Nuffnang

Thursday 21 April 2022

Sambutan Kelahiran April

 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

“Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”.




Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya Keyza dapat kecapi hidup, dan memberikan kesempatan untuk menikmati segala limpah rahmat-Nya bersama keluarga tercinta.

Buat mak tersayang Chesom Hassan terima kasih kerana melahirkan anakmu dan tidak putus atas segala doa-doamu 

Hatimu telaga firdaus untuk diri ini mengadu

Maafkan anakmu malaikat kecilmu

Yang selalu membuat harimu sendu

Buat suami tercinta Raimy  terima kasih untuk segalanya, permintaan isterimu yang keterlaluan dituruti selalu kerana sayang yang tak berkesudahan

Buat anak2 mommy, Syiffa dan Darwisy terima kasih belanja kek birthday hasil simpanan duit sekolah untuk mommy sentiasalah menjadi anak soleh solehah untuk mommy dan abah bukan hanya di dunia malah di akhirat sana 🥰 

Terima kasih atas doa dan ucapan salam ulangtahun kelahiran yang telah diberikan. Alhamdulillah, Tuhan telah mengurniakan saya umur panjang.

Umur yang dah pergi tidak dapat berpatah balik. Tetapi umur yang berbaki masih boleh digunakan dengan sebaik mungkin agar kehidupan kita di sana kelak tidak sia-sia.

Dari lubuk hati yang paling dalam, saya amat hargai ingatan dan doa para sahabat, ahli keluarga dan sanak saudara semua. Moga Allah kabulkan doa-doa tersebut dan kesannya dikembalikan juga oleh Allah Taala kepada kalian juga.

Tahun kedua birthday di bulan Ramadan 🥰


No comments:

Post a Comment