Nuffnang

Thursday 7 April 2022

Salam Ramadhan

Assalamualaikum Salam Ramadan

Menurut Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani,

Antara orang BERDOA, orang BERZIKIR dan orang yang PASRAH, antara 3 golongan ini,
1. Orang kafir kerjanya doa setiap kali dia susah. Sebab doa adalah permintaan. Manakala orang yang lemah iman juga begitu. Bila ada masalah, dia doa , doa, doa. Dia solat tak rajin tapi doa rajin. Dan dia pun suruh orang doa.
2. Makam kedua adalah orang yang suka berzikir.
Orang yang suka BERZIKIR ni LEBIH
HEBAT
DARIPADA orang BERDOA kerana menjadikan dia MENDAPAT KURNIAAN LEBIH BANYAK daripada orang berdoa. Berdasarkan hadis,
"Siapa yang sibuk berzikir daripada berdoa, akan KU berikan kepadanya lebih baik daripada orang meminta."
3. Makam ketiga adalah orang redho.
Redho. Terima sahaja. Inilah makam orang ihsan. Apapun dia dapat, dia redho dan dia menyakini ia baik. Kalau hari ni dia kena musibah, dia tak akan kata,
"Ya ALLAH angkatlah musibah."
Tidak. Dia tidak akan berkata begitu. Dia akan kata,
"Ya ALLAH aku redho musibah ini. Ia baik untuk aku."
Makamnya makam redho.
Kalau hari ni dia miskin, dia tidak akan kata,
"Ya ALLAH kayakan aku."
Tidak. Dia tidak akan berkata begitu. Dia akan berkata,
"Ya ALLAH aku redho dengan miskin."
Dia redho sehingga ALLAH yang ubah , bukan dia yang minta ubah. Dia tidak minta diubah sebab dia tahu bilamana ALLAH letakkan dia pada sesuatu keadaan bermakna itu yang
terbaik
untuk dirinya. Biar ALLAH yang ubah. Dia tak minta diubah.
Kita ni pula dalam keadaan hidup, kita sentiasa minta diubah pada benda yang kita nak walau apa yang kita nak itu kita tak tahu sama ada ia baik atau tak baik. Kita minta diubah. Kita tak nak macam ni, kita nak macam tu. Setiap kali kita minta diubah, berapa banyak kerugian dalam diri kita?
ALLAH meletakkan kita pada sesuatu keadaan kerana ALLAH nak kita belajar dari situ, ambik pengalaman dari situ sehingga sampai masanya kita akan dipindahkan mengikut sunnatullah.
Belajarlah untuk tenang dan belajar ketika kita berada pada posisi ALLAH nak suruh kita belajar sampai ALLAH yang pindahkan kita. Kalau kita nak minta, mintalah yang baik untuk kita, baik untuk agama kita dan baik untuk kesudahan urusan kita dan berkatilah apa yang ALLAH berikan kepada kita. Orang yang dekat pada ALLAH, paling mereka bimbang bila minta ubah kedudukan. Mereka takut ia akan jadi lain. Sebab itu kata Umar Bin Abdul Aziz,
"Aku tidak suka untuk mengubah apapun yang ALLAH telah berikan kepada aku. Dan aku suka perkara itu."
Bahkan kita doa kepada ALLAH supaya kita tak minta ALLAH percepatkan apa yang telah ALLAH tentukan waktunya atau ALLAH perlambatkan apa yang ALLAH dah letakkan ia lebih awal daripada apa yang kita nak. ALLAH yang tentukan cepat atau lambat. Biar masa pada perkiraan ALLAH, bukan pada perkiraan kita. Semua perkara yang sudah ALLAH tentukan, kita tidak mahu disegerakan. Dan kita juga tidak mahu dilambatkan. Maka ini orang yang pasrah. Orang yang redho ini pada golongan makam ihsan yang dekat dengan ALLAH SWT.
(Antara isi kuliah subuh Tokku Pasir Gudang, Kitab Kurniaan Rabbani Limpahan Rahmani Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani)
Wallahua'lam.
Semoga bermanfaat.
Pengajaran di sini,
Marilah kita menjadi orang yang REDHO dengan TAKDIR ALLAH supaya kita menjadi orang yang DEKAT DENGAN ALLAH SWT. Dan mari sibukkan diri kita dengan zikir. Kerana orang yang suka berzikir lebih
hebat
daripada orang yang meminta-minta dan orang yang SUKA BERZIKIR akan DIANUGERAHKAN oleh ALLAH dengan KURNIAAN yang LEBIH BAIK DARIPADA ORANG YANG MEMINTA.
سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ ِللهِ وَ لآ إِلهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ
لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِٱللَّٰهِ ٱلْعَلِيِّ ٱلْعَظِيمِ‎
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىٰ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَىٰ آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

No comments:

Post a Comment