan kota London dari Sky Garden, sangat cantik, tapi anda perlu tempah awal tiket untuk naik ke atas. Yang seronoknya ianya adalah percuma! Boleh semak laman web ini untuk tempah tiket skygarden.london/booking.

10. Waktu sesuai travel bagi yang ingin berjimat Untuk jimat kos, elakkan travel pada musim perayaan krismas, awal tahun baru dan cuti sekolah pada musim panas, kerana kos travel pada waktu tersebut tersangat mahal. Pertengahan September hingga awal Oktober, Mac hingga April antara waktu terbaik dan murah untuk datang ke London.

(Cikgu darwisy dah pesan jangan ponteng sekolah dah....gamaknya mommy terpaksa cari duit lebih or tinggal ja la korang kat umah kan huahauhua?)


11. Sewa kereta dan parking Sewa kereta pandu sendiri juga mungkin bukan pilihan terbaik untuk tour kota London, kerana kadar bayaran parking sangat tinggi dan trafik juga sangat sibuk.

12. Lesen memandu Untuk memandu di London tidak disyaratkan lesen memandu antarabangsa, anda boleh guna lesen memandu Malaysia saja. Tetapi hanya terhad untuk tempoh setahun sahaja.

(ada gak la cita2 nk amik lesen international dah kata tak payah jimat la lgi kan?)


13. 4 ikonik London Mungkin anda hanya punya waktu yang singkat di London, walaupun hanya sekejap, jangan lepaskan peluang untuk bergambar dengan empat ikonik penting kota London iaitu : pondok telefon merah, teksi hitam, Big Ben dan Istana Westminster.

14. Bas Hop On Hop Off Untuk lebih mudah dan jimat masa, boleh beli tiket bas Hop-on Hop-off, anda boleh lihat ke hampir semua tempat-tempat utama di London.

(kat Malaysia pun xnaik dok perati ja dari kejauhan, bebudak ni dok ajak naik tapi keyza wat derk ja....)


15. Cukai VAT Di London mereka mengenakan cukai VAT (Value added tax) pada setiap barang yang dijual, kebiasaannya harga yang tertera sudah termasuk sekali cukai VAT.

16. Kecemasan Jika berlaku kecemasan dail 999 (polis/ambulan).

17. Travel insurance Jangan abaikan travel insuran, laburkan sedikit wang, tak mahal pun, bawah RM100 saja harganya, ianya sangat penting jika berlaku kes kecemasan.

18. Beli tiket online dan datang awal ke lokasi hot Jika anda merancang untuk melawat tempat-tempat popular seperti Madame Tussauds dan London Eye, datang awal dan beli tiket secara online untuk elak dari beratur panjang.

19. Pengangkutan awam Pengangkutan awam keretapi bawah tanah di London dipanggil Underground atau Tube.

20. Hujan Sediakan payung kecil dalam beg galas anda, tak kira musim apapun anda datang London, dalam masa satu minggu paling kurang mesti akan ada satu hari hujan.

21. Ramalan cuaca Sentiasa semak ramalan cuaca, kerana cuaca di London sentiasa berubah. Hari ini panas suhu cecah 38 celsius, esoknya pula mendung, hujan dan sejuk suhu bawah 20 darjah celsius. 

22. Lokasi membeli belah Jika anda suka membeli belah, jangan lepaskan peluang untuk pergi ke tiga pasar utama ini di London : Camden Lock Market, Brick Lane London Market dan Portobello road market London. Di sini anda boleh membeli pelbagai jenis barangan dengan harga yang murah. Barang antik dan barang terpakai semua ada jual.

(kalau murah bley la Keyza singgah cuci mata klu mahal xdapek la)


23. Waktu sesuai ke Oxford Street Mahu membeli belah dengan selesa di Oxford Street? Elakkan berkunjung pada hari sabtu dan ahad. Pergi pada hari biasa, kerana pada hari biasa tidak terlalu ramai orang.

24. Tempoh minima di London Untuk lebih kepuasan, luangkan masa sekurang-kurangnya 5 hari untuk travel di London.

25. Peluang masuk ke Buckingham Palace Mungkin ada yang tak perasan, sebenarnya kita boleh masuk ke dalam Buckingham Palace, pada setiap tahun kebiasaannya Buckingham Palace akan dibuka untuk pelawat mulai akhir bulan Julai hingga awal bulan Oktober. Boleh semak harga tiket dan jadual di internet.

(Bab masuk istana memang Keyza suka, bley fefeeling princess gtu wakakaka)


26. Lokasi menarik lain Jika anda ada masa lebih, boleh rancang trip balik hari dari kota London, antara tempat menarik yang boleh anda pergi seperti Stonehenge, Windsor, Costwolds, Leeds Castle dan Downtown Abbey.

27. Penginapan Dan yang terakhir ialah tempat tinggal, di London terdapat pelbagai pilihan jenis penginapan, amat digalakkan untuk tempah bilik awal sebelum tiba di London, saya selalu menggunakan aplikasi dan laman web hotelscombined untuk semak harga dan tempah penginapan di London dan ke mana saja saya travel. Seronok guna aplikasi ini, boleh banding harga dari pelbagai laman web hotel.

Untuk dapatkan deals yang terbaik, boleh download melalui pautan ini : https://www.hotelscombined.my


Ha tu dia ...kalau Keyza share kat facebook tahun bila nak p pun xtau nak cari balik tips ni satg tak jumpa plak makanya Keyza paste kat blog ni aci la kot kan?????

No comments:

Post a Comment