Nuffnang

Thursday 20 November 2014

Animasi PUTERI dari Les Copaque




Anak-anak Keyza tak sabar nak tonton citer ni...
Hari-hari tanya bile 20 Nov 2014 Mommy? Kat TV3 kan Mommy?
Heheheh malam ni tepat jam 9.00 malam mesti tercongok depan tv la satu family.

Siri ‘Puteri’ ini menceritakan kehidupan lima puteri yang tinggal di Kerajaan Limau. Setiap satu daripada lima adik-beradik mereka mempunyai kebolehan luar biasa yang apabila digabungkan, mampu untuk mengekalkan keamanan dan keharmonian dalam negara itu dengan mengalahkan ancaman jahat, makhluk mistik dan sihir gelap. Nama-nama puteri sekalian adalah:


  • Puteri Limau Manis – puteri yang mempunyai keindahan suara lunak merdu 
  • Puteri Limau Kasturi – puteri berjiwa pahlawan 
  • Puteri Limau Purut – puteri yang sangat pemalu 
  • Puteri Limau Bali – puteri yang baik hati 
  • Puteri Limau Nipis – puteri yang nakal dengan kucing kesayangannya Jebat
Meh kita karaoke lagu ni sama-sama

Lirik Lagu Puteri Limau 


Angin berhembus membelai mesra,
Tenang di jiwa suasana terkira bahagia,
Hatiku ceria dengar kicau kenari,
Cahaya suria bersinar indah..
Mekar wangi bunga di taman..
Warna warni seluruh alam..
 Damainya mempersona..


Keyza nak update gak aktiviti kitorg satu family di Karnival Upin Ipin yang berlangsung pada 21-23 November 2014. Memandangkan Keyza terpaksa ambil cuti (hukhuk terpaksa la sangat boleh je pun kalau nak datang) pada 21 Nov 2014 kerana penutupan jalan bersempena Formula E yang diadakan di opis Keyza, Keyza bawa la anak-anak ke Putrajaya Convention Centre(PICC). Alhamdulillah walau ramai orang tapi Keyza dapat gak la parking di dalam PICC tu kebetulan ada la orang dah keluar dari parking. Teruja la anak-anakku ini sebab dapat menyaksikan sendiri Karikatur Upin Ipin depan mata kan. Kat Karnival ni bukan sahaja ada Upin Ipin tapi semua animasi dari Les’ Copaque Production antaranya Pada Zaman Dahulu dan animasi terbaru iaitu Puteri. Selain itu juga, pelbagai aktiviti menarik dari 9 pagi hingga 10 malam yang telah diatur oleh semua pengunjung seperti penampilan 13 maskot dari siri animasi Upin, Ipin dan Pada Zaman Dahulu. Terdapat juga penampilan istimewa pertama kali watak-watak dari animasi Puteri dan banyak lagi.


Ni aksi-aksi anak-anak Keyza sepanjang berada di PICC tu. 


No comments:

Post a Comment