Nuffnang

Thursday, 7 January 2021

Welcome 2021 Bye Bye 2020

Hallluuiiii Chinggueess,

Coretan pertama Keyza di tahun 2021.... walawei dah 8 hari di tahun 2021 baru berpeluang nak mencoret di sini.

Lama Keyza bercuti di hujung tahun untuk pastikan tahun baru dapat bekerja dengan minda yang lebih cerdas gtewww...

Tahun 2021 banyak agenda yang Keyza perlu fokus terutama nya my Big Boy Darwisy nak exam UPSR dan UPKK tahun ni. UPKK yang sepatutnya dilaksanakan 2020 tak dapat dijalankan sebab Covid-19 dan sekarang masih tak reda lagi Covid-19 but it's getting worse from time to time :(

Tak dapat pastikan tahun ni adakah peperiksaan dan persekolahan berlaku dengan sempurna atau tidak, 7 Januari 2021 kes di Malaysia dah cecah 3K :( di dunia apatah lagi.

Opis Keyza pun sunyi je sorang MC je berpanjangan, sorang lagi dah cuti bersalin, sorang lagi terpaksa jaga isteri yang sakit tenat, sorang lagi sedang mencari cinta dan Keyza masih memikirkan cara untuk bertukar dan berada di samping suami seperti dulu hurm ntah la bila kejadiannya...

Eh..eh ...eh ...apa ni mood sedey plop... okay back to normal guys... Keyza nak share kisah percutian ajew sebab tahun ni Keyza tak nak share di Facebook sebab ramai mengecam secara back end kononnya Keyza xabis ke duit asyik bercuti ajew hehehehe.... So 2021 ni Keyza share kat IG n my blog je la gayanya yerrr.... tapi klu ada yang mengecam di blog juga stalker la tu hahaaha..

Trip percutian Keyza pada awal tahun 2021 adalah Trip Hiking mencari air terjun. Ramai yang post di Facebook story ada katanya ada air terjun cantik di kampung Keyza, kampung Keyza mana tu....kat Balik Pulau, Pulau Pinang la uols...



Ha cantik tak kampung Keyza uols....???? Tu la finally 2 Januari 2021 akhirnya berjaya jua Keyza sekeluarga sampai sini sesat juga la walaupun kampung sendiri wakaka lama dah Keyza hidup di perantauan gtew memang sesat la sampai ada orang kampung yang follow Keyza dari belakang la supaya tak sesat wakakaak..

Kawasan ni tuan tanahnya berbangsa Cina kerana kebunnya duriannya memang dah berpagar la cuma boleh la nak masuk lagi sekarang ni katanya pagar tu baru je lagi dibuat sebab nak elakkan orang yang datang hiking tu dari mencuri buah-buahan yang ditanam...dan tertera signboard "Beware of Dog"  ye uols sebab memang ada anjing la diletakkan dalam kawasan ni untuk menjaga kebunnya. Tapi sayangnya ramai juga yang datang tak reti jaga kebersihan alam dengan membuang sampah di kawasan ni. Sedih :(


Kalau uols nak teroka tempat ni juga waze je Air Terjun Teruna Daraye uols... kalau sesat tanya je la orang kampung situ pasti akan dilayan dengan baik...













No comments:

Post a Comment