Nuffnang

Thursday, 24 July 2025

Kesan Ketagihan Skrolling Handphone

PUNCA: Ketagih skrol sebab otak anda kena HACK! Setiap kali anda skrol dan jumpa konten menarik, otak anda lepaskan hormon dopamine = hormon keseronokan.

Masalahnya?

Dopamine yang muncul ini datang terlalu mudah dan cepat, berbanding aktiviti realiti (baca buku, bersenam, bersembang).

Akhirnya otak anda cuma kejar satu perkara:

👉 “Nak lagi… nak lagi… nak lagi.”

Anda tak sedar. Otak anda dah ‘rewired’ untuk ketagih.

KESAN 1 : Fokus makin teruk & otak cepat letih

Bila anda skrol laju, otak anda serap terlalu banyak info dalam masa singkat.

Kesannya:

- Cepat lupa

- Susah hadam ilmu

- Buat kerja pun rasa serabut & mudah distracted

Ironinya?

Anda buka phone untuk rehat, tapi otak makin penat.

KESAN 2: Emosi makin tidak stabil, anxiety makin naik

Skrin penuh dengan berita negatif, perbandingan sosial, dan visual yang begitu laju. Tanpa sedar, ia trigger sistem stres anda.

Anda rasa:

- Mudah marah

- Hati tak tenang

- Kadang kosong, kadang nak menangis tapi tak tahu kenap.

Itu bukan sekadar ‘overthinking’, tapi sistem saraf yang lelah, ‘burnt-out’ dan minta tolong.

KESAN 3: Tidur jadi celaru & tidak berkualiti

Cahaya biru dari skrin ganggu penghasilan melatonin (hormon tidur).

Bila anda skrol sebelum tidur:

- Otak kekal ‘aktif’ walaupun badan tidur

- Badan susah nak lena mendalam (deep sleep)

- Bangun pagi rasa letih walaupun tidur cukup jam

KESAN 4: Mata makin rosak & cepat kabur

Terlalu lama tenung skrin = mata kurang berkelip & terdedah kepada cahaya biru.

Kesan jangka panjang:

- Mata kering

- Penglihatan kabur

- Rabun meningkat walaupun anda baru 30-an

KESAN 5: Jari-jari mula kebas & sengal

Ini bukan main-main. Ketagih skrol boleh sebabkan tekanan saraf pada pergelangan tangan (Carpal Tunnel Syndrome).

Simptom biasa:

- Rasa semut-semut

- Kebas hujung jari

- Sakit pergelangan bila bangun tidur

KESAN 6: Nafas jadi cetek, tubuh kekal stres

Bila fokus sangat pada skrin, anda tak sedar corak nafas jadi laju & pendek.

Nafas cetek = badan kekal dalam mod fight or flight. Hormon stres naik, pencernaan terganggu, sistem imun melemah.

Padahal anda sedang duduk, tapi sistem anda fikir anda sedang lari dari bahaya.

KESAN 7: Mood swing, cepat burnout, semangat makin pudar

Ketagihan skrol bukan sahaja penatkan otak, tapi habiskan energi, Chi atau ‘life force’ anda.

Anda rasa hidup macam:

- Tak semangat buat apa-apa

- Lemau, malas, tak tahu nak mula

- Cepat give up

Sebab tenaga anda bocor sedikit demi sedikit, melalui skrin di tangan.