Nuffnang

Sunday, 23 November 2014

MAHA 2014

Assalamualaikum wahai peminat-peminat pertanian, perladangan dan penternakan.
Expo MAHA 2014 merupakan acara yang senantiasa dinanti-natikan oleh uols sekalian kini telah tiba. Musim cuti sekolah pun dah bermula so boleh la uols semua rancang aktivti untuk sekeluarga kan. 


Expo ini akan berlangsung selama 11 hari bermula 20-30 November,2014.

20-21 Nov Trade Day
22-30 Nov
(10.00pg-10.00mlm)
Pengunjung Awam
Pameran dibuka
22 Nov Hari Perasmian oleh YAB Perdana
Menteri
30 Nov Hari Penutup oleh YAB Timbalan
Perdana Menteri


Keyza dan family berkesempatan mengunjungi expo kali ni. Keyza berada di sana sekitar jam 11.00 pagi dan penjaga parking tu cakap kalau keluar sebelum jam 12.00 parking adalah PERCUMA. MAEPS tu punya la luas dan banyak tempat untuk dilawati dan seharusnya la takkan keluar secepat tu kan?


Untuk bayaran parking kadar RM5/- sekali masuk untuk kereta; RM2/- untuk motosikal termasuk simpan topi keledar
(Bayaran dibuat SEMASA KELUAR; tempat bayaran ada diParkir & Kaunter Maklumat).

Parkir Pengunjung disediakan di Pintu 1 & Pintu 2. Parkir Satelit di UPM (Bukit Ekspo & Padang Kawad) & shuttle percuma disediakan untuk ke MAEPS. Shuttle Bas Percuma (Rapid) disediakan dari Stesen Komuter Serdang bermula 9.00pg-10mlm (setiap ½ jam) .

Kalau uols nak tahu Pintu 1 adalah melalui Hospital Serdang manakala Pintu 2 pula melalui SKVE (exit 5 MARDI) Pengunjung digalak melalui Pintu 1. Tapi Keyza masuk ikut Pintu 2 sebab tahun sebelum tu masuk ikut situ gaks heheheh.


Dah masuk dalam ni macam jualan buah-buahan dah menunggu depan pagar hehehehe berpinau mata nak membeli aje kan tapi simpan dulu niat tersebut sebab nak jenjalan dulu sekitar Taman Pertanian Malaysia Serdang (Maeps) seluas hampir 25 hektar ha mampu ke nak jalan kaki uols????????


Tram disediakan percuma untuk pengunjung bergerak melawat tempat pameran seluruh MAEPS tetapi pengunjung digalak berjalan kaki antara tempat pameran (terdapat laluan KHAS untuk pengunjung). Terdapat 4 Stesen Tram (terdapat kemudahan2 lain seperti pertukaran tram, surau, tandas, kaunter maklumat, jualan makan ringan, tempat rihat) Manakala 12 Hentian Tram, untuk pengunjung naikturun tram sahaja.

Untuk makluman uols, tempat laluan Tram ni ada 4 iaitu Laluan A, B, C dan D. Kalau uols masuk Pintu 2 cam Keyza then rasa dah abis pusing satu MAEPS tu uols boleh naik tram D. Kalau naik tram lain alamatnya pusing-pusing la dalam tu berulang-ulang kali. Tapi takpe jangan risau ada bebudak voluteers yang akan guide Tram or bas apa yang boleh dinaiki untuk ke destinasi yang uols nak tuju.


Dah pusing-pusing tu sure la rasa lapar kan, uols jangan risau kat sini terdapat 6 tempat makan utama;

  • Popular Dish (Dewan DG) menyediakan sajian terkenal dari negeri2 di Malaysia 
  • Laman Ternakan khas untuk makanan berunsurkan daging 
  • Maeps Bistro menyajikan masakan melayu & steamboat (waktu petang-malam) 
  • Rumah2 Negeri menyediakan makanan negeri masings2 
  • Laman Perikanan menyediakan makanan berunsurkan ikan & makanan laut (food court laman perikanan) 
  • Restoran Jelapang di Laman Padi


Macam-macam aktiviti disediakan kat sini antaranya termasuklah inflatable games, bot elektrik, aktiviti berkuda dan macam-macam lagi tapi ada kadar bayaran bagi setiap aktiviti berikut. Contohnya kalau uols nak naik bot eletrik kadar bayarannya RM50/bot manakala inflatable games untuk kanak-kanak RM5/- .


Untuk maklumat yang lebih terperinci uols boleh menyemak Jadual Aktiviti Harian melalui Mobile Apps & laman sesawang MAHA 2104 (maha.gov.my).

No comments:

Post a Comment