Assalamualaikum wbt ... salam PKP 2.0 untuk uols....:)
Catatan Keyza kali ni pasal percutian ke Langkawi 2020 sebelum PKP 2.0 bermula.
Alhamdulillah walaupun Keyza sekeluarga suka benar bercuti marah dek orang kerana musim Covid masih bercuti macam takde apa kan... huhhuu sampai yang cakap berisiko nanti kena jangkitan...
Yes of course memang la berisiko kebolehjangkitan tu tapi as long as you jaga SOP mungkin terhindar la yang penting kita tawakal je pada Allah SWT kerana dia sebaik-baik pelindung....
Masa pergi Langkawi tu pun dimaklumkan ada seorang artis yang pergi ke Langkawi positif Covid memang Keyza check abis semua lokasi dia pergi cuak juga la kot tersermpak ke Alhamdulillah tak de ...artis kot mesti pergi tempat yang helok2 ajew kan hehehe...Keyza g tempat yang marhaen sajew ...
Trip kali ni tak pergi banyak tempat banyak di masa di hotel aje sebab bawa mak dan anak-anak so kita tak nak la terkena jangkitan seram uuiiiii...
First day sampai je di jeti cari kereta sewa dulu memang dah cari awal la tinggal pick up je pastu mesti la wajib kena makan uols lapaq kot dok dalam feri. Menu lunch biasa la Keyza ni mesti la cari nasi uols makanan di area Kuah memang banyak sedap2 so memang tak de masalah. Kami cari yang tak ramai orang bila dah makan eh tiber ramai pulak... Makan cepat2 terus bergerak ke destinasi pertama family Keyza adalah SkyCab Langkawi... Lama dah tak naik walaupun boleh kata tiap-tiap tahun pun pergi Langkawi. So kali ni Keyza bawa la anak-anak dah besar kita nak ajar supaya not afraid of height. Keyza bawa la naik jambatan kat puncak Gunung MatCincang. A bit funny because of my big boy KETAQ hahaha... suruh ambil gambar pun tak boleh dah wakakaka..
Selesai di SkyCab pakej nya ada macam2 juga tapi kitorang tak masuk pun yang lain terus Check In Hotel. Ha teruja la bebudak ni sampai hotel nak terjun kolam ajew makanya en somi Keyza la bawakan.
Malam pun just Dinner di kedai berdekatan hotel aje. Tetiba malam nya my cousin text me with the ticket yang dorang dah beli untuk percutian family nya la di Langkawi katanya tak dapat nak bercuti sebab kakaknya sedang nazak. Allahukhbar, tapi rezeki kami sekeluarga pakejnya adalah KILIM TRIP uols with boat RM350 ha meriah la...Keyza memang plan nak pergi tapi tengokkan harga trip untuk satu boat macam berkira2 juga la alhamdulillah dapat plak rezeki ini.
Second day, pagi macam biasa breakfas dulu di kedai berhampiran then main jet-ski dengan anak-anak dapat pakej murah katanya sebab musim Covid ni tak ramai manusia nak bercuti agaknya so boleh la merempit di tengah lautan. First time juga la untuk Keyza nak main level2 orang have2 ni main jet ski sayang ke duit mak kata wakaka...
Abis merempit sempat juga la shopping di Chenang Mall then take a simple lunch kat McDonalds, sebab nak bekejar ke trip Kilim jam 2PM. So sampai je terus naik boat satu family tak share dengan orang tu yang bestnya musim Covid ni elakkan kan la share dengan orang lain ye uols.
Kilim Trip ni RM350 patutnya trip 2jam je tapi pemandu boat ni tambahkan lagi sejam plak layan je la. Antara lokasi yang dibawa dalam trip ni adalah:
- River Cruise
- Floating Big Fish Farm
- Eagle Watching
- Bats Cave
- Crocodile Cave
- And Choose One (1) Of The Following Places:
- Langsuir Cave
- Anak Tikus Island (Fossil Island)
- Beach / Swimming
Yang last skali memang pilih mandi laut la Langsuir dan Anak Tikus tu kebetulan dah tutup sebab rosak dah tempatnya oleh hakisan.
Dalam trip ni, rezeki family Keyza skali lagi dapat pula bertemu Ustaz Ilyas yang mana dia pun sama bawa family bercuti. Lokasi pertemuan adalah semasa Floating Fish Farm session. Kat sini kita boleh tangkap ikan dan berikan pada tokey kedai untuk masakkan. Menu terpulang pada kita cuma harga 100gm bagi sekor ikan adalah RM18 ye. So better bawa duit banyak2 sebab ikan nya boleh tahan besar so kalau 2kg ikan tu dah RM360 untuk ikan sahaja hehehe....Moment makan kat sini memang akan dikenang sampai bebila la sebab ni antara juadah yang paling mahal yang family Keyza pernah makan seumur hidup hahaha...total kitorg perlu bayar untuk makan kat sini RM650 tu nasib tak ambik lobster uols.... tapi uols mampu kan boleh la nak merasa keenakan ikan fresh yang dimasak terus. Sedap memang tak boleh bincang la Alhamdulillah. Malamnya memang dah penat sangat memang tak keluar dinner la nak tido ajew malangnya ada guest kat hotel kena rasuk pula menjerit2 hadui la memang sukar tido malam la nasib esoknya dah nak balik.
Last day, family Keyza just photoshoot depan Dataran Helang sahaja lokasi wajib la bukti sampai Langkawi kan hehehe...ooo hah breakfast Keyza makan lauk ikan yang dipancing di Kilim semalam tu kan giler ikan besar mana mampu nak abiskan seharian. So pagi hanya beli nasi putih dan makan la lauk 'mahal' tu hehehe sambil santai di tepi kolam melayan anak-anak sebelum pulang.
Sekian, sesi percutian Keyza ke Langkawi bagi tahun 2020. Tahun 2020 2 kali g Langkawi pembuka tahun dan akhir tahun sebabnya Covid tak boleh nak fly jauh-jauh uols....
Boleh tengok e-photobook Keyza untuk tengok gambar-gambar percutian
atau skodeng la My Facebook account ... Ok bye semua
No comments:
Post a Comment